Cinta High Class


Cinta High Class

Ustazah Fatimah Syarha





Cinta High Class (Ustazah Fatimah Syarha)

Setiap yang bertunang atau pun yang ada perasaan sebelum nikah ini sedang BERDUSTA! Sedang tak menjadi dirinya yang sebenar, Jadi, kalau kamu bercouple, berkawan-kawan 20 tahun sekali pun , Kamu tak kan kenal dia. Yang kamu kenal adalah lakonannya! 

Buang masa je kalau kita nak kenal dulu sebelum nikah, Kita hanya akan mengenal seorang pacar. Bukan seorang suami! Sebab masa berkasih yang kita cari cumalah KEINDAHAN2. Kita cari hanyalah KESERONOKKAN. 

Masa berkahwin kita kenal dia kelemahan dan kebaikan dia, Kita cuba bantu untuk tingkatkn potensi dia dan Kalau kita berpacaran, bercouple sebelum nikah ini, SYAITAN AKAN JADI KAN ITU 1 MODAL PENTING UNTUK ROSAK KAN ALAM RUMAHTANGGA KITA NANTI.. 

Sebab masalahnya dik, Ada masalah yang kita undang, Ada masalah yang kita tak diundang, Yang kita undang ialah BILA KITA SEKARANG TAK SETIA, BILA KITA SEKARANG TAK AMBIL ALLAH NO 1!  BILA KITA SEKARANG SANGGUP DEKATI JALAN2 ZINA!

Dah nikah nanti pasangan kita dok FB dengan suami orang, Pasangan kita dok FB dengan isteri orang, JANGAN TERKEJUT! Kalau ditawarkan cinta kepada adik, Dia dok PUJI KECANTIKAN wajah adik, JANGAN TERKEJUT NANTI DIA SEORANG SUAMI YANG BERMATA KERANJANG!! Kalau caranya itu tak meletakkan Allah no 1, Tak takut pada Allah, Dia sedang persembahkan CINTA YANG RAPUH yang sementara untuk adik, dan cinta itu takkan bawa bahagia, 

Tapi kita ambil sebab cinta itu kerana AGAMA dan AKHLAK dia, KERANA ALLAH, ALLAH TAKKAN LENYAP, CINTA ITU PUN TAKKAN LENYAP....



Allah Rindu...

 Di saat berasa sangat rindu akan seseorang, kita lupa siapa yang cipta "rindu" itu.


Pencipta "rindu" sedang rindu kita!
Jom rindu Allah!




Pernah tak tiba tiba rasa sebak ?
Pernah tak tiba tiba rasa sedih ?
Pernah tak tiba tiba rasa rindu ?

Tapi semua tak tahu kenapa. Tak tahu sebab apa.

Sayang sekalian, itu tandanya Allah rindu. Allah rindu rintihan doa dan hajat kita.

Cuba ingat balik. Bila kali terakhir kita bermunajat sepenuh curahan hati kita pada Allah ?

Semalam ?
Kelmarin ?
Minggu lepas ?
atau..
Tak pernah langsung ?

Allah. Allah ..
sayang.

Bila tiba tiba rasa nak menangis. Sebak rasa macam tak kena. Ingatlah. Allah sedang rindu akan kamu.
Mungkin dengar nasihat, rasa teruntun hati tu. Padahal takde ayat touching pun. Tapi kita yang over over nak se sebak pulak.

No no. Itu rasa Allah yang bagi.
Cuba kalau .

Rasa sedih sebak nak menangis.
Kita cepat cepat pergi toilet.
Carik kepala paip. Bukak paip.

Mandi? Tak. Amik wudhu'.

Masa amik wudhu tu hayati setiap titisan air yang jatuh pada anggota wudhu. Konfem makin lebat hujan air mata. Sebab apa ? Sebab nak pergi jumpa Allah ni. J

Hamparkan sejadah. Solat lah. Doa lah. Minta lah. Allah dengar. Allah rindu tu. Sebab tu Allah bagi rasa sedih tu.

Nah!  Lepas siap mengadu, mesti rasa lega.
Sebab Allah dah dengar rintihan kita. Bersyukurlah kerana masih ada yang sayang.

Sayangg..
Walaupun tiada bahu untu bersandar untuk melepaskan rasa sedih kecewa marah ,
tapi.
Kita masih ada lantai untuk bersujud. Kita masih ada Allah untuk di adukan segala masalah .
Okay. Jangan sesedih lagi.

La tahzan. Innallaha ma'ana.
Renung renungkan lah

Moga Allah Redha.
Wallahu'alam



Tips Makan Ketika Berniqab

Untuk para niqabis di luar sana yang masih membuka niqab sekiranya
hendak makan di luar atau belum biasa makan tanpa membuka niqab,
berikut adalah tip-tip yang boleh
dikongsi bersama :


1st :
Bila hendak makan, guna tangan kiri untuk selak niqaab, manakala
tangan kanan untuk pegang makanan. Jangan selak niqaab terlalu tinggi untuk mengelakkan muka kelihatan.

2nd :
Sekiranya anda baru hendak mula belajar, mulakan makan dengan tangan, contohnya kuih, nasi atau minuman yang berstraw kerana tangan lebih mudah untuk mengagak kedudukan mulut.

3rd :
Sekiranya belum mahir, elakkan makan makanan berkuah seperti
laksa, soto, dan sebagainya.

4th :
Elakkan makan makanan yang berbau seperti kari dan sambal belacan
kerana baunya akan ‘melekat’ pada niqab. Elakkan juga bersin di dalam niqab kerana situasi yang sama boleh berlaku.

5th :
Sentiasa bawa niqab bersih di dalam tas tangan, supaya anda boleh menukar niqab yang dipakai sekiranya kotor atau berbau.

6th :
Cari tempat duduk yang agak tersorok atau di tepi dinding supaya
kita lebih terlindung.

7th :
Sekiranya hendak minum air panas yang berbuih seperti teh tarik
atau Nescafe tarik , minta suami/anak minumkan sedikit (jangan sampai habis..hehee), sehingga lebih kurang 3/4 gelas. Ini untuk mengelakkan buih tadi terkena pada niqab.

8th :
Pastikan bahagian bawah niqaab yang diangkat tidak terkena/terpalit pada makanan.
Selamat mencuba!


*copied by someone