Kronologi Padang Mahsyar

Kata ustaz, mahsyar ni punya la lama sampai kita hari ni tak mampu fikir berapa lama kita akan berada di alam mahsyar. 



Para sahabat Rasulullah SAW tanya, mahsyar kat mana? 

Jawab Rasulullah saw, mahsyar ni di bumi ini sendiri di mana bumi ini dihamparkan
Tiada pokok, tiada sungai, gunung ganang, tempat berteduh dan tiada bertepian.
Ini terjadi bila malaikat Israfil tiup sangka kala pada pertama kali. 
Kali kedua malaikat Israfil tiup, semua manusia akan bangkit dari kubur masing-masing dalam
keadaan yang sungguh terpinga-pinga.

Lalu manusia bertanya sesama sendiri, dimana kita? 

Lalu datang api dari laut yang meluap-luap menghambat manusia ke mahsyar. 

Bayangkan manusia seluruhnya dari zaman nabi Adam as sampai manusia terakhir hidup di atas muka bumi ini dibangkitkan dalam keadaan lapar dan haus yang bersangatan serta bertelanjang bulat dihambat ke mahsyar.
Rujuk surah yassin ayat 52-54. 
Ditambah dengan binatang lagi, jadi tak dapat dipastikan jumlah makhluk pada hari tu.

Saidatina Aisyah pernah bertanya Rasulullah SAW, "Tidakkah kaum lelaki memandang aurat wanita?"

Lalu dijawab nabi SAW dengan memetik ayat quran, pada hari itu semua manusia sibuk dengan urusan diri sendiri.
Rujuk surah a'basa ayat 37(80:37).

Ada yang ke mahsyar dengan menunggang binatang, ada yang pergi dengan mukanya, ada yang berjalan, dan yang istimewa dibawa oleh malaikat munkar dan nakir. 
Bila sampai di mahsyar,perbicaraan tak berjalan lagi. Kena tunggu entah berapa lama.

Lalu keseluruhan umat manusia tadi pergi kepada Nabi Adam hanya untuk meminta syafaat untuk Allah percepatkan hisab. 

Jawab Nabi Adam dia tak boleh bagi syafaat kerana dia pernah melakukan dosa.

Pergilah seluruh umat manusia ini kepada seluruh Rasul Ulul Azmi, bermula Nabi Nuh, Nabi Musa, Isa dan Nabi Ibrahim tetapi nabi-nabi ini hanya berdoa keselamatan diri masing-masing lalu pergi semua manusia kepada Nabi Muhammad SAW, lalu baginda berdoa dan Allah SWT memperkenankan untuk mempercepatkan hisab.

Bayangkan semasa menanti perbicaraan, ada orang dah minta pada Allah SWT awal-awal  agar disegerakan masuk ke neraka sebab tak tahan lamanya berdiri di mahsyar. 
Bayangkan ruang yang ada hanya untuk meletakkan tapak kaki kita sahaja kerana padatnya manusia pada hari tu.

Sebelum hisab bermula, kitab-kitab amalan kita akan turun dari arash. 
Masa tu tahulah kita tangan mana yang sambut kitab tu. Kalaupun tangan kanan yang ambil kitab kita, masih tak menjamin kita ke syurga. 



Kemudian Allah SWT panggil sorang-sorang untuk dihisab. Sebelum Allah SWT mula hisab,  
Allah SWT suruh kita baca semua amalan yang tercatat dalam buku kita disaksikan semua manusia.
Tiada satu pun yang tertinggal. 

Lepas habis baca Allah swt akan tanya kita 3 soalan.
1) Adakah terdapat pahala kamu yang tidak dicatat oleh malaikat raqib dan atid?
2) Tak ingat
3) Apa alasan kamu atas segala dosa yang kamu lakukan.

Setelah ditimbang di al mizan, didapati pahala kita la melebihi dosa kita. 
Seolah-olah sikit lagi kita ke syurga, tetapi final check Allah SWT lakukan. 

Allah SWT tanya kepada semua orang, siapa yang kenal kita sila tampil kedepan
untuk menuntut hak mereka.

Antara yang mula-mula bangun adalah anak, isteri, keluarga, jiran-jiran, kawan-kawan dll.
Jika ada hak mereka yang tidak ditunaikan, pahala kita tadi terpaksa bagi pada mereka. 
Jika pahala dah habis, dosa mereka pula kita tanggung (ini yang dimaksudkan suami akan tanggung dosa anak-anak dan isteri).

TAKE NOTE !

Kita yang perempuan, jagalah diri kita. Sebab apa yang kita buat tak effect diri kita seorang, tapi effect jugak orang-orang yang kita sayang.

Ayah kita, abang dan adik-adik lelaki kita, suami kita. 
Kalau betul sayang mereka, lindungi mereka, jangan jadi penarik mereka ke neraka.
Tutup aurat, jaga maruah, jaga akhlak, jaga agama kita.

Hari mahsyar hari yang sangat dahsyat. 
Kata ustaz, hidup di dunia janganlah kita kejar populariti, nak terkenal, takut tak tertanggung kesannya kat akhirat nanti.
Kedua, jagalah amanah dan kejujuran kita sebab pada hari tu amanah dan kejujuran kita akan membantu.

Yakinkah kita tergolong dalam golongan mereka yang terpilih Allah SWT ke syurga? 
Nak masuk syurga bukan senang.
Jom sama-sama bantu diri dan kawan-kawan.

Moga Allah swt bantu kita di hari pembalasan nanti. InsyaAllah.. Aamiin..
Wallahu'alam. 

Pesanan Buat Wanita




Bulu kening
-Menurut Bukhari, "Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya  dicukurkan bulu kening." Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

Kaki (tumit kaki)
-"Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka  sembunyikan." (An-Nur: 31)
Keterangan: Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki.

3. Wangian
-"Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium  baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina." (Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah  dan Hibban).

4. Dada
-"Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka. " (An-Nur : 31)

5. Gigi
-'Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya.' (Riwayat At-Thabrani)
-"Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang mengubah ciptaan Allah"(Riwayat  Bukhari dan Muslim)

6. Muka dan Tangan
Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: 'Wahai Asma!  Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan  tangan dan wajah saja." (Riwayat Muslim dan Bukhari).

7. Tangan
-"Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak  halal baginya"(Riwayat At Tabrani dan Baihaqi).

8. Mata
-"Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pandangannya." (An  Nur : 31).
-Sabda Nabi SAW, "Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan  yang pertama, pandangan seterusnya tidak dibenarkan." (Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi).

9. Mulut (suara)
-"Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan  serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik."( Al Ahzab: 32).

-Sabda Rasulullah saw, "Sesungguhnya akan ada umatku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain,  iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan  mereka itu dalam bumi." (Riwayat Ibn Majah).

10. Kemaluan
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan  menjaga kehormatan mereka. "(An Nur : 31).
-"Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan  mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya." (Riwayat Al Bazzar).
"Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah  membinasakan tabir antaranya dengan Allah." (Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah).

Pakaian
-"Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat  nanti." (Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah).
-"Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada  maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium  baunya." (Riwayat Bukhari dan Muslim). Keterangan: Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan  berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.
"Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka  memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak  diganggu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Al Ahzab : 59).

Rambut
"Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya  dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan  mahramnya." (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Cinta High Class


Cinta High Class

Ustazah Fatimah Syarha





Cinta High Class (Ustazah Fatimah Syarha)

Setiap yang bertunang atau pun yang ada perasaan sebelum nikah ini sedang BERDUSTA! Sedang tak menjadi dirinya yang sebenar, Jadi, kalau kamu bercouple, berkawan-kawan 20 tahun sekali pun , Kamu tak kan kenal dia. Yang kamu kenal adalah lakonannya! 

Buang masa je kalau kita nak kenal dulu sebelum nikah, Kita hanya akan mengenal seorang pacar. Bukan seorang suami! Sebab masa berkasih yang kita cari cumalah KEINDAHAN2. Kita cari hanyalah KESERONOKKAN. 

Masa berkahwin kita kenal dia kelemahan dan kebaikan dia, Kita cuba bantu untuk tingkatkn potensi dia dan Kalau kita berpacaran, bercouple sebelum nikah ini, SYAITAN AKAN JADI KAN ITU 1 MODAL PENTING UNTUK ROSAK KAN ALAM RUMAHTANGGA KITA NANTI.. 

Sebab masalahnya dik, Ada masalah yang kita undang, Ada masalah yang kita tak diundang, Yang kita undang ialah BILA KITA SEKARANG TAK SETIA, BILA KITA SEKARANG TAK AMBIL ALLAH NO 1!  BILA KITA SEKARANG SANGGUP DEKATI JALAN2 ZINA!

Dah nikah nanti pasangan kita dok FB dengan suami orang, Pasangan kita dok FB dengan isteri orang, JANGAN TERKEJUT! Kalau ditawarkan cinta kepada adik, Dia dok PUJI KECANTIKAN wajah adik, JANGAN TERKEJUT NANTI DIA SEORANG SUAMI YANG BERMATA KERANJANG!! Kalau caranya itu tak meletakkan Allah no 1, Tak takut pada Allah, Dia sedang persembahkan CINTA YANG RAPUH yang sementara untuk adik, dan cinta itu takkan bawa bahagia, 

Tapi kita ambil sebab cinta itu kerana AGAMA dan AKHLAK dia, KERANA ALLAH, ALLAH TAKKAN LENYAP, CINTA ITU PUN TAKKAN LENYAP....