Dari Adam Buat Hawa


Sejak dari sekolah, saya memang pelik, kenapa orang kata mendekati zina itu haram. Bukannya berzina lagi dah berdosa juga. Hmm. Malas nak fikir panjang-panjang. Saya kan sekolah lagi. Tapi masa saya di sekolah, boleh kata saya kira baik la. Saya tak hisap rokok, sebab saya tahu mende tu tak bagi faedah pun. Tapi saya bukannya skema, pernah jugak ponteng kelas sekali dua. Biasa-biasa je. Hehe.

Tapi, sejak saya masuk U, saya tengok pergaulan bebas antara lelaki dengan perempuan, memang sangat ketara. Ye la, kat sini ikut suka hati kita nak buat apa. Tak macam kat sekolah, nak jumpa awek pun sorok sorok kat belakang stor dekat padang takut warden nampak. Tapi tu dulu, sekarang saya dah dekat U.

Hmm, saya tengok ramai perempuan tak pakai tudung. Ada yang pakai tudung, ok la. Tapi baju pula hmm, seluar pulak alamakkk. Ada juga baju dah labuh, seluar dah longgar, tapi tudung pulak tak tutup dada, Nampak segala apa yang kami kaum lelaki ni takde.
Aduii, camne nak jaga iman ni?? tapi saya still control lagi, saya still ingat Allah larang kita dekat dengan zina.

Sampai lah satu hari, ada sorang perempuan cakap yang dia suka saya. Dia cantik, pakai tudung dan dia ni baik juga. Zaman sekarang ni, perempuan makin berani tunjuk tunjuk hint. Mula mula just nak kawan, sms nak share masalah. kalau pegi shopping atau holiday mana mana, mesti dia ada beli something kat saya. Mula mula saya tak layan sangat jugak. Sebab takut 'terbagi' harapan kat orang perempuan ni. Mereka (perempuan) mudah sangat perasan. Layan sikit, terus ingat kita suka dia. Perempuan ~



Lama-lama, dia dah berani call saya. Dengan suara perempuan yang memang lembut mendayu-dayu, naik luruh jantung saya dengar. Dia mintak tolong saya belikan set KFC Zinger Burger. Aduii. Banyak kali saya fikir nak beli ke tak. Puas saya cari alasan. Saya tak nak timbul fitnah. Tapi bila dia cakap dia gastrik, hati saya mula timbul kesian. Saya beli makanan dan bagi kat dia. 

Mula-mula memang asalnya kesian je, tapi lama-lama saya rasa best pulak. Ada orang nak msg saya, kejutkan solat subuh, ada orang nak dengar masalah saya, ada orang nak bagi hadiah pada saya, tambah-tambah kawan-kawan kat kolej saya ni, memang majoriti ada 'girlfriend'. Kira macam saya bertuah sangat-sangat. Saya tak cari girlfriend pun dah ada orang sayang saya! eh, syoook la pulakk. :) Kau ada?? Takde kan.

Satu hari tu, kami keluar berdua dekat satu tempat ni. nak lintas jalan, dia dah ada kat depan. Tiba-tiba ada kereta lalu laju kat jalan tu. Spontan saya tarik tangan dia. Zaaapppp! Saya rasa berdebar-debar. Rasa terkejut pun ada. Tapi niat saya nak selamatkan dia je. Yang paling buat saya lagi terkejut, dia senyum. 

Entah. Tak faham apa dia fikir. 'Dia tak marah ke aku pegang tangan dia?' Hati saya pelik. Dia senyum lagii dan kata 'Awak, terima kasih. Sayang Awak!' Saya senyum juga. Malas nak fikir panjang-panjang. Ohh, seronoknya. Lembutnya tangan diaaaaaa.. Rasa nak pegang lagi. 'haa, gatal-gatal!' akal saya marah. tapi hati saya nak. Dan jujurnya, saya makin lama, makin rasa sayang pada dia. Tak boleh kalau tak 'ber-sms', tak pernah tak call even cakap selama satu minit. Yela, Bila hati dah rindu, bila hati dah sayang, bila hati dah penuh dengan 'nafsu'. Errrrrr.

**********************************************************************

Nafsu?

Saya suka dia sebab nafsu ke?
Saya cinta dia sebab nafsu ke?
'Tak! kan saya nak ambil dia jadi isteri saya nanti!'
Hati saya marah.
'Awak pasti ke nak ambil dia jadi isteri?'
Entah dari mana suara tu datang,
Bunyi seakan-akan mengejek.

Entah,
Tak tahu apa yang saya fikir time tu.
Macam-macam perasaan,
Tapi saya buat tak tahu.
Biar dalam hati saya rasa macam,
'eh-betul-ke-apa-yang-aku-buat-ni?'
Saya dan dia dah ter'couple'.

Nak buat macam mana?
Best la ada couple ni.
Kawan-kawan selalu puji,
Dia cantik even pakai tudung.
Tapi styloo, bergaya kot..
Tambah-tambah dengan fesyen sekarang.
Siapa yang tak kembang semangkuk? eh.
Please, sama-sama jaga diri..



Satu hari tu,
Saya jumpa video ni.
Video hilal asyraf.
tentang cinta.

cinta yang hakiki.
terpukul.
terpana.
terasa.
Semua ada.

saya cinta dia.

Tapi, kenapa saya makin bawa dia ke neraka?
Astaghfirullah.
Kalau betul saya cinta,
Saya mesti nak bawa dia ke syurga.
Tapi, situasi saya?
Saya terpaksa mengaku,
Saya kalah dengan nafsu.
Saya sebenarnya,

IKUT NAFSU!!!!!!!!!!!!!!

Sepanjang hari, lepas saya tengok video tu, saya diam. Kawan ajak main bole, saya bagi alasan. Member ajak lepak kat mamak, Saya tolak. Saya nak sendiri. Hp saya letak tepi. Tekan punat off. Saya malu. Saya dah tak sanggup. Saya dah malu sangat-sangat depan Allah. Saya still solat. Saya kadang-kadang mengaji, Tapii.. Saya buat maksiat jugak. Saya makin lalai. Endah tak endah tentang dosa. Saya rasa.. Saya dah tahu kenapa Allah tak bagi dekati zina. Sebab nanti end up, jadi macam saya. Dari sms, lepas tu call, dengar suara, rasa nak jumpa, bila dah terpegang tangan sekali, rasa nak pegang banyak kali. Semua tu NAFSU!!!



Banyaknya dosa saya. :'(
Allah, Allah, Allah.
Saya bangun, ambik wudhu, Solat sunat 2 rakaat. Saya mintak sangat-sangat.
'Allah ampunkan dosa-dosa aku, Allah ampunkan dosa-dosa kita' 
Dan air mata jantan saya mengalir laju..

Bila dah tenang sikit, saya 'text' dia.

'Awak, this is not the right way. This is not the way that Allah bless. I let you go, and please let me go. I dont want to bring you to Jahannam, Instead I'll pray for you to get the light from Allah. May Allah bless you and me..' 

Dan saya terus matikan hp. Buat kali kedua, saya sedar. Susah. Tapi saya bergantung sepenuhnya pada Allah. Sebab Allah yang pegang hati saya, pegang hati dia. Saya tak nak berpaling lagi. 

Dan untuk Hawa semuanya, jangan terlalu murah, jangan ambik kesempatan dengan kelemahan lelaki, awak buat suara mendayu macam tu, sembur perfume wangi, pakai blouse, skirt, selendang ala-ala hot gitu, dah namanya Lelaki, Kuat mana Imannya pasti akan tergoda jugak. Jadi,Kena sama-sama jaga diri.

 Simpan godaan-godaan tu pada orang yang teristimewa kelak.

Dan sekarang, saya terus begini, Mujahadah.
Doa saya terus kuat.
Doa supaya dia faham,
Doa kita sama-sama dalam redhaNya. In shaa Allah.

Tak tahu sapa punya post ni.. Tapi deep kan? Allahuakbar.. Tumbuk dada tanya iman..


Wanita Dan Pohon Semalu

Bila bercakap tentang malu, ada satu kisah menarik tentang "malu".

Kisah antara Rasulullah SAW dan puteri baginda Fatimah Az Zahra




Pada suatu hari, Rasulullah SAW berjalan-jalan bersama puteri baginda, Sayidatina Fatimah.  Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.

Fatimah mengatakan kepada Rasulullah SAW apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah SAW dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita.

Fatimah terkejut dan kehairanan.

Rasulullah SAW menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.


---

Pertama...
Pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua...
Semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

Ketiga...
Semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Dan yang keempat dan terakhir sekali...
Semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.


---

Jadi, wahai para muslimah sekalian, ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanyalah tumbuhan renek yang melata tetapi sifat malu tetap terjaga dan kena pada tempatnya, yang sentiasa mempertahankan maruah dan harga diri, dan yang pandai menjaga diri.

Kisah Rasulullah dengan Buah Limau

“Wahai saudaraku! Jangan engkau dekati Muhammad itu. Dia orang gila. Dia pembohong. Dia tukang sihir. Jika engkau mendekatinya, engkau akan dipengaruhinya dan engkau akan menjadi seperti dia,” kata seorang pengemis buta Yahudi berulang-ulang kali di satu sudut pasar di Madinah pada setiap pagi sambil tangannya menadah meminta belas orang yang lalu-lalang.

Orang yang lalu-lalang di pasar itu ada yang menghulurkan sedekah kerana kasihan namun ada juga yang tidak mempedulikannya langsung.

Pada setiap pagi, kata-kata menghina Rasulullah SAW itu tidak lekang daripada mulutnya seolah-olah mengingatkan kepada orang ramai supaya jangan terpedaya dengan ajaran Rasulullah SAW. begitulah kegiatan pengemis tersebut setiap harinya, selalu penuh caci maki dan hinaan terhadap Rasululah SAW.

Seperti biasa juga, Rasulullah SAW ke pasar Madinah. Apabila baginda sampai, baginda lalu menuju pengemis buta Yahudi itu lalu menyuapkan makanan ke mulutnya dengan lembut dan bersopan tanpa berkata apa-apa.

Pengemis buta Yahudi tidak pernah bertanya-tanya siapakah yang menyuapkan makanan tersebut ke mulutnya. pengemis itu begitu senang dan berselera sekali apabila ada orang yang baik hati memberi dan menyuapkan makanan ke mulutnya. hanya itu yang dia pikirkan.

Perbuatan baginda itu dilakukannya setiap hari sehinggalah baginda Muhammad SAW wafat. Sejak kewafatan baginda, tidak ada siapapun yang sudi menyuapkan makanan ke mulut pengemis itu setiap paginya.

Pada satu pagi, Saidina Abu Bakar ra pergi ke rumah anaknya, Siti Aisyah yang juga merupakan isteri Rasulullah SAW untuk menanyakan perihal sesuatu kepadanya.

“Wahai anakku Aisyah, apakah kebiasaan yang Muhammad lakukan yang aku tidak lakukan?”, tanya Saidina Abu Bakar ra kepada Aisyah.

“Ayahandaku, boleh dikatakan apa saja yang Rasulullah SAW lakukan, ayahanda telah lakukan kecuali satu,” beritahu Aisyah sambil melayan ayahandanya dengan hidangan yang tersedia.

“Apakah dia wahai anakku, Aisyah?”

“Setiap pagi Rasulullah selalu membawa makanan untuk seorang pengemis buta Yahudi di satu sudut di pasar Madinah dan menyuapkan makanan ke mulutnya. Sejak wafatnya Rasulullah, sudah tentu tidak ada lagi yang menyuapkan makanan kepada pengemis itu,” beritahu Aisyah kepada ayahandanya seolah-olah kasihan dengan nasib pengemis itu.

“Kalau begitu, ayahanda akan lakukan seperti apa yang Muhammad lakukan setiap pagi. Kamu sediakanlah makanan yang selalu dibawa oleh Muhammad untuk pengemis itu,” beritahu Saidina Abu Bakar ra kepada anaknya.

Pada keesokan harinya, Saidina Abu BAkar ra membawakan makanan yang sama seperti apa yang Rasulullah SAW bawakan untuk pengemis itu sebelum ini. Setelah puas mencari, akhirnya beliau bertemu juga dengan pengemis buta itu. Saidina Abu Bakar ra segera menghampiri dan terus menyuapkan makanan ke mulut pengemis itu.

“Hei… Siapakah kamu? Berani sekali kamu menyuapiku?” Pengemis buta itu mengherdik Saidina Abu Bakar ra. Pengemis buta itu terasa lain benar perbuatan Saidina Abu Bakar ra itu seperti kebiasaannya.

“Akulah orang yang selalu menyuapmu setiap pagi,” jawab Sayidina Abu Bakar ra sambil memerhatikan wajah pengemis buta itu yang nampak marah.

“Bukan! Kamu bukan orang yang selalu menyuapku setiap pagi. Perbuatan orang itu jauh lebih lembut dan sopan. Aku dapat merasakannya, dia terlebih dahulu akan menghaluskan makanan itu kemudian barulah menyuapkan ke mulutku. Tapi kali ini aku terasa sangat susah saat hendak menelannya,” balas pengemis buta itu lagi sambil menolak tangan Sayidina Abu Bakar ra yang masih memegang makanan itu.

“Ya, aku mengaku. Aku bukan orang yang biasa menyuapmu setiap pagi. Aku adalah sahabatnya. Aku menggantikan tempatnya,” beritahu Sayidina Abu Bakar ra sambil menyapu air matanya yang sedih.

“Tetapi ke manakah perginya orang itu dan siapakah dia?”, tanya pengemis buta itu.

“Dia ialah Muhammad Rasulullah SAW. Dia telah kembali ke rahmatullah. Sebab itulah aku yang menggantikan tempatnya,” jelas SaYidina Abu Bakar ra dengan harapan pengemis itu berpuas hati.

“Dia Muhammad Rasulullah?”, kata pengemis itu dengan suara yang terkedu.

“Mengapa kamu terkejut? Dia insan yang sangat mulia,” beritahu SaYidina Abu Bakar ra. pengemis itu pun menangis sepuas-puasnya. Setelah agak reda, barulah dia bersuara.

“Benarkah dia Muhammad Rasulullah?”, pengemis buta itu mengulangi pertanyaannya seolah-olah tidak percaya dengan berita yang baru didengarnya itu.

“Ya benar. Kamu tidak percaya?”

“Selama ini aku menghinanya, aku memfitnahnya tetapi dia sedikit pun tidak pernah memarahiku malah dia terus juga menyuap makanan ke mulutku dengan sopan dan lembut. Sekarang aku telah kehilangannya sebelum sempat memohon ampun kepadanya,” ujar pengemis itu sambil menangis terdesak-desak.

“Dia memang insan yang sangat mulia. Kamu tidak akan berjumpa dengan manusia semulia itu selepas ini kerana dia telah pergi meninggalkan kita,” beritahu Sayidina Abu Bakar ra.

“Kalau begitu, aku mahu kamu menjadi saksi. Aku ingin mengucapkan kalimah syahadat dan aku memohon ampunan Allah SWT,” ujar pengemis buta itu.

Selepas peristiwa itu, pengemis itu telah memeluk Islam di hadapan Sayidina Abu Bakar ra. Keperibadian Rasulullah SAW telah memikat jiwa pengemis itu untuk mengakui ke-Esaan Allah.

Nah, itu tadi sekilas kisah Nabi Muhammad SAW yang luar biasa menyentuh hati. bagaimana akhlak dan pribadi sosok insan/manusia paling sempurna di muka bumi begitu terpuji. semoga dengan membaca cerita cerita nabi Muhammad SAW dan kisah kisah sejarah hidupnya, kita bisa ambil manfaatnya. sekian dulu artikel kali ini, semoga kita mendapat syafaat darinya kelak di hari kiamat. Amiinn