Misi Jihad Cinta




“Sayang, kita dah sampai.”
Safiyyah menggosok mata yang masih ngantuk. Tudung labuhnya yang agak senget dibetulkan suaminya.
“Tapi Safiyyah kena janji dengan abang, walau apapun yang jadi lepas ni Safiyyah mesti redha.”
Safiyyah mengerutkan dahi, pelik dengan kata-kata suaminya.
“Abang ni, dari tadi Safiyyah tanya kita nak kemana. Tapi abang tak jawab pun.”
“Kan abang nak bagi Safiyyah hadiah ulangtahun perkahwinan kita.”
“Tapi cara abang cakap tadi macam pelik je.”
“Nak kahwin lagi ya?”
Suaminya tergelak kecil. Lucu dengan pertanyaannya.
“Kalau betul kenapa?”
“Safiyyah tak kisah tau. Nanti Safiyyah dapat payung emas di syurga.”
Suaminya tersenyum. Isteri yang solehah. Moga dia menjadi bidadariku di syurga.
“Abang ni kenapa senyum-senyum ni?”
“Dah la. Lagi cepat kita masuk ke dalam lagi cepat Safiyyah dapat hadiah dari abang.”
“Okey..”
Dia membuka pintu kereta. Kereta hitam berkilat kepunyaan suaminya diparkir di tempat yang disediakan.
Di hadapannya tersergam sebuah bangunan canggih. Pintunya diperbuat daripada kaca yang dihiasi kalimah ‘Lailahaillallah… Muhamadurrasulullah..’
Suaminya menggenggam erat tangannya, bagai tidak mahu dilepaskan.
****
Uwais memasukkan kad pintar kedalam ruang di tiang itu. Dengan pantas, lantai yang dipijak bergerak ke atas menuju ke tingkat 8. Usai sampai, dia menarik kembali kad pintarnya.
“Jom masuk sayang.”
Sekali lagi, dia memasukkan kad pintarnya ke dalam mesin pintu pejabat di hadapannya. Lantas terpapar namanya di atas skrin mesin itu. Beberapa minit kemudian, tertera perkataan ‘masuk’.
Dia memimpin tangan isterinya. Dengan yakin, dia memulas besi ringan yang terlekat di pintu pejabat itu.
Kelihatan seorang lelaki di dalam pejabat itu. Senyumannya mengisi ruang wajahnya. Seakan terpancar nur keimanan pada rautnya yang tenang.
“Selamat datang Uwais Al-Qarni. Hari ini kau menunaikan janjimu.”
Lelaki itu menekan remote di tangannya. Kerusi di hadapan meja kaca itu terbuka.
“Sila duduk..”
“Terima kasih.”
Kelihatan lelaki itu mencari sesuatu. Dia menyelongkar laci kaca yang terapung di atas, seperti kabinet kuno zaman 2008 yang diubah suai. Cantik. Gabungan seni lama dan baru.
“Isi maklumat diri dan zaujah. Err, siapa nama dia?”
“Nur Safiyyah binti Dr Tariq Ziyad.”
“Dr Tariq Ziyad? Macam biasa dengar. Subhanallah, kamu anak seorang pahlawan?”
Safiyyah hanya diam merendah diri.
“Bagus. Kamu menjejaki langkah ayahmu. Memang berdarah pahlawan.”
Uwais menekan-nekan skrin sensitif di hadapannya.
Dia mengisi maklumat dirinya dan Safiyyah.
Safiyyah memerhati.


MISI JIHAD CINTA
Nama Mujahid : Uwais Al-Qarni bin Ammar
Nama Mujahidah : Nur Safiyyah binti Tariq Ziyad
Dan banyak lagi butiran yang diisi suaminya..
Hati Safiyyah berbunga riang. Inikah hadiah dari Uwais kepadanya? Subhanallah.. Ya Allah, aku syukur padaMu. Cita-citaku semakin dekat. Syahid menggoda rohku. Aroma syurga menggamitku.
Misi jihad cinta itu sudah lama diidam-idamkan.
Peraduan Misi Jihad yang dimenanginya itu menjadi hadiah yang amat bernilai. Peraduan ini melayakkan pasangan suami isteri sama-sama berjihad di tempat yang akan di hantar oleh ejen. Hanya 20 pasangan yang mendapat tempat dalam masa setahun. Misi ini adalah peluang terbaik untuk mencapai pangkat syahid.
“Sayang, mana kad pintar? Butiran peribadi perlu disahkan.”
Safiyyah lantas mengeluarkan kad pintarnya dari beg tangan elektronik hadiah dari arwah ayahnya.
“Ni bang..”
Butiran peribadi mereka kemudiannya disahkan. Laptop kecil sebesar tapak tangan itu diserahkan kepada lelaki di hadapannya.
Lelaki itu menekan-nekan sesuatu. Kemudian dia tersenyum.
“Kamu berdua dihantar ke Kota Toledo.”
****
“Bang..”
Uwais mendongak. Raut indah milik isterinya direnung. Sinar keimanan yang terlakar menenangkannya.
“Ya?”
Safiyyah diam. Dia menunduk. Air jernih memenuhi kolam matanya.
“Kenapa ni? Safiyyah tak suka ya hadiah ni?”
“Abang.. Apa ni.. Bukankah itu yang kita tunggu- tunggu selama ni? Safiyyah pun tak sangka kita menang peraduan tu.”
“Habis tu.. Kenapa menangis?”
“Safiyyah tak sabar nak pergi sana. Lagi 2 hari kan bang..”
“Ya,abang pun tak sabar dah. Semakin dekat bau harum syurga..”
“Abang..”
“Ya?”
“Kita berjumpa lagi tak nanti di syurga?”
“Safiyyah sayang…”
“Ya bang..”
“Safiyyah nanti insyaAllah jadi Ainul Mardhiah abang di syurga. Jangan risau ya..”
“Safiyyah tak risau pasal tu. Safiyyah yakin kalau Safiyyah tak jadi bidadari abang pun, abang akan dapat bidadari yang lagi cantik dan solehah daripada Safiyyah.”
Kata-kata lembut isterinya membuatkan dia tersentuh.
Subhanallah.. Aku sayang dia keranaMu ya Allah. Maka temukanlah kami di syurgaMu, jangan Kau pisahkan kami. Cukup hanya dia bidadari solehah yang telah kau sediakan untukku. Moga di dunia dan juga di syurga.
“Safiyyah.. Ingat tak dulu zaman kita sama-sama ditarbiyyah?”
“Ingat bang.. Masakan Safiyyah lupa. Taman yang mengajar Safiyyah erti perjuangan.”
“Dan abang tak sangka Allah pertemukan kita. Ingat tak dulu kita asyik bertengkar untuk capai kata putus dalam mesyuarat? Kelakarnya masa tu. Isteri abang ni petah betul berhujah. Sampai kadang-kadang buat abang geram.”
“Laa.. Abang juga pesan pada kami, kami kena jadi Muslimat Tarbiyyah. Muslimat yang kuat menongkah ujian, tabah menghadapi dugaan, pantas berfikir, berana membantah kebatilan. Kan?”
“Ya sayang. Muslimat masa tu semua kuat belaka. Abang tengok macam kering hati je.”
“Terpaksa la bang. Kalau kami tak jadi macam tu, habis la perjuangan. Asyik-asyik merajuk, menangis. Nanti tak jadi kerja pulak.”
“Ya, abang faham.”
“Abang tengok la buktinya. Dah 3 orang ahli syura muslimat kita yang dah kotakan janji. Dah dapat pangkat syahid. Safiyah yang terlambat bang..”
Safiyyah pilu, janjinya belum dikota lagi. Dia sedang menunggu saat kemanisan itu. Nanti akan dia capai tangan sahabat-sahabatnya di syurga nanti. Sahabat-sahabat, tunggu kedatanganku. Hatinya menyeru.
“Sabar la. Tak lama lagi..”
****
Di khemah persiapan, Kota Toledo.
Malam itu mereka tekun. Hati dan jiwa betul-betul diserahkan kepada Allah. Setiap saat dipenuhi dengan solat-solat sunat, berzikir dan alunan bacaan Al-Quran.
Di atas sejadah itu, Uwais memegang tangannya. Erat dan kemas. Tampak air matanya mengalir.
Safiyyah juga menangis hiba. Tiada kata yang mampu diungkap. Bukan airmata sedih yang sedang mengalir. Tetapi armata bahagia, bahagia kerana bakal menemui Rabbnya.
“Nur Safiyyah.. Terima kasih kerana menjadi isteri abang selama ini. Safiyyah isteri solehah abang. Selama setahun kita kahwin, tak pernah sekali pun Safiyyah sakiti hati abang. Safiyyah gigih berusaha menjadi yang terbaik.”
Esakan isterinya semakin kuat. Hatinya pedih dalam gembira.
“Safiyyah, Allah temukan kita dalam lapangan perjuangan. Dan kita berjanji akan hidup dalam lapangan ini selamanya. Matlamat kita jelas, hidup mulia atau mati syahid. Sekarang di hadapan kita peluang, Safiyyah kena serahkan pergantungan bulat- bulat pada Allah. Bila kita sama-sama jalankan misi itu nanti, Safiyyah kena ingat Allah banyak-banyak. Jangan fikir pasal abang lagi, tinggalkan dunia. Ingat syahid.”
“Abang sayang Safiyyah kerana Allah. Abang minta maaf sebab tak dapat nak beri Safiyyah apa-apa ganjaran selama Safiyyah berkorban jadi isteri abang..”
“Abang, Safiyyah tak minta apa-apa pun.”
“Kita jumpa di syurga ya.. InsyaAllah..”
Dahi isterinya dikucup lembut.
“Abang ada satu permintaan.”
“Apa dia bang?”
“Baju tu. Nanti Safiyyah kena pakaikan untuk abang.”
“Ya ,InsyaAllah. Abang pun ya.”
“Ya, InsyaAllah.”
Safiyyah bangun menuju ke hujung khemah, dia mengambil 2 pasang baju putih yang tergantung di atas tali. Tertulis perkataan “Peserta Misi Jihad Cinta” di belakang baju putih milik suaminya. Di bahagian hadapan sebelah kiri, tercatat nama Uwais Al-Qarni dan di sebelah kiri terdapat bendera kecil tertulis kalimah agung Lailahaillallah Muhammadurrasulullah.
Juga pada bajunya.
“Assalamualaikum.. Akh Uwais..”
Terdengar suara member salam. Safiyyah merenung lembut wajah suaminya.
“Waalaikumsalam.” Uwais membuka pintu khemah.
“Akh, sekarang sudah tiba masa kalian. Seruan jihad sudah dipalu.”
“Baiklah. Terima kasih.”
Uwais menutup kembali pintu itu. Dia pusing menghadap isterinya.
“Sayang, dah tiba masanya.”
“Ya.”
Lantas baju jihad disarungkan ke tubuh. Usai keduanya bersiap, Uwais memandang isterinya.
“Kita jumpa di syurga ya.”
“InsyaAllah bang. Sekejap lagi kita bertemu semula.”
****
Boomm..
Boommmm..
Boommmmm..
Dentuman demi dentuman terdengar. Mereka tekun melaksanakan misi jihad.
Bumm!
Di sebuah tempat, terdampar beberapa tubuh. Bajunya berlumuran darah. Ada peluru tertimbus di dada dan di sekitar tubuh mereka. Harum darah syuhada’, rautnya tersenyum megah.
Antaranya adalah pemuda bernama Uwais Al-Qarni. Kini dia sudah mengotakan janjinya.
Bummm!
Dan, di sebuah tempat. Darah mengalir laju. Wanita berjilbab itu ditembak di belakang badannya. Peluru tertimbus dalam.
Nur Safiyyah tersenyum.
Roh para syuhada’ itu berterbangan di langit. Uwais dan Safiyyah sudah mengotakan janji. Mereka bertemu di syurga.

---------
Mati syahid mesti tersenyum. Terfikir apa yang mereka lihat hingga boleh tersenyum.
Sungguh aku cemburu.

Imagine You're In Jannah

Lets Imagine...


Sitting with your spouse in Jannah. And then deciding what the plans would be for that day...

Should we go outside, sit on our thrones, with waterfalls of milk and honey flowing beneath us? And enjoy a cup of Jannah wine, while smelling the sweet scent of Jannah musk?

Should we go to the souq, the market place, and meet all of our old friends that we used to kick it off with in the dunya, and talk about what dunya was like, and how we all made it here, and how Allah bestowed His favor upon us?

And then your spouse says, you know what, how about we go visit the Prophet today. And so you and your spouse, go hands in hand, walking towards the house of the Prophet.

You pass by the homes of Talha and Zubair (ra) and you say salaam to them. And then you go and knock on the door of the Prophet in Jannah.

And lo and behold, Rasulullah SAW opens, with a big smile on his face, and says Ahlan wa Marhaban, Welcome, and embraces you.

And invites you to sit inside his home, in his noble living room, and sits right across from you and asks you if would like a cup of Jannah tea.

And you sit in the home of the Prophet and Rasulullah gives you a cup of tea. And he sits infront of you and gives you his undivided attention.

Imagine what that discussion would be like...

what would you tell him? what would you ask him?

Would you tell him about your favorite moment in the seerah?

Or would you ask him what Taif was really like? and how he still managed to remember us, as the blood spilled from his noble face?

But in Jannah, there are no more tears and no more fears....
Just the sweetness of success and sacrifices.

Imagine him, (Rasulullah) telling you an inside joke between him and Aisha (ra)? Or the time he (saw) caught Anas (ra) playing with kids, instead of running errands?

What if Rasulullah told you how he remembered YOU, or how he knew YOUR name, and longed for the moment he would meet YOU?

What if Rasulullah told you, that I remember when your salam reached me, and I answered Walaykumusalam so and so.

What if, at the end of that conversation, the Prophet (saw) extended his hand and offered you a sip of water, after which again you would never feel thirst, not physically nor spiritually..

For the only sight more noble and beautiful than the face of Muhammad is the face of the Lord of Muhammad (saw), and the Lord of you.

And for that, all you have to do is look up...

and you will see Allah SWT. .

Because in Al Firdaus, you will never be left to imagine again..

But will we meet again ?


Terjemahan :


Mari Bayangkan..

Duduk dengan pasangan anda di dalam Jannah. Dan kemudian memutuskan apa rancangan akan dilakukan bagi hari itu.

Sekiranya kita pergi ke luar, duduk di atas pelamin, dengan air terjun susu dan madu mengalir di bawahnya Dan menikmati secawan wain Jannah, lalu berbau harum manis Jannah kasturi.

Sekiranya kita pergi ke souq, tempat pasaran, dan bertemu semua kawan-kawan lama kita yang kita gunakan untuk 'menghancurkan' di dunia, dan bercakap tentang apa yang ada di dunia adalah seperti sekian sekian dan bagaimana kita semua dibawa di sini, dan bagaimana Allah mengurniakan nikmat-Nya kepada kita ?

Dan kemudian pasangan anda berkata, awak tahu ?
Bagaimana pula kita pergi melawat Rasulullah hari ini. ?anda dan pasangan anda, pergi ke sana sambil berpegangan tangan berjalan ke arah rumah Nabi.

Melewati rumah Talha dan Zubair (ra) dan anda memberi salam kepada mereka. Dan kemudian anda pergi dan mengetuk pintu Nabi di Jannah.

Dan nah, lihatlah, Rasulullah SAW membuka pintu dengan senyuman lebar di wajahnya, dan berkata Ahlan wa Marhaban, selamat datang, dan merangkumi anda.

Baginda menjemput anda untuk duduk di dalam rumahnya, di ruang tamu yang mulia, dan duduk betul-betul di sisi anda dan meminta anda jika ingin secawan teh Jannah.

Dan anda duduk di rumah Rasulullah lalu baginda memberikan anda secawan teh. Dan baginda duduk di depan anda lalu memberikan anda sepenuh perhatian.

Bayangkan apa perbincangan yang akan menjadi seperti ...

apa yang anda akan beritahu dia? Apa yang anda memohon kepada-Nya?

Anda akan beritahu dia tentang kegemaran anda dalam sirah tersebut?

Atau anda akan bertanya kepadanya apa Taif benar-benar suka? dan bagaimana dia masih mampu ingat kita, dengan darah yang tertumpah dari muka yang mulia?

Tetapi dalam Jannah, tiada lagi air mata dan tidak lebih kebimbangan ....

Hanya kemanisan kejayaan dan pengorbanan.

Bayangkan Rasulullah memberitahu anda satu jenaka dalam antara dia dan Aishah ?

Atau baginda berkongsi semasa dirinya ditangkap Anas (ra) bermain dengan anak-anak, dan bukannya menjalankan tugas?

Bagaimana jika Rasulullah memberitahu anda bagaimana dia teringat ANDA, atau bagaimana dia tahu nama ANDA, dan rindu buat masa ini beliau akan menemui ANDA?

Bagaimana jika Rasulullah memberitahu anda,

" yang baginda ingat apabila salam sampai kepada baginda, dan baginda menjawab Walaikumussalam demikian dan demikian. "

Bagaimana jika, pada akhir perbualan itu, Rasulullah dilanjutkan tangannya dan menawarkan anda seteguk air, selepas itu sekali lagi anda tidak akan merasa dahaga, tidak secara fizikal mahupun rohani ..

Untuk satu-satunya penglihatan lebih mulia dan indah daripada wajah Muhammad adalah wajah Tuhan kamu.

Dan untuk itu, semua yang anda perlu lakukan adalah melihat ke atas ...dan ya anda akan melihat Allah SWT.

Kerana dalam Al Firdaus, anda tidak akan ditinggalkan untuk membayangkan lagi.

Tetapi adakah kita akan bertemu lagi?

From Kak Hassanah

Mengapa Saya Berniqab?



Cerita dari Kak Hassanah

Soalan yang seringkali di ajukan di dalam inbox fb, Bacalah dengan nama 'Tuhanmu' dan hayatilah.

Saya yang kalian kenal sebagai 'Kak Hassanah' adalah seorang anak yang lahir dalam keluarga yang agak besar (Sabahan Mix Chinese). Sebelah mak mostly not yet muslim, sebelah ayah juga not yet muslim. That means kelompok keluarga yang beragama islam hanya dalam 20% saja berbanding 80% yang beragama lain. 

Kenapa saya kata beragama lain ? Kerana keluarga saya terdiri dari pelbagai bangsa dan agama, ada anty yang kahwin cina, ada anty yang kahwin indian, ada sepupu yang kahwin orang iban, ada pakcik yang kahwin mat salleh, ada pakcik yang kahwin kelantan, dan sewaktu dengannya. Pendek kata, ramai antara mereka yang kahwin campur. Kalau nak imagine pula bilangan anak cucu cicit atok dan nenek, bayangkan saja, sebelah mak atok kahwin 2. Kahwin pula usia muda. Sebelah ayah atok kahwin 1. Tapi juga usia muda, dalam lingkungan 12 tahun sudah beranak pinak. Maka terhasillah beratus-ratus cucu cicit yang tak pernah putus-putus. Dasattt bukan ?

Pakaian wajib mereka bila ada event family day semestinya pakaian seksi meksi, hatta saya sendiri minat pakaian seksi. Perempuan mana yang tak suka dipuji ? Tapi seksi manapun mereka, satu yang saya salute tidak ada antara mereka yang terjebak dalam kes 'terlanjur' dan sebagainya.
Mana ada bayi yang terus lahir pandai membaca. Mana ada manusia yang tidak punya masa lampau, hatta untuk menjadi rama-rama cantik pun ada fasanya. Inikan pula kita ? Ada satu masa, Ketika join sepupu perempuan dan anty-anty yang bujang keluar shopping, saya tersesat arah. Maksudnya mereka semua ada di mall sekian sekian, tapi saya masih menunggu mereka di mall sekian sekian. Diuji pula dengan telefon yang kehabisan bateri. Dulu mana ada power bank, mati bateri tamatlah riwayat.

Dompet pula tiada wang. Sudah beli pakaian ini itu. Macam mana nak balik tiada duit ? Nak menangis dapat apa ? Nak marah dapat apa ? Saya pun jalan ke sana sini seperti orang gila mencari arah tujuan. Dalam hati berdoa, mudah-mudahan terserampak dengan mereka. Tapi hampa. Hari semakin gelap, badan sudah letih, tekak sudah haus. Sudah tidak bermaya. Saya ambil keputusan untuk stay rehat di perhentian bas, mana tahu nampak kereta anty lalu. Dan akhirnya terlelap. Masa syok terlelap tu, dengar laungan kuat,

ALLAHU AKBAR. . 2x
ASYHADU ANNA MUHAMMADAR RASULULLAH. .2x
HAYYA' ALASH-SHALAAH. . 2x
HAYYA' ALAL-FALAAH. .2x
ALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR. .1x
LAA ILAAHA ILLALAAH. .1x

Habis saja laungan azan maghrib, ada sesuatu 'rasa' yang tidak pernah dirasa selama ini. Mungkin sebab suara azan yang sangat merdu dan sayu, mungkin sebab tenangnya jiwa mendengar seruan betapa Maha Besar Allah, dan mungkin sebab lain. Wallahi air mata jatuh. .

Bila nampak masjid depan mata, saya terfikir
" Orang yang masuk masjid mesti baik-baik. Baik aku pinjam hp sesiapa call family. Lagipun bahaya sendiri di sini. "

Dengan perasaan tak tahu malu dengan pakaian yang dipakai, saya sudah tidak memikirkan pandangan buruk orang, asalkan saya dapat balik rumah.

Saya terus setia berdiri di tangga masjid, menunggu kalau-kalau ada orang nak naik nak pinjam hp. Tidak lama tu, ada lelaki muda berserban putih, sebaik dia nampak saya, terus dia beristigfar tanpa memandang saya.

Berulang kali saya dengar istigfar. Rasa bersalah pun ada sebab sedar pakaian yang saya pakai tak sepatutnya dipakai.

Dia tanya,
" Ada apa-apa yang cik perlukan bantuan ? "
Saya angguk. Tapi dia diam. Baru perasan, dia still tak pandang saya. Mana dia nampak saya tengah angguk ke geleng ke. Saya pun bersuara,
" Ya. Saya nak pinjam hp. "

" Nama apa? " Dia tanya lagi,

" Hassanah. " Saya jawab ringkas.

Terus dia pandang saya, dan cepat-cepat alihkan pandangan ke tempat lain. Terkejut barangkali nama tidak seperti peribadi si pemilik nama.

" Kamu tunggu di sini. Sekejap lagi isteri saya datang. Dia ada dalam kereta kebetulan ada barang tertinggal dalam kereta."
" Terima kasih. "
Hanya itu yang mampu saya lafaz.

Sebelum dia naik ke tangga seterusnya dia sempat pesan,
" Mana ada 'orang jahat' yang datang ke rumah Allah, melainkan mahu balik pada Allah. "
Ya Allah.

Deep. .

Sekali lagi air mata jatuh terkesan sangat. Tidak lama kemudian, nampak seorang wanita berniqab hitam berjubah hitam. Saya tidak cam wajah dia, tapi dari bentuk matanya saya dapat rasa dia seorang wanita yang sangat cantik. Dia bagi salam dan tanya kenapa saya berdiri di tangga. Setelah saya ceritakan sekian sekian dia ajak saya masuk masjid. 

Saya cakap, malu nak masuk sebab pakai macam ni. Dia pun pergi semula ke kereta dan sampai saja ke arah saya, dia bagi jubah hitam dan tudung hitam. Dia kata kebetulan tengah bermusafir dengan suami, beg pakaian ada dalam kereta. Dia suruh saya ke toilet tukar pakaian dan masuk ke masjid.

Dia sempat pesan,
" Kalau belum solat, ambillah wuduk sekali. "

Ya Allah.
Bermonolog sendiri, Susunan wuduk pun aku tak tahu.
Masa tu memang dah mengalir air mata dah. Bila nampak jasad depan cermin, cantiknya. Indahya tutup aurat. Tipu kalau tak jatuh air mata, then just basuh muka tanpa ambil air wuduk. Bukan tidak pernah belajar di sekolah, bukan tidak pernah diajar di rumah, tapi tak amal apa yang diajar. Maka jadinya tunggang langgang.

Perlahan-lahan saya masuk ke pintu masjid dan duduk belakang, selesai wanita tadi solat, dia tegur kenapa saya tak solat lagi. Saya jawab, tak reti bacaan dalam solat. Tak hafal. Panjang sangat. Bukan mak ayah tidak didik, tapi saya yang taknak dididik. Paling sebak, dia ajar cara-cara solat dari awal sampai akhir, sambil dia fahamkan sambil dia tulis setiap bacaan solat dalam sekeping kertas. Kalau tak silap hampir 5,6 kali dia ulang sehingga saya faham sungguh-sungguh. 

Di baris bawah dia tulis,
" Solatlah. Kamu akan lebih kenal Tuhanmu. "

Saya cakap dengan kakak tu terima kasih, lagi-lagi dia dan suami sepakat nak hantar saya balik rumah. Hanya Allah yang balas jasa baik mereka.

Saya tanya dia,
" Kenapa Kak berniqab ? "

Dia buka niqab depan saya dan senyum. Masya Allah tergugat jiwa lihat wajah dia.

" Sebab muka akak cantik ye ? "

Saya tanya dia laju.
Dia geleng. Dan kata pada saya,

" Cuba pakai niqab itu. "

Saya pun try pakai, macam gaya dia pakai tadi. Sebaik secebis kain menutupi wajah, air mata saya jatuh. Dia cakap, Subhanallah berulang kali setelah melihat saya. Then tanya, apa yang kamu rasa setelah berniqab ?

" Tenang. "
Saya jawab ringkas.

Dia kemudian pakai semula niqab tadi, dan keluarkan satu niqab stok dalam beg tangan. Dia jelaskan selalu kalau pi mana-mana mesti ada stok niqab dalam beg tangan takut yang dipakai kotor. Dia hulur, katanya sebagai hadiah dan siap pesan, cuba cari ketenangan yang kamu cakap tadi.

Dari kejadian itu, saya bertekad pada tahun 2013 untuk memakai niqab.

Saya digelar ninja, saya digelar penjahat, saya digelar si gadis topeng, paling dahysat saya digelar syiah oleh bestfriend sendiri.

Saya dimaki, dicaci, dikutuk, diumpat, diketawakan, dihina, diperli, disakiti, oleh keluarga dan rakan-rakan. Paling banyak menyaksikan air mata hijrah saya ialah sahabat dunia akhirat, Nurul Ain Sohrab II.

Sampai satu saat, semua yang berkata buruk terhadapku sudah hilang kata-kata. Saya jangka saya akan bertambah sepi di dunia yang serba moden dan canggih ini, saya sangka saya semakin tersisih dalam masyarakat islam saya sendiri. Namun Allah memberi keterangan yang nyata kepada saya, jika sesuatu itu secara fitrah dan syariat bahkan punya hujah di sisi-Nya, tiada siapa yang mampu menghapuskan amalan tersebut dari kalangan wanita yang mahu memilih niqab sebagai salah satu cara mendekatkan diri kepada-Nya.

Jika selama ini kalian baca dan dengar pengalaman dari individu berbeza mengenai kenapa mereka berniqab ?

Maka kebanyakannya mengeluarkan hujah yang sama bukan ?
Dan bila ditanya soalan itu kepada saya, satu yang saya nak cakap.
" Pakailah secebis kain itu dan 'rasa' kenikmatan dan keindahannya. "

Again,
Pakailah dan rasakan.
Berhijrah itu tidak susah,

Susah itu hanya dalam fikiran kita. It's not difficult to change, the diffculties come within us. Begin with a step.
Be the change.
Whatever you are going through, may Allah take it easy for you. Be patient, better time will come, Insha-Allah. And don't forget to say alhamdulillah for every situation in your life.
" Sometimes the people with the worst past, create the best future. "
- Saidina Umar

Hanya yang berpuasa merasai nikmat puasa, hanya yang berhijrah merasai nikmat hijrah, hanya yang bertaubat merasai nikmat taubat, hanya yang menangis merasai nikmat air mata.
Menangislah tapi jangan pernah mengalah.

Wanita itu diciptakan dengan sangat seksi, tetapi seksilah pada cara yang betul. Being sexy doesn't mean you have to show your aurah.

Hassanah,
I love my name and i love my self.
Have faith !

- Kak Hassanah