Tip Bertudung Labuh




Ish okay ke ni kalau pakai tudung labuh? Tak nampak macam gemuk ke? ”

“Apa ek orang kata, kalau pakai tudung-tudung labuh ni?”

Jadi, bagaimana dengan soalan yang ini,

“Macam mana ya, nak mula bertudung labuh?”

YES! itulah soalan yang paling bagus sekali, bagi seorang muslimah kembali kepada fitrah kewanitaannya. Memandangkan ramai muslimah yang berkongsi pengalaman mula bertudung labuh, saya alhamdulillah, mendapat idea untuk berkongsi cara untuk mula bertudung labuh.

Sebab ramai yang berkongsi bagaimana beliau mendapat hidayah untuk menutup aurat dengan sempurna, tapi jarang yang berkongsi, tips untuk MULA bertudung labuh (^_^) 

Tips ini saya ambil daripada Dr. Haji Mohd Shafei, dan ditambah perisa oleh saya, seorang muslimah yang sedang mendaki redha Ilahi, seperti anda juga!

1) JOM kita mulakan dengan perkara yang paling mudah sekali iaitu dengan memakai stokin kaki dan sarung lengan. Tukar kebiasaan kita dengan memakai pakaian yang melepasi punggung dan longgar. Biasakan memakai seluar slack yang longgar dan elakkan memakai jeans.

Percayalah, dengan belajar memakang skirt labuh, secara automatik hati kita akan berkenan dan rasa sangat selesa bertudung labuh.

Pakai jeans bukan tidak boleh, tapi kelihatan kurang manis. Jangan rasa tersisih jika kita tiada jeans. Saya juga tidak pernah memiliki walau sehelai jeans. Ayuh bangga jadi muslimah. Ayuh, ayuh!

2) Sekarang ini, saatnya untuk mencari dan menyertai kumpulan usrah yang benar iaitu yang diyakini agama naqibah (ketua usrah) nya serta hala tujunya selari dengan syariat. InsyaAllah.

Ini sangat penting! Ini kerana, dalam perkumpulan usrah kita, kita akan menjumpai ramai lagi muslimah yang baru mula untuk berhijrah. Allahamdulillah, kita jumpa geng Hijrah & Geng Tuduh Labuh kita. Boleh sama-sama saling memperingati antara satu sama lain

3) Inilah masanya untuk kita menghayun langkah menyertai majlis-majlis ilmu seperti kuliah maghrib di Masjid, ceramah-ceramah oleh ustaz/ustazah untuk menambah input dalam diri. InsyaAllah, akan bertemu sahabat-sahabat baru yang baik di majlis-majlis tersebut yang mampu membimbing kita dengan izin Allah.

Disini kita akan membuka mata kita kerana di malis-majlis seperti ini, audiens adalah umum. Malah ramai yang berhasrat untuk berhijrah selepas diberi hidayah melalui medium-medium seperti ini.

4) Waktu inilah kita harus sentiasa belajar untuk istiqomah sungguh-sungguh memperbaiki ibadah-ibadah asas seperti solat, puasa dan sebagainya. Boleh rujuk ustaz/ustazah, sahabat-sahabat yang diyakini agamanya, dan kitab-kitab fardu ain,



5) Masukkan membaca Al-Quran & mentadabbur (mengkaji) maksud setiap ayat yang diturunkan ke dalam Mutabaah Amal kita. Belilah sebuah tafsir mini atau rajin-rajin untuk rujuk Kitab Asbabun Nuzul.

6) Setelah kita istiqomah melakukan 5 perkara diatas, in sha Allah, hati kita menjadi semakin kuat dan yakin untuk berhijrah. Inilah masanya untuk kita mula untuk memperbaiki penampilan. Pada permulaan, belajarlah untuk memakai t-shirt Muslimah yang longgar dan labuh melepasi peha agar bentuk peha kita tidak kelihatan nanti 

7) Pada peringkat awal, latih diri memakai tudung bidang 50 bagi muslimah yang mempunyai ketinggian sekitar 140cm – 155cm. Bagi muslimah yang mempunyai ketinggian yang lebih, amat digalakkan untuk memakai tudung labuh bidang 60. Mulakan dengan pinkan secara lurus. Kalau dipinkan silang ke dada, kelihatan agak singkat. Kebiasaannya kebanyakkan muslimah memilih untuk memakai Tudung Turki atau Tudung Mesir.

8) Sekarang adalah masa untuk belajar istiqomah untuk beramal dengan tips dari tips 1-7. Teruskan memperhebatkan ibadah, meningkatkan iman, memperhebatkan akhlak dan mantapkan ukhuwah sesama muslimah lain.



9) In shaa Allah setelah melepasi semua tahap-tahap diatas, minta pada Allah agar membuatkan kita berasa senang dan bersedia untuk memakai tudung labuh berjahit. Pada pandangan saya, boleh saja kita selang selikan dengan memakai tudung labuh berpin bidang 50/60 dan dipadankan dengan t-shirt muslimah dan skirt labuh. Amat selesa sekali dan kelihatan anggun sebagai seorang muslimah.

dan orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah, dan orang-orang yang memberi tempat kediaman dan pertolongan (kepada orang-orang Islam yang berhijrah itu), merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka beroleh keampunan dan limpah kurnia yang mulia

[ Surah Al-Anfal; 74 ]

Percayalah, anda akan jatuh cinta dengan penampilan baru anda 

Jom merasa ezzah menjadi muslimah sejati!

Tips untuk Mula Bertudung Labuh~

JOM, sama-sama kita cuba!

Berubah, mujhadah.
Istiqamah gapai mardhatillah!

Gambar hiasan semata

La Tahzan. Allah with You




La Tahzan

Sekali lagi air mata itu tumpah, bagai melegakan hati pemiliknya.



Wanita,

Kadangkala diuji dengan sehebat-hebat ujian.

Zahirnya lemah tapi batinnya gagah anugerah Tuhan.


La tahzan.

Optimislah dengan ujian. Itu hadiah Tuhan.

Bersyukurlah. Beruntunglah.

Dari jutaan, engkau pilihanNya.



Kita rasa kitalah yang besar ujiannya. Kita rasa kitalah paling berat bebanannya.

Come on. Ada orang lagi besar ujiannya. Lagi berat bebanannya.

Jangan merungut sayang. Jangan mengeluh walau sedetik.

Kita milik Dia. Dulu, Kini. Dan selamanya.

Maka Dia berhak menentukan yang sebaiknya buat kita.

Bukan hanya di dunia. Bahkan hingga ke daerah sana.



Jalan takdir Allah tak pernah salah.

Berbaik sangkalah dengan aturanNya.

Jika perlu untuk engkau menangis, maka menangislah.

Tapi sayang, jangan sedih lama-lama.

Nampak macam kita kurang redha dengan apa yang Allah aturkan.

Takdir Allah is something yang unexpected.

Miracle things may come soon. Soon.

Engkau harus percaya.

Ya, percaya.



La tahzan.

Syurga itu mahal sayang, bukan mudah kita nak dapat.

Even people always said, benda yang payah nak dapat itulah yang kita akan benar-benar hargai.

Dan kita pasti bahagia sangat bila dapat.

Itu pasti.

Senyum.



Tapi terkadang ada masa kita jatuh.

Tak mampu nak bangun.

Tapi, ingatlah. Walau apa pun, Allah akan tetap menemani.

Just beside you.

Selalu.

Allah akan ubat luka di hati kita.

Perlahan. Perlahan.

Inilah hadiah buat hambaNya yang bertabah!

Tears.



InsyaAllah, bila Allah redha, Allah akan mudahkan.

Tak mudah. Siapa kata mudah?

Tapi inilah kasih sayang Tuhan.

Berdamailah dengan takdirNya.

Dan sampai masa kita akan faham, ada perkara yang memang dah tertulis akan terjadi.

Dan tertulis di Luh Mahfuz.

Dan kita mesti berhenti daripada memaksa ia jadi macam yang kita nak.

Tetaplah sabar dan redha dengan aturanNya.



Bukalah surat cinta dariNya.

Pasti akan damai hatimu.




” Maka hanya bersabar itulah yang terbaik (bagiku)” [Yusuf: 18]



La tahzan. Kesatlah air matamu.

Allah ada.

Allah tahu.