Jangan Bersedih Ya Rasulullah..



Aku tak nak Rasulullah ada di sini sekarang.
Aku tak nak.

Statement bodoh apakah di atas itu tapi that's the truth. That's what my voice from the deep of my heart is saying.

Sumpah aku nak Rasulullah ada, but not now.
Sebab, aku khuatir Rasulullah akan menangis.

Aku tak nak Rasulullah sedih hiba. Tak nak!
Paling aku tak nak, aku menjadi asbab Rasulullah menangis.

Na'uzubillah minta jauh.
Andai aku menjadi punca, lebih baik aku tiada di dunia.
Andai aku menjadi punca, lebih baik aku jadi tanah yang tiada pernah khianat sunnah.
Lebih baik aku jadi haiwan yang sentiasa Allah menjadi Tuhan.

Dengan keadaan Ummah kita yang parok seperti ini, mana mungkin Rasulullah tak bersedih hiba? Dengan keadaan Ummah yang abaikan Islam semata-mata kerna kepentingan politik yang plastik, how can I dare to see Rasulullah cry?

Islam dijadikan plastik recehan, kepentingan politik menjadi Tuhan.
Sunnah Rasulullah dibuat endah, apakah ini dapat buat Nabi Muhammad tersenyum gembira?

Aku tak nak Rasulullah ada di sini sekarang.
Aku tak nak.

Ya Rasulullah, I can't present this Ummah to you yet, not now.

But i promise, there's gonna be a day that this Ummah will make you proud, will make you smile. And also in my promise, i will become the most contributing person in that mission.

Biiznillah.
Uhibbuka ya Rasulullah.
Saya sayang kamu ya Rasullulah.
Moga ketemu di Syurga.

Tips Khatam al-Quran


Tips Khatam AlQuran

Cara-cara Mari kita renungkan, 1 juzuk mempunyai 20 mukasurat. Maka 10 juzuk bermaksud 200 mukasurat. 

Sebulan kita memiliki 20 hari. Kenapa 20 hari bukan 30 hari? 

Kita meraikan kaum hawa yang berehat selama seminggu. Jadi, 20 hari bersamaan 200 mukasurat. 

Jika mahu membaca beberapa helai mukasurat alQuran dalam tempoh sehari mungkin ramai mengatakan tidak ada masa (walau mampu menghabiskan sebuah novel yang beratus muka surat dalam tempoh 24 jam)



Maka, Ini solusinya. 20 hari = 200 mukasurat 10 hari = 100 mukasurat 1 hari = 10 mukasurat 

Masih kelihatan banyak kan? 

Solat sehari = 5 kali 10 mukasurat dibaca setelah usai setiap kali solat fardhu. 

10 ÷ 5 = 2 mukasurat Maka setiap kali usai solat anda hanya perlu membaca 2 mukasurat alQuran dan dengan izin Allah setelah 3 bulan anda mampu khatam alQuran. 

Sekiranya terdapat hari-hari tertentu yang membuatkan anda tidak sempat membaca alQuran maka ingatlah sebulan ada 30 hari, perkiraan ini hanya menggunakan 20 hari baki 10 hari boleh digunakan untuk menggantikan masa anda yang tidak sempat membaca alQuran tu (jika tidak uzur). 

Bacalah terjemahan sekali kerana membaca AlQuran dan memahami maksudnya membantu kita lebih menghayati ayat-ayat cinta ini "Ketahuilah, membaca al-Quran adalah zikir yang terbaik, dan dituntut dibaca dengan tadabbur." 

- Imam Nawawi



Cara Kreatif Bersedekah


1. Belilah beberapa buah kerusi atau bangku dan letakkan di dalam masjid supaya dapat digunakan oleh orang yang ingin memakainya di saat solat (amalan biasa di masjid arab Mekah  dan Madinah)

2. Letakkanlah sedikit makanan kucing dan semangkuk air di luar rumah untuk kucing-kucing yang datang.

3. Sedekahkanlah sedikit dari hasil gaji dan upah jerih payahmu, untuk disumbangkan kepada anak yatim dan orang miskin.



4. Sentiasa sediakan wang kecil di dalam dompet untuk diberikan kepada yang memerlukan.

5.  Letakkanlah di bilik sebuah kotak. Setiap kali kamu berasa melakukan dosa, masukkan wang kecil ke dalamnya. Genap satu bulan, buka kotak itu dan sedekahkan wang tersebut.

6. Jika kamu hadir dalam acara keramaian, beli beberapa kotak air mineral, niatkan untuk sedekah kepada orang-orang yang memerlukannya (orang tua, orang sakit, kanak-kanak dsb).

7. Jika kamu membeli barang dari peniaga kemudian peniaga ingin mengembalikan wang baki, biarkan baki wang itu untuknya (sedekah atau hadiah)

8. Belilah mushaf al-Quran dan letakkan di salah satu masjid. Bayangkan berapa pahala yang akan kamu dapat daripada setiap huruf bagi mereka yang membacanya.

9. Berikanlah perasaan gembira kepada setiap orang, khususnya kepada mereka yang sedang ditimpa kesedihan, dengan senyuman dan ucapan doamu yang tulus.

10. Lemparkanlah senyuman kepada orang yang kamu temui, berilah salam kepada orang yang duduk dan bertuturlah dengan ucapan yang baik kerana semuanya adalah sedekah.

11. Jangan biarkan kamu tertidur, melainkan telah kamu ampuni setiap orang yang telah berbuat jahat kepadamu dari mengghibahi, mengadu domba dan menzalimimu.

12. Sedekahkan Al Fatihah kepada kedua ibu bapa kita, sahabat-sahabat dan kenalan yang telah meninggal.

13. Gunakan kelebihan ilmumu dengan membantu orang yang tidak pandai walaupun sekadar mengajar ABC dan Alif Ba Ta.



Selamat bersedekah!

Rabiatul Adawiyah

Rabiatul Adawiyah adalah seorang wali Allah yang mengabdikan dirinya kepada Allah. Walaupun sejarah hidupnya bermula dari seorang wanita yang tidak mentaati Allah, akhirnya di memilih jalan sufi dalam mencari ketenangan hidup.

Kisah bermula pada zaman dahulu di mana kejahilan menyelebungi masyarakat arab kebanyakan sekolah agama telah ditutup. Ayah Rabiatul Adawiyah adalah guru agama tapi terpaksa menjadi pendayung sampan. Untuk menarik minat orang menaiki sampannya dia akan mendendangkan lagu yang merdu ketika mendayung sampan. 

Rabiatul Adawiyah sentiasa disamping ayahnya hinggalah dia dewasa, apabila ayahnya meninggal dunia. Dia menggantikan tempat ayah sebagai pendayung sampan dan mendendangkan lagu yang merdu. Mendengarkan suaranya yang merdu itu menarik hati seorang lelaki untuk membawanya untuk dipersembahkan kepada raja dan dia terpaksa berkhidmat untuk raja. Setiap hari dia menyanyi dan menuang arak kepada raja dan tetamu raja.

Suatu hari timbul kesedaran di hatinya merasa insaf dengan segala perbuatannya kerana kejahilannya itu sedangkan bapanya adalah seorang guru agama. Dari hari itu Rabiatul Adawiyah tidak mahu lagi menyanyi dan menuang arak. Dia sering duduk bersendirian berzikir kepada Allah. Dia juga diseksa oleh raja dengan kerja yang berat. 

Pernah suatu hari pengawal raja disuruh melepaskan ular dan kala jengking ke dalam bilik Rabiatul Adawiyah kerana raja tidak senang melihat dia sentiasa berzikir. Tetapi akhirnya ular tersebut menerkam pengawal raja. 

Rabiatul Adawiyah tetap tenang, walaupun dia tidak diberi makan dia tetap mampu menjalankan ibadat kepada Allah. Apabila raja mengintainya di dalam bilik, kelihatan dia sedang munajat memohon doa kepada Allah di dalam kegelapan biliknya kelihatan cahaya yang menyuluh ke arahnya. 

Pada suatu malam raja bermimpi seorang tua datang dan mengatakan supaya melepaskan Rabiatul Adawiyah dan jangan lagi menyiksanya kemudian raja melihat Rabiatul Adawiyah berpakaian serba putih naik ke atas langit. Beliau terus ke bilik Rabiatul Adawiyah untuk melihat sama ada Rabiatul Adawiyah masih ada atau sudah pergi. Kelihatan Rabiatul Adawiyah masih berzikir dan berdoa.

Sampai habis tempoh masa Rabiatul berkhidmat dengan raja, akhirnya dia dilepaskan oleh raja. Rabiatul Adawiyah berterima kasih kepada raja dan tidak meminta apa-apa daripada raja walaupun raja memberi peluang kepadanya untuk meminta apa saja sebelum dia pergi. Apabila dia pulang ke kampungnya, rumah telah roboh dan penduduk kampungnya juga ramai yang telah berpindah. Dia meminta orang menyediakan sebuah pondok kecil untuknya. 

Pada suatu malam, seorang pencuri terpandang pondok Rabiatul Adawiyah lalu dia ingin pergi mencuri di situ. Ketika itu Rabiatul Adawiyah sedang solat. Dia tidak menjumpai apa-apa di dalam rumah Rabiatul Adawiyah melainkan sebiji tempayan. Lalu dia merasa kecewa dan ingin bunuh Rabiatul Adawiyah. 

Apabila dia mengeluarkan pisau dan ingin menikam Rabiatul Adawiyah tiba-tiba dia menjadi keras dan pisaunya terjatuh. Rabiatul Adawiyah terkejut. Rabiatul mengatakan pada pencuri itu ambillah apa yang dia inginkan jika dia seorang pencuri tetapi mengapa ingin membunuhnya. Lalu dia menyuruh pencuri itu mengambil wudhuk dan bersolat serta memohon pada Allah apa yang dia inginkan. Lalu pencuri itu bersolat dan meinta pada Allah agar mendapat rezeki yang banyak supaya dia tidak perlu menjadi pencuri lagi.

Pada masa yang sama diluar kelihatan kereta kuda yang membawa banyak harta yang menuju ke arah pondok Rabiatul Adawiyah. Raja menghantar orang untuk memberi Rabiatul Adawiyah harta yang banyak. Apabila orang itu datang menemui Rabiatul Adawiyah kerana ingin menyerahkan harta itu, Rabiatul Adawiyah mengatakan dia tidak pernah meminta harta dari Allah tetapi orang disebelahnya yang memohon kepada Allah jadi berikanlah harta itu kepada orang yang memintanya. Pencuri itu gembira kerana mendapat harta dan dia membuat sebuah mahligai yang indah. 

Pada suatu hari ada seorang lelaki menemui pencuri itu dan bertanya bagaimana dia mendapat harta yang begitu banyak dalam sekelip mata. Dia pun menceritakan kisahnya kepada lelaki itu. Lelaki itu menjelaskan kepadanya bahawa wanita yang ditenuinya itu adalah wali Allah. Dia berasa terkejut dan menyesal kerana tidak berterima kasih kepada Rabiatul Adawiyah lalu dia ke pondok rabiatul Adawiyah untuk menemuinya. 

Ketika itu Rabiatul Adawiyah sedang nazak. Akhirnya Rabiatul Adawiyah pergi menemui kekasihnya.