Jom Buat Pahala?



1. Assalamualaikum. Baca ni. Tengok nombor 5.

2. Subhanallah Wa Bihamdih! Lari ke nombor 8. Cepat!!!

3. La ila ha illa anta subhanaka'inni kuntumminazzalimi. Ermm.. dekat nombor 7 lah.

4. LailahaillAllah. Kejap-kejap, dah dekat dah. Go to number 9.

5. Waalaikumsalam. Pergi kat nombor 2.

6. Lahhaulawalaquwwataillabillahal'azim. Singgah kat 4.

7. Subhanallahal'azim. Sabarnya awak. Jap ye. Pergi nombor 12 dulu.

8. Allahuakbar! Pindah ke nombor 3.

9. Alhamdulillah'alani' matalislam. Dah dekat! Pergi kat nombor 13.

10. Astaghfirullahal'azim! Istighfar. Jangan marah. Awak tahu jawapannya nanti. Pergi jumpa nombor 6.

11. Alhamdulillah. Awak dah dapat pahala! ;)

12. Selawat lah. Allahumma solli 'ala Muhammad. Move to number 10.

13. Masyaallah. Ni yang terakhir. Pergi kat nombor 11.

Sahabat Ukhuwah Fillah

Kita SWEET kan?



Kita berhubung melalui keyboard dengan doa je.

Kita tak pernah jumpa tapi rasa sayang antara satu sama lain bagai dah bersahabat seratus tahun.


Kita tak pernah bersua muka tapi keikhlasan hati dirasai meskipun hubung guna keyboard je.

Kita tak pernah bersalaman antara satu sama lain tapi ukhuwah fillah yang kita bina bagai kita dah kenal teramat lama.



Kita tak pernah keluar bersama tapi kita caring antara satu sama lain.
Kita tak pernah buat semua benda tu.

Bergurau guna keyboard. Gurau senda. Luah suara hati. Menyanyi. Dengar masalah antara satu sama lain. Bercerita pengalaman masing masing.



Kata kata sweet tanda sayang. Chatting sampai lewat malam. Berpisah kemudian kembali walau seketika tapi itu smua sangat bermakna bagi diri ini.

Tapi ukhuwah fillah kita kukuh, erat sangat. Bak kata pepatah 'jauh di mata, dekat di hati'
Jujur ana sayang ukhuwah fillah ini. Kita bersahabat lillahita'ala.



Kita berkenalan kerana Allah.
Kita juga berpisah kerana Allah.

Memori bersama 
Huhu.. semua tu jadi memori kita kan? Dan takkan pernah lupa semua tu.


Lastly,
Ana sayang semua sahabat ana. 
Sayang ukhuwah fillah kita.


Islam Itu Indah!


Seorang gadis yang terlalu cantik hendak bernikah tapi dia tak  nak couple-couple nih, tambahan pulak dia mahukan seorang suami yang ultra warak. So dia pun buat hebahan yang dia sudi menerima sesiapa je yang ingin menikahinya dengan syarat :

1) Lelaki tu kena puasa sepanjang tahun
2) Lelaki itu kena khatam al Quran setiap hari
3) Lelaki itu kena beribadah sepanjang malam setiap hari

Takda seorang pun lelaki sanggup nak terima ketiga-tiga syarat tu kecuali seorang jejaka yang sederhana perwatakan dan penampilannya. Akhirnya bernikahlah si jelita itu dengan lelaki tersebut.

Sepanjang perkahwinan mereka, perempuan tu pun perati jejaka tu.

"Eh? Tak puasa pulak laki aku hari ni. Camne nak puasa setahun?"

"Hmm.. Aku tak nampak pun dia baca Quran hari ni..."

"Tak nampak pun suami aku bangun malam pagi ni. Dia tak solat malam ke?"

Selepas sebulan akhirnya pempuan tu tak tahan dah. Dia bajet jejaka tu menipu dia. Dia pun memohon cerai kat mahkamah sambil menyatakan alasan "ditipu oleh suaminya"

"Masa nak nikah dulu dia poyo je setuju syarat yang saya letak. Dah kawin langsung tak tunaikan. Penipu!" Rungut si pempuan pada hakim.



Hakim pun tanya kepada jejaka tu, "Kamu ingat apa syarat-syarat nikah yang isteri kamu letakkan?" 

"Ingat, yang arif. Puasa sepanjang tahun, solat malam non stop setiap hari, khatam Quran setiap
hari.." Jawab jejaka muda dengan nada lembut.

Hakim bertanya lagi. "Habis tu kamu buat tak?" 

Pemuda tu selamba jawab, "Buat."

Hakim menjerkah. "Isteri kamu kata kamu tak buat. Macam mana ni?"

Pemuda itu tak nak mengalah. "Sungguh saya buat yang arif. Takkan la saya nak tulis report card
kot bagitau saya buat apa hari ni? Kang riak la pulak."

Hakim tak puas hati, "Baik. Hari ni kamu puasa tak?"

"Tak."

Hakim terus potong ayat, "Hah! Kamu tak puasa hari ni, habis macam mana kamu kata kamu puasasepanjang tahun?"

Pemuda itu selamba menjawab, " Rasulullah telah bersabda sekiranya seorang itu menunaikan
puasa Ramadhan sebulan dan kemudiannya menyambung dengan puasa sunat syawal 6 hari,
maka seolah-olah dia telah berpuasa sepanjang tahun. Saya puasa ramadhan dan puasa 6 setiap tahun, jadi saya seolah-olah berpuasa sepanjang tahun."

Hakim tu tersentak. "Habis tu macam mana kamu khatam al Quran setiap hari? Saya nak baca 3
muka surat sehari pun susah nak cari masa."

Pemuda itu terus menjawab, "Saya baca Surah al Ikhlas 3 kali setiap kali saya ingin tidur. Rasulullah bersabda sesiapa yg membaca surah al ikhlas 3 kali maka seolah-olahnya dia telah
membaca keseluruhan al Quran." Sambil buat senyuman lebar kepada hakim.

Hakim itu makin tergamam. "Solat malam pulak, bagaimana kamu buat?"

Pemuda itu sekali lagi senyum. "Saya solat Isyak dan solat Subuh berjemaah. Rasulullah
bersabda, barangsiapa yang berjemaah pada waktu Isyak dan Subuh maka seolah-olahnya dia
telah beribadah sepanjang malam"



Dia terus menyambung, "Islam itu indah, yang arif. Tetapi kita selalu mengukur kewarakan dan kealiman seseorang itu berdasarkan banyaknya amalan seseorang itu yang dizahirkan sedangkan Allah mementingkan kualiti berbanding kuantiti. Kita cuma diberikan Allah 24 jam sehari semalam, maka pandai-pandailah kita bahagikan masa selaku manusia yang menghidupkan dunia serta mencari akhirat. Bukankah mencapai kejayaan di dunia juga merupakan ibadah, dan apa gunanya jika melakukan ibadah tanpa istiqamah, semua itu hanya sia-sia. 

Hakim terangguk-angguk lalu memerintahkan si isteri bangun. "Awak sepatutnya beruntung. Awak telah dinikahi oleh seorang lelaki yang bukan sahaja amat warak tetapi amat berilmu. Dengan ini saya isytiharkan kes ini dibatalkan..."

Si suami tersenyum puas..  :D


Rasulullah Suka Lelaki Berjanggut

Rasullullah SAW suka tengok lelaki berjanggut walau sehelai. :')



Pada Zaman Rasulullah ada seorang lelaki yang berjanggut dua helai datang ke masjid dan semasa mengambil wuduk, lelaki tersebut memandang Rasulullah. Rasulullah pun senyum kepada lelaki itu.

Lelaki itu hairan, mungkin Rasulullah senyum kerana janggut lelaki itu hanya 2 helai di dagu. 

Keesokan harinya sahabat lelaki tersebut datang ke masjid setelah mencukur janggutnya. 
Apabila terserempak dengan Rasulullah, lelaki itu melemparkan senyuman tetapi Rasulullah tidak memandang langsung kepada lelaki tersebut. Bertambah hairanlah beliau lalu diajukan pertanyaan kepada Baginda.

“Wahai Rasulullah mengapa hari ini kamu tidak senyum kepadaku seperti sebelum ini?” 

Lalu Baginda menjawab ”Sebelum ini aku nampak malaikat berebut-rebut untuk menadah air wuduk yang jatuh dari janggutmu tetapi apabila kamu mencukur janggutmu, tidak ada lagi malaikat yang menunggu dijanggutmu.”

Justeru simpanlah janggut wahai kaum Adam. It’s SUNNAH right?

“Hasbi Rabbi Jalallah. Maafi Qalbi Ghairullah. Nur Muhammad SAW Muhammadur Rasullullah”

Kisah Masyitah dan Bayinya



Sebagaimana maklum, Firaun dengan segala kesombongan dan kebongkakannya telah mengaku dirinya Tuhan dan memaksa semua rakyat jelata menyembah dan memperhambakan diri kepadanya. Barangsiapa yang ingkar akan disiksa dan dibunuh. Begitulah kejamnya Firaun dan kerajaannya. Namun begitu terdapat beberapa orang yang telah sedar dan beriman kepada Allah di antaranya Siti Asiah, isteri Firaun dan keluarga Masyitah. Masyitah adalah pelayan raja dan lebih terkenal sebagai tukang sikat Firaun.

Mereka terpaksa menyembunyikan iman mereka kepada Allah, dengan itu mereka tidak akan diganggu. Tetapi pada satu hari, sewaktu Masyitah sedang menyikat rambut salah seorang daripada puteri Firaun, tiba-tiba sikat itu terjatuh dan dia dengan tidak sengaja melatah dan menyebut "Allah". Puteri tersebut apabila mendengar perkataan "Allah", dia pun bertanya kepada Masyitah siapakah"Allah" itu. Masyitah pada mulanya enggan untuk menjawab pertanyaan itu tetapi setelah didesak berkali-kali, Masyitah memberitahu bahawa Allah itu adalah Tuhan yang Esa dan Tuhan sekalian Alam. 

Puteri itu dengan serta-merta mengadu pada Firaun akan hal Masyitah itu. Firaun agak terperanjat bila mendengar Masyitah menyembah Tuhan selain daripadanya. Maka Firaun dengan kekuasaan yang ada padanya telah memerintahkan menterinya yang bernama Hamman untuk membunuh Masyitah dan kaum keluarganya yang telah menyembah Allah. Firaun sedikit pun tidak mengenang jasa Masyitah terhadap keluarganya. Selain menjadi tukang sikat, Masyitah juga mengasuh dan menguruskan istana Firaun. Tetapi tanpa usul periksa dan kejam Firaun menjatuhkan hukuman kepada Masyitah. 

Inilah masanya untuk menguji Masyitah, seorang wanita yang lemah fizikalnya tetapi memiliki kekuatan jiwa yang luar biasa. Beliau dengan lapang dada menerima apa sahaja yang hendak dilakukan oleh manusia yang tidak berhati perut itu. Hamman telah memaksa pengawal-pengawalnya untuk menyediakan sebuah kawah yang besar untuk mencampakkan Masyitah dan keluarganya yang ingkar dengan Firaun seandainya mereka tidak mahu kembali kepada Firaun. 

Masyitah bersama dengan suami dan empat orang anaknya termasuk seorang anaknya yang masih bayi dihadapkan ke hadapan Firaun untuk diberi kata dua sama ada hendak menyembah Firaun atau dicampakkan ke dalam kawah yang berisi air panas yang mendidih. Maka dengan tegas Masyitah dan suaminya tetap mempertahankan keimanan mereka dengan mengatakan Allah itulah Tuhan yang Esa dan Firaun hanyalah manusia biasa.

Dengan keputusan itu, Hamman dengan tiada rasa peri kemanusiaan mencampaksatu persatu keluarga Masyitah ke dalam kawah yang berisi air panas yang mendidih. Sambih ketawa terbahak-bahak dengan nada yang menyindir, Hamman mencampakkan suami Masyitah dahulu diikuti dengan anak-anaknya yang lain.Masyitah melihat sendiri dengan mata kepalanya bagaimana anak-anaknya terkapai-kapai di dalam air yang panas menggelegak itu. Kini tinggal Masyitah dan bayinya yang akan dicampakkan ke dalam kawah tersebut.Syaitan membisikkan ke telinga Masyitah rasa was-was dan kasihan melihat anaknya yang masih kecil itu disiksa sedemikian rupa. Masyitah mula ragu-ragu samada hendak terjun ataupun tidak. 

Tetapi dengan kekuasaanAllah, tiba-tiba anak yang masih bayi itu berkata-kata kepada ibunya,Masyitah : "Wahai ibu, marilah kita menyusul ayah, sesungguhnya syurga sedang menanti kita" Bila mendengarkan kata-kata yang sangat ajaib dari anaknya yang masih bayi itu, dengan rasa kehambaan dan cinta kepada Allah, Masyitah terjun bersama anaknya ke dalam kawah yang berisi air panas itu dan matilah mereka sekeluarga demi mempertahankan iman mereka kepada Allah. Tetapi Allah tidak membiarkan manusia berbuat durjana sesuka hati. 

Allah datangkan kepada Firaun, Hamman dan para pengawalnya yang membunuh Masyitah dengan azab siksa yang sangat pedih. Allah runtuhkan kerajaan Firaun dan Hamman mati di dalam runtuhan tersebut. Tentera dan para pengawalnya ditenggelamkan di dalam dasar laut. Mereka mati di dalam keadaan kafir. Sebaliknya Masyitah sekeluarga mati di dalam keadaan yang mulia dan bahagia di dalam syurga. 

Sewaktu Rasulullah s.a.w Isra' dan Mikraj, baginda telah melalui sebuah makam. Makam itu sangat wangi dengan bauan kasturi. Lantas Rasulullah SAW bertanya kepada Jibril yang mengiringinya, maka jawab Jibril a.s : "Itulah Makam Masyitah, salah seorang wanita penghulu syurga." Begitulah keistimewaan yang Allah berikan kepada Masyitah.