Jangan Bersedih Ya Rasulullah..



Aku tak nak Rasulullah ada di sini sekarang.
Aku tak nak.

Statement bodoh apakah di atas itu tapi that's the truth. That's what my voice from the deep of my heart is saying.

Sumpah aku nak Rasulullah ada, but not now.
Sebab, aku khuatir Rasulullah akan menangis.

Aku tak nak Rasulullah sedih hiba. Tak nak!
Paling aku tak nak, aku menjadi asbab Rasulullah menangis.

Na'uzubillah minta jauh.
Andai aku menjadi punca, lebih baik aku tiada di dunia.
Andai aku menjadi punca, lebih baik aku jadi tanah yang tiada pernah khianat sunnah.
Lebih baik aku jadi haiwan yang sentiasa Allah menjadi Tuhan.

Dengan keadaan Ummah kita yang parok seperti ini, mana mungkin Rasulullah tak bersedih hiba? Dengan keadaan Ummah yang abaikan Islam semata-mata kerna kepentingan politik yang plastik, how can I dare to see Rasulullah cry?

Islam dijadikan plastik recehan, kepentingan politik menjadi Tuhan.
Sunnah Rasulullah dibuat endah, apakah ini dapat buat Nabi Muhammad tersenyum gembira?

Aku tak nak Rasulullah ada di sini sekarang.
Aku tak nak.

Ya Rasulullah, I can't present this Ummah to you yet, not now.

But i promise, there's gonna be a day that this Ummah will make you proud, will make you smile. And also in my promise, i will become the most contributing person in that mission.

Biiznillah.
Uhibbuka ya Rasulullah.
Saya sayang kamu ya Rasullulah.
Moga ketemu di Syurga.

Tips Khatam al-Quran


Tips Khatam AlQuran

Cara-cara Mari kita renungkan, 1 juzuk mempunyai 20 mukasurat. Maka 10 juzuk bermaksud 200 mukasurat. 

Sebulan kita memiliki 20 hari. Kenapa 20 hari bukan 30 hari? 

Kita meraikan kaum hawa yang berehat selama seminggu. Jadi, 20 hari bersamaan 200 mukasurat. 

Jika mahu membaca beberapa helai mukasurat alQuran dalam tempoh sehari mungkin ramai mengatakan tidak ada masa (walau mampu menghabiskan sebuah novel yang beratus muka surat dalam tempoh 24 jam)



Maka, Ini solusinya. 20 hari = 200 mukasurat 10 hari = 100 mukasurat 1 hari = 10 mukasurat 

Masih kelihatan banyak kan? 

Solat sehari = 5 kali 10 mukasurat dibaca setelah usai setiap kali solat fardhu. 

10 ÷ 5 = 2 mukasurat Maka setiap kali usai solat anda hanya perlu membaca 2 mukasurat alQuran dan dengan izin Allah setelah 3 bulan anda mampu khatam alQuran. 

Sekiranya terdapat hari-hari tertentu yang membuatkan anda tidak sempat membaca alQuran maka ingatlah sebulan ada 30 hari, perkiraan ini hanya menggunakan 20 hari baki 10 hari boleh digunakan untuk menggantikan masa anda yang tidak sempat membaca alQuran tu (jika tidak uzur). 

Bacalah terjemahan sekali kerana membaca AlQuran dan memahami maksudnya membantu kita lebih menghayati ayat-ayat cinta ini "Ketahuilah, membaca al-Quran adalah zikir yang terbaik, dan dituntut dibaca dengan tadabbur." 

- Imam Nawawi



Cara Kreatif Bersedekah


1. Belilah beberapa buah kerusi atau bangku dan letakkan di dalam masjid supaya dapat digunakan oleh orang yang ingin memakainya di saat solat (amalan biasa di masjid arab Mekah  dan Madinah)

2. Letakkanlah sedikit makanan kucing dan semangkuk air di luar rumah untuk kucing-kucing yang datang.

3. Sedekahkanlah sedikit dari hasil gaji dan upah jerih payahmu, untuk disumbangkan kepada anak yatim dan orang miskin.



4. Sentiasa sediakan wang kecil di dalam dompet untuk diberikan kepada yang memerlukan.

5.  Letakkanlah di bilik sebuah kotak. Setiap kali kamu berasa melakukan dosa, masukkan wang kecil ke dalamnya. Genap satu bulan, buka kotak itu dan sedekahkan wang tersebut.

6. Jika kamu hadir dalam acara keramaian, beli beberapa kotak air mineral, niatkan untuk sedekah kepada orang-orang yang memerlukannya (orang tua, orang sakit, kanak-kanak dsb).

7. Jika kamu membeli barang dari peniaga kemudian peniaga ingin mengembalikan wang baki, biarkan baki wang itu untuknya (sedekah atau hadiah)

8. Belilah mushaf al-Quran dan letakkan di salah satu masjid. Bayangkan berapa pahala yang akan kamu dapat daripada setiap huruf bagi mereka yang membacanya.

9. Berikanlah perasaan gembira kepada setiap orang, khususnya kepada mereka yang sedang ditimpa kesedihan, dengan senyuman dan ucapan doamu yang tulus.

10. Lemparkanlah senyuman kepada orang yang kamu temui, berilah salam kepada orang yang duduk dan bertuturlah dengan ucapan yang baik kerana semuanya adalah sedekah.

11. Jangan biarkan kamu tertidur, melainkan telah kamu ampuni setiap orang yang telah berbuat jahat kepadamu dari mengghibahi, mengadu domba dan menzalimimu.

12. Sedekahkan Al Fatihah kepada kedua ibu bapa kita, sahabat-sahabat dan kenalan yang telah meninggal.

13. Gunakan kelebihan ilmumu dengan membantu orang yang tidak pandai walaupun sekadar mengajar ABC dan Alif Ba Ta.



Selamat bersedekah!

Rabiatul Adawiyah

Rabiatul Adawiyah adalah seorang wali Allah yang mengabdikan dirinya kepada Allah. Walaupun sejarah hidupnya bermula dari seorang wanita yang tidak mentaati Allah, akhirnya di memilih jalan sufi dalam mencari ketenangan hidup.

Kisah bermula pada zaman dahulu di mana kejahilan menyelebungi masyarakat arab kebanyakan sekolah agama telah ditutup. Ayah Rabiatul Adawiyah adalah guru agama tapi terpaksa menjadi pendayung sampan. Untuk menarik minat orang menaiki sampannya dia akan mendendangkan lagu yang merdu ketika mendayung sampan. 

Rabiatul Adawiyah sentiasa disamping ayahnya hinggalah dia dewasa, apabila ayahnya meninggal dunia. Dia menggantikan tempat ayah sebagai pendayung sampan dan mendendangkan lagu yang merdu. Mendengarkan suaranya yang merdu itu menarik hati seorang lelaki untuk membawanya untuk dipersembahkan kepada raja dan dia terpaksa berkhidmat untuk raja. Setiap hari dia menyanyi dan menuang arak kepada raja dan tetamu raja.

Suatu hari timbul kesedaran di hatinya merasa insaf dengan segala perbuatannya kerana kejahilannya itu sedangkan bapanya adalah seorang guru agama. Dari hari itu Rabiatul Adawiyah tidak mahu lagi menyanyi dan menuang arak. Dia sering duduk bersendirian berzikir kepada Allah. Dia juga diseksa oleh raja dengan kerja yang berat. 

Pernah suatu hari pengawal raja disuruh melepaskan ular dan kala jengking ke dalam bilik Rabiatul Adawiyah kerana raja tidak senang melihat dia sentiasa berzikir. Tetapi akhirnya ular tersebut menerkam pengawal raja. 

Rabiatul Adawiyah tetap tenang, walaupun dia tidak diberi makan dia tetap mampu menjalankan ibadat kepada Allah. Apabila raja mengintainya di dalam bilik, kelihatan dia sedang munajat memohon doa kepada Allah di dalam kegelapan biliknya kelihatan cahaya yang menyuluh ke arahnya. 

Pada suatu malam raja bermimpi seorang tua datang dan mengatakan supaya melepaskan Rabiatul Adawiyah dan jangan lagi menyiksanya kemudian raja melihat Rabiatul Adawiyah berpakaian serba putih naik ke atas langit. Beliau terus ke bilik Rabiatul Adawiyah untuk melihat sama ada Rabiatul Adawiyah masih ada atau sudah pergi. Kelihatan Rabiatul Adawiyah masih berzikir dan berdoa.

Sampai habis tempoh masa Rabiatul berkhidmat dengan raja, akhirnya dia dilepaskan oleh raja. Rabiatul Adawiyah berterima kasih kepada raja dan tidak meminta apa-apa daripada raja walaupun raja memberi peluang kepadanya untuk meminta apa saja sebelum dia pergi. Apabila dia pulang ke kampungnya, rumah telah roboh dan penduduk kampungnya juga ramai yang telah berpindah. Dia meminta orang menyediakan sebuah pondok kecil untuknya. 

Pada suatu malam, seorang pencuri terpandang pondok Rabiatul Adawiyah lalu dia ingin pergi mencuri di situ. Ketika itu Rabiatul Adawiyah sedang solat. Dia tidak menjumpai apa-apa di dalam rumah Rabiatul Adawiyah melainkan sebiji tempayan. Lalu dia merasa kecewa dan ingin bunuh Rabiatul Adawiyah. 

Apabila dia mengeluarkan pisau dan ingin menikam Rabiatul Adawiyah tiba-tiba dia menjadi keras dan pisaunya terjatuh. Rabiatul Adawiyah terkejut. Rabiatul mengatakan pada pencuri itu ambillah apa yang dia inginkan jika dia seorang pencuri tetapi mengapa ingin membunuhnya. Lalu dia menyuruh pencuri itu mengambil wudhuk dan bersolat serta memohon pada Allah apa yang dia inginkan. Lalu pencuri itu bersolat dan meinta pada Allah agar mendapat rezeki yang banyak supaya dia tidak perlu menjadi pencuri lagi.

Pada masa yang sama diluar kelihatan kereta kuda yang membawa banyak harta yang menuju ke arah pondok Rabiatul Adawiyah. Raja menghantar orang untuk memberi Rabiatul Adawiyah harta yang banyak. Apabila orang itu datang menemui Rabiatul Adawiyah kerana ingin menyerahkan harta itu, Rabiatul Adawiyah mengatakan dia tidak pernah meminta harta dari Allah tetapi orang disebelahnya yang memohon kepada Allah jadi berikanlah harta itu kepada orang yang memintanya. Pencuri itu gembira kerana mendapat harta dan dia membuat sebuah mahligai yang indah. 

Pada suatu hari ada seorang lelaki menemui pencuri itu dan bertanya bagaimana dia mendapat harta yang begitu banyak dalam sekelip mata. Dia pun menceritakan kisahnya kepada lelaki itu. Lelaki itu menjelaskan kepadanya bahawa wanita yang ditenuinya itu adalah wali Allah. Dia berasa terkejut dan menyesal kerana tidak berterima kasih kepada Rabiatul Adawiyah lalu dia ke pondok rabiatul Adawiyah untuk menemuinya. 

Ketika itu Rabiatul Adawiyah sedang nazak. Akhirnya Rabiatul Adawiyah pergi menemui kekasihnya.

Jom Buat Pahala?



1. Assalamualaikum. Baca ni. Tengok nombor 5.

2. Subhanallah Wa Bihamdih! Lari ke nombor 8. Cepat!!!

3. La ila ha illa anta subhanaka'inni kuntumminazzalimi. Ermm.. dekat nombor 7 lah.

4. LailahaillAllah. Kejap-kejap, dah dekat dah. Go to number 9.

5. Waalaikumsalam. Pergi kat nombor 2.

6. Lahhaulawalaquwwataillabillahal'azim. Singgah kat 4.

7. Subhanallahal'azim. Sabarnya awak. Jap ye. Pergi nombor 12 dulu.

8. Allahuakbar! Pindah ke nombor 3.

9. Alhamdulillah'alani' matalislam. Dah dekat! Pergi kat nombor 13.

10. Astaghfirullahal'azim! Istighfar. Jangan marah. Awak tahu jawapannya nanti. Pergi jumpa nombor 6.

11. Alhamdulillah. Awak dah dapat pahala! ;)

12. Selawat lah. Allahumma solli 'ala Muhammad. Move to number 10.

13. Masyaallah. Ni yang terakhir. Pergi kat nombor 11.

Sahabat Ukhuwah Fillah

Kita SWEET kan?



Kita berhubung melalui keyboard dengan doa je.

Kita tak pernah jumpa tapi rasa sayang antara satu sama lain bagai dah bersahabat seratus tahun.


Kita tak pernah bersua muka tapi keikhlasan hati dirasai meskipun hubung guna keyboard je.

Kita tak pernah bersalaman antara satu sama lain tapi ukhuwah fillah yang kita bina bagai kita dah kenal teramat lama.



Kita tak pernah keluar bersama tapi kita caring antara satu sama lain.
Kita tak pernah buat semua benda tu.

Bergurau guna keyboard. Gurau senda. Luah suara hati. Menyanyi. Dengar masalah antara satu sama lain. Bercerita pengalaman masing masing.



Kata kata sweet tanda sayang. Chatting sampai lewat malam. Berpisah kemudian kembali walau seketika tapi itu smua sangat bermakna bagi diri ini.

Tapi ukhuwah fillah kita kukuh, erat sangat. Bak kata pepatah 'jauh di mata, dekat di hati'
Jujur ana sayang ukhuwah fillah ini. Kita bersahabat lillahita'ala.



Kita berkenalan kerana Allah.
Kita juga berpisah kerana Allah.

Memori bersama 
Huhu.. semua tu jadi memori kita kan? Dan takkan pernah lupa semua tu.


Lastly,
Ana sayang semua sahabat ana. 
Sayang ukhuwah fillah kita.


Islam Itu Indah!


Seorang gadis yang terlalu cantik hendak bernikah tapi dia tak  nak couple-couple nih, tambahan pulak dia mahukan seorang suami yang ultra warak. So dia pun buat hebahan yang dia sudi menerima sesiapa je yang ingin menikahinya dengan syarat :

1) Lelaki tu kena puasa sepanjang tahun
2) Lelaki itu kena khatam al Quran setiap hari
3) Lelaki itu kena beribadah sepanjang malam setiap hari

Takda seorang pun lelaki sanggup nak terima ketiga-tiga syarat tu kecuali seorang jejaka yang sederhana perwatakan dan penampilannya. Akhirnya bernikahlah si jelita itu dengan lelaki tersebut.

Sepanjang perkahwinan mereka, perempuan tu pun perati jejaka tu.

"Eh? Tak puasa pulak laki aku hari ni. Camne nak puasa setahun?"

"Hmm.. Aku tak nampak pun dia baca Quran hari ni..."

"Tak nampak pun suami aku bangun malam pagi ni. Dia tak solat malam ke?"

Selepas sebulan akhirnya pempuan tu tak tahan dah. Dia bajet jejaka tu menipu dia. Dia pun memohon cerai kat mahkamah sambil menyatakan alasan "ditipu oleh suaminya"

"Masa nak nikah dulu dia poyo je setuju syarat yang saya letak. Dah kawin langsung tak tunaikan. Penipu!" Rungut si pempuan pada hakim.



Hakim pun tanya kepada jejaka tu, "Kamu ingat apa syarat-syarat nikah yang isteri kamu letakkan?" 

"Ingat, yang arif. Puasa sepanjang tahun, solat malam non stop setiap hari, khatam Quran setiap
hari.." Jawab jejaka muda dengan nada lembut.

Hakim bertanya lagi. "Habis tu kamu buat tak?" 

Pemuda tu selamba jawab, "Buat."

Hakim menjerkah. "Isteri kamu kata kamu tak buat. Macam mana ni?"

Pemuda itu tak nak mengalah. "Sungguh saya buat yang arif. Takkan la saya nak tulis report card
kot bagitau saya buat apa hari ni? Kang riak la pulak."

Hakim tak puas hati, "Baik. Hari ni kamu puasa tak?"

"Tak."

Hakim terus potong ayat, "Hah! Kamu tak puasa hari ni, habis macam mana kamu kata kamu puasasepanjang tahun?"

Pemuda itu selamba menjawab, " Rasulullah telah bersabda sekiranya seorang itu menunaikan
puasa Ramadhan sebulan dan kemudiannya menyambung dengan puasa sunat syawal 6 hari,
maka seolah-olah dia telah berpuasa sepanjang tahun. Saya puasa ramadhan dan puasa 6 setiap tahun, jadi saya seolah-olah berpuasa sepanjang tahun."

Hakim tu tersentak. "Habis tu macam mana kamu khatam al Quran setiap hari? Saya nak baca 3
muka surat sehari pun susah nak cari masa."

Pemuda itu terus menjawab, "Saya baca Surah al Ikhlas 3 kali setiap kali saya ingin tidur. Rasulullah bersabda sesiapa yg membaca surah al ikhlas 3 kali maka seolah-olahnya dia telah
membaca keseluruhan al Quran." Sambil buat senyuman lebar kepada hakim.

Hakim itu makin tergamam. "Solat malam pulak, bagaimana kamu buat?"

Pemuda itu sekali lagi senyum. "Saya solat Isyak dan solat Subuh berjemaah. Rasulullah
bersabda, barangsiapa yang berjemaah pada waktu Isyak dan Subuh maka seolah-olahnya dia
telah beribadah sepanjang malam"



Dia terus menyambung, "Islam itu indah, yang arif. Tetapi kita selalu mengukur kewarakan dan kealiman seseorang itu berdasarkan banyaknya amalan seseorang itu yang dizahirkan sedangkan Allah mementingkan kualiti berbanding kuantiti. Kita cuma diberikan Allah 24 jam sehari semalam, maka pandai-pandailah kita bahagikan masa selaku manusia yang menghidupkan dunia serta mencari akhirat. Bukankah mencapai kejayaan di dunia juga merupakan ibadah, dan apa gunanya jika melakukan ibadah tanpa istiqamah, semua itu hanya sia-sia. 

Hakim terangguk-angguk lalu memerintahkan si isteri bangun. "Awak sepatutnya beruntung. Awak telah dinikahi oleh seorang lelaki yang bukan sahaja amat warak tetapi amat berilmu. Dengan ini saya isytiharkan kes ini dibatalkan..."

Si suami tersenyum puas..  :D


Rasulullah Suka Lelaki Berjanggut

Rasullullah SAW suka tengok lelaki berjanggut walau sehelai. :')



Pada Zaman Rasulullah ada seorang lelaki yang berjanggut dua helai datang ke masjid dan semasa mengambil wuduk, lelaki tersebut memandang Rasulullah. Rasulullah pun senyum kepada lelaki itu.

Lelaki itu hairan, mungkin Rasulullah senyum kerana janggut lelaki itu hanya 2 helai di dagu. 

Keesokan harinya sahabat lelaki tersebut datang ke masjid setelah mencukur janggutnya. 
Apabila terserempak dengan Rasulullah, lelaki itu melemparkan senyuman tetapi Rasulullah tidak memandang langsung kepada lelaki tersebut. Bertambah hairanlah beliau lalu diajukan pertanyaan kepada Baginda.

“Wahai Rasulullah mengapa hari ini kamu tidak senyum kepadaku seperti sebelum ini?” 

Lalu Baginda menjawab ”Sebelum ini aku nampak malaikat berebut-rebut untuk menadah air wuduk yang jatuh dari janggutmu tetapi apabila kamu mencukur janggutmu, tidak ada lagi malaikat yang menunggu dijanggutmu.”

Justeru simpanlah janggut wahai kaum Adam. It’s SUNNAH right?

“Hasbi Rabbi Jalallah. Maafi Qalbi Ghairullah. Nur Muhammad SAW Muhammadur Rasullullah”

Kisah Masyitah dan Bayinya



Sebagaimana maklum, Firaun dengan segala kesombongan dan kebongkakannya telah mengaku dirinya Tuhan dan memaksa semua rakyat jelata menyembah dan memperhambakan diri kepadanya. Barangsiapa yang ingkar akan disiksa dan dibunuh. Begitulah kejamnya Firaun dan kerajaannya. Namun begitu terdapat beberapa orang yang telah sedar dan beriman kepada Allah di antaranya Siti Asiah, isteri Firaun dan keluarga Masyitah. Masyitah adalah pelayan raja dan lebih terkenal sebagai tukang sikat Firaun.

Mereka terpaksa menyembunyikan iman mereka kepada Allah, dengan itu mereka tidak akan diganggu. Tetapi pada satu hari, sewaktu Masyitah sedang menyikat rambut salah seorang daripada puteri Firaun, tiba-tiba sikat itu terjatuh dan dia dengan tidak sengaja melatah dan menyebut "Allah". Puteri tersebut apabila mendengar perkataan "Allah", dia pun bertanya kepada Masyitah siapakah"Allah" itu. Masyitah pada mulanya enggan untuk menjawab pertanyaan itu tetapi setelah didesak berkali-kali, Masyitah memberitahu bahawa Allah itu adalah Tuhan yang Esa dan Tuhan sekalian Alam. 

Puteri itu dengan serta-merta mengadu pada Firaun akan hal Masyitah itu. Firaun agak terperanjat bila mendengar Masyitah menyembah Tuhan selain daripadanya. Maka Firaun dengan kekuasaan yang ada padanya telah memerintahkan menterinya yang bernama Hamman untuk membunuh Masyitah dan kaum keluarganya yang telah menyembah Allah. Firaun sedikit pun tidak mengenang jasa Masyitah terhadap keluarganya. Selain menjadi tukang sikat, Masyitah juga mengasuh dan menguruskan istana Firaun. Tetapi tanpa usul periksa dan kejam Firaun menjatuhkan hukuman kepada Masyitah. 

Inilah masanya untuk menguji Masyitah, seorang wanita yang lemah fizikalnya tetapi memiliki kekuatan jiwa yang luar biasa. Beliau dengan lapang dada menerima apa sahaja yang hendak dilakukan oleh manusia yang tidak berhati perut itu. Hamman telah memaksa pengawal-pengawalnya untuk menyediakan sebuah kawah yang besar untuk mencampakkan Masyitah dan keluarganya yang ingkar dengan Firaun seandainya mereka tidak mahu kembali kepada Firaun. 

Masyitah bersama dengan suami dan empat orang anaknya termasuk seorang anaknya yang masih bayi dihadapkan ke hadapan Firaun untuk diberi kata dua sama ada hendak menyembah Firaun atau dicampakkan ke dalam kawah yang berisi air panas yang mendidih. Maka dengan tegas Masyitah dan suaminya tetap mempertahankan keimanan mereka dengan mengatakan Allah itulah Tuhan yang Esa dan Firaun hanyalah manusia biasa.

Dengan keputusan itu, Hamman dengan tiada rasa peri kemanusiaan mencampaksatu persatu keluarga Masyitah ke dalam kawah yang berisi air panas yang mendidih. Sambih ketawa terbahak-bahak dengan nada yang menyindir, Hamman mencampakkan suami Masyitah dahulu diikuti dengan anak-anaknya yang lain.Masyitah melihat sendiri dengan mata kepalanya bagaimana anak-anaknya terkapai-kapai di dalam air yang panas menggelegak itu. Kini tinggal Masyitah dan bayinya yang akan dicampakkan ke dalam kawah tersebut.Syaitan membisikkan ke telinga Masyitah rasa was-was dan kasihan melihat anaknya yang masih kecil itu disiksa sedemikian rupa. Masyitah mula ragu-ragu samada hendak terjun ataupun tidak. 

Tetapi dengan kekuasaanAllah, tiba-tiba anak yang masih bayi itu berkata-kata kepada ibunya,Masyitah : "Wahai ibu, marilah kita menyusul ayah, sesungguhnya syurga sedang menanti kita" Bila mendengarkan kata-kata yang sangat ajaib dari anaknya yang masih bayi itu, dengan rasa kehambaan dan cinta kepada Allah, Masyitah terjun bersama anaknya ke dalam kawah yang berisi air panas itu dan matilah mereka sekeluarga demi mempertahankan iman mereka kepada Allah. Tetapi Allah tidak membiarkan manusia berbuat durjana sesuka hati. 

Allah datangkan kepada Firaun, Hamman dan para pengawalnya yang membunuh Masyitah dengan azab siksa yang sangat pedih. Allah runtuhkan kerajaan Firaun dan Hamman mati di dalam runtuhan tersebut. Tentera dan para pengawalnya ditenggelamkan di dalam dasar laut. Mereka mati di dalam keadaan kafir. Sebaliknya Masyitah sekeluarga mati di dalam keadaan yang mulia dan bahagia di dalam syurga. 

Sewaktu Rasulullah s.a.w Isra' dan Mikraj, baginda telah melalui sebuah makam. Makam itu sangat wangi dengan bauan kasturi. Lantas Rasulullah SAW bertanya kepada Jibril yang mengiringinya, maka jawab Jibril a.s : "Itulah Makam Masyitah, salah seorang wanita penghulu syurga." Begitulah keistimewaan yang Allah berikan kepada Masyitah.

Cinta Sampai Syurga




CINTA SAMPAI SYURGA 

                                                                                        
Dia duduk menghadap laptop di hadapannya. Langsung tidak menghiraukan si dia yang tengah menonton televisyen – ceramah bersama Dato Masyitah. Siaran OASIS astro itu telah pun bertukar kepada Indahnya Iman yang bermaksud akan masuk waktu solat. Tiba-tiba,  si dia bangun dan memandang dia yang tengah khusyuk membelek laptop di hadapan. 

“Abang,  maghrib dah nak masuk. Kita jemaah ya?” Si dia yang duduk di hadapan laptop itu senyap. Tersentak sebenarnya. Mana pernah solat. Nak jadi imam?

Huh! lawak antarabangsa betul. Macam mana dia boleh kahwin dengan ustazah ini pun tak tahu lah. Salah abahlah ni,  pandai-pandai nak tentukan jodoh orang. Cari yang stok tudung labuh pulak tu. 

Okay,  salah aku juga sebab pergi teguk kencing syaitan tu sapa suruh. Okay,  salah aku lagi, angkut entah mana-mana perempuan untuk hiburan. Okay,  salah lagi sebab selalu je aku balik lepas subuh sebab pergi kelab dan balik mabuk. 

Okay,  salah aku lagi,  duit syarikat abah habis aku joli kan. Banyaknya salah aku. Jadinya, abah kahwinkan aku dengan Siti Syahirah binti Hj. Amran ni. Bukan itu je,  abah hantar aku dengan dia duduk dekat Kepala Batas,  Pulau Pinang ni. Itu okay lagi,  abah ambil kereta sport aku  dan aku kena guna kereta isteri aku ni. Abah suruh aku uruskan syarikat dia dekat ceruk ni. Nak enjoy pun tak boleh,  sebab ini Pulau Pinang bukan Kuala Lumpur. 

Enjoylah aku dengan laptop ni. Baru sehari duduk rumah ni,  aku dah nak gila. Belum seminggu lagi. Kalau sebulan? Huh. 

“Abang dengar tak?”  Macam cakap dengan laptop tu je. 

"Hmm,  saya sembahyang dekat surau. " Ek,  macam mana ayat tu keluar. Huh, surau pun aku tak tahu dekat mana. Nak lari dari jadi imam sebenarnya. 

“Saya ikut. Jap saya siap."  Si isteri telah pun hilang di pandangan mata. Aiman tersentak. Aduh! Dia nak ikut pulak. Laptop dimatikan. 

 Dia duduk di sofa sementara menanti si isteri bersiap. Fikiran ligat memikir dekat mana surau? 

"Abang,  dah siap." Aiman memandang isterinya yang lengkap bertudung labuh saiz 60 dengan t-shirt muslimah dan seluar track-suit. Cantik! 

“Abang?” Aiman tersedar. 

“Jom." Kunci kereta di atas meja di capai. “Saya bawa kereta awak, awak tak kisah?” tanya Aiman ragu-ragu. 

Syahirah senyum. “Harta saya harta abang juga. “Aiman hanya mengangguk. Dalam kereta – hanya dengar radio – hot fm refleksi. 

Aiman dah tak tentu arah. Syahirah yang dari tadi perhatikan itu macam nak ketawa. Rasanya asyik ulang-ulang je jalan ni. “Abang,  surau belok kiri tu." 

Aiman hanya diam. Malu. Kereta di belokkan pada arah yang diberitahu isterinya. Mereka telah pun tiba di hadapan surau As-Syakirin. Aiman masih tidak mematikan enjin. Syahirah pun tidak keluar lagi dari kereta. Aiman melihat dirinya yang hanya ber-t-shirt dan seluar track-suit. Aduh, mana bawak kopiah ke? Songkok ke?

 “Err,  Ira.." Syahirah menoleh. Mana ada orang pernah panggil dia Ira. Pertama kali dengar.

"Ya?"

Okay ke saya pakai macam ni? Mana tahu kena halau ke nanti?” 

Syahirah senyum. "Jangan risau. Yang menilai itu Allah bukan manusia. Kalau niat kita kerana-Nya, insyaAllah. Pakaian abang ni dah okay dah ni."  

Aiman terdiam. Tak pernah sebelum ini dia bercakap dengan orang masuk bab-bab agama. 

"Jom." Ajak Syahirah. “Hmm. “Enjin kereta dimatikan. 

*********

Malam itu Aiman duduk di ruang tamu menonton televisyen. Teringat tadi imam itu bagi ceramah tentang solat. “Solat itu tiang agama,  kalau tak solat umpama kita meruntuhkan agama."

 Teringat diari isterinya yang dia jumpa tadi. Ter-baca. “Saya nak suami yang soleh! Ya Allah makbulkan doa hamba." 

Aku tak adalah baik sangat. Kenapalah kau kahwin dengan aku. Kesian kau dapat aku jadi suami. Aku jahil agama! Aku dah jauh terpesong! Seperti ada suara yang datang dalam fikirannya ‘tapi kau boleh berubah. Allah Maha Pengampun.!’ Televisyen di hadapannya itu di pandang kosong. 

Berubah? Teringat juga dia amaran abang iparnya. “Aku bagi amaran dekat kau,  jangan sesekali berani angkat tangan kau ni dekat adik aku, lagi,  jangan pernah kau buat dia menangis."

Aiman hanya mendengar amaran keras Shahir sewaktu mereka berduaan di dalam kereta sebelum ke rumah mertuanya. 

“Ingat! aku dapat tahu hidup adik aku sengsara, hidup kau jugak sengsara! Jangan kau buat perangai buruk kau tu. Aku dapat tahu. Aku terus pergi Kepala Batas tu. Kau faham tak?” Aiman hanya mengangguk. Huh, garang! 

Syahirah memandang suaminya yang duduk di sofa itu. Dia senyum. Dia ke belakang Aiman dan menutup mata Aiman dengan tangannya. “Cuba teka ini siapa?” kata Syahirah dengan suara yang di buat-buat macam suara lelaki. 

Aiman yang tengah berfikir itu terkejut tiba-tiba pandangannya gelap. Lama. Senyumnya terukir apabila mendengar suara Syahirah. “Hmmm, Tom Cruise?" Main-main Aiman. 

“Salah! Tom Cruise tak reti cakap melayu!” Aiman ketawa. 

“Hmm, Hj. Amran?” Syahirah pula ketawa. “Salah! Hj. Amran dekat Johor. “

"Ha! Tahu.. tahu.. Syah!" Syahirah kerut dahi. "Syah mana?"

"Syahirah." Aiman menarik tangan isterinya agar duduk di sebelahnya. 

Cepat sungguh si Syahirah ni mesra. Ingat kan stok yang pendiam. Terkejut juga tiba-tiba si isteri ini nak beramah mesra tapi saudara-mara dia ada kata yang Syahirah ini jenis yang ceria dan dia pula jenis yang boleh je ‘masuk’. 

"Abang buat apa?"

"Tak ada apa-apa. Saya nak tanya awaklah.." 

“Tanya apa?” 

“Er.. kenapa awak terima lamaran abah untuk kahwin dengan saya?” 

"Sebab Allah."

Aiman diam sebentar. “Tak faham. “

"Saya buat solat istiharah. Minta petunjuk dariNya. “Aiman senyap. Rasanya tak ada apa yang hendak di katakan lagi. Sebak tiba-tiba. 

*************

Seminggu berlalu…. 

“Abang, saya tak reti masak” kata Syahirah yang tengah bercekak pinggang di dapur itu. Terkejut juga Aiman. Nak makan apa kalau isterinya ini tak reti masak? Hari-hari makan kedai bankruplah. Dahlah abah tak bagi duit banyak. Nak berkata sesuatu tetapi tak terluah sebab teringat ayat dalam diari isterinya. 

“lelaki bising perempuan tak reti masak! Habis,  kalau lelaki tak reti jadi imam tu?” Walaupun ayat itu di tulis dalam diari dan bertarikh sebelum mereka bernikah lagi tetapi amat terkesan dalam hati Aiman. 

“Macam mana ni abang?” kata Syahirah sayu. Aiman menggaru kepala. Tak tahu nak jawab apa. 

"Tak apalah,  lepas ni kita sama-sama belajar masak."

“Maaf ya abang.."

Aiman senyum. “Tak apa. “

Aiman keluar dari dapur. Syahirah rasa bersalah. Itulah! Umi selalu suruh masuk dapur belajar masak. Buat malu je. Sedang Syahirah berfikir di bar dapur itu Aiman masuk dengan membawa laptop. 

"Abang nak buat apa bawa laptop ke dapur?” 

“Belajar masak guna internet. “Aiman senyum dan mengangkat kening. Syahirah senyum.

"Huish masin. “Komen Syahirah. 

Aiman mengambil gulai di hadapan isterinya itu. “Abangkan yang masak ni. “Kata Syahirah lagi. 

Aiman rasa dan ketawa. “Okay lah ni. Ha, awak punya sayur campur ni tawar! Tak rasa apa-apa." Komen Aiman pula. 

“Okay apa.."  

“Is okay. Gulai itu banyak garam,  sayur awak tak rasa apa-apa. Campur je semua. Gulai sayur." 

"Boleh ke macam itu?” 

“Boleh je." 

“Okay.." 

“Dah makan cepat. Nanti tak sempat nak siap pergi surau. “Aiman langsung tak sedar apa yang dia cakap. 

Ajak orang pergi surau? Ajak isterinya? Huh, sejak bila jadi geng surau ni?  Syahirah senyum. Dah ada perubahanlah abah! 

*********************

“Ustaz. “Panggil Aiman pada insan yang baru selesai mengimami solat Maghrib itu. 

Ustaz itu menoleh. “Ya?” 

“Saya nak…” 

“Nak apa?” Aiman malu untuk berkata. Tapi sedaya upaya dia cuba luahkan. 

“Anak nak apa?” 

“Saya nak belajar agama. “Terluah juga. 

Ustaz itu senyum. “Mari. “

Selesai solat Isyak tadi Syahirah terus keluar dari surau. Lama dia menunggu Aiman di kereta. 

Senyum terukir apabila melihat Aiman menghampiri bersama seorang lelaki separuh umur. “ustaz kenalkan isteri saya. “Aiman kenalkan Syahirah pada lelaki itu. 

Syahirah hanya senyum dan mengangguk. “Baguslah. Muda-muda kahwin sama-sama pergi surau. “Aiman sentak. Walau apapun senyum paksa di beri. 

“Alhamdulillah ustaz,  Allah beri suami yang soleh macam Aiman ni. “kata-kata Syahirah membuatkan Aiman terdiam. 

“Alhamdulillah,  semoga kalian berbahagia hingga ke Syurga. “

“Terima kasih ustaz. “Aiman bersuara. 

Ustaz itu menepuk bahu Aiman. “baiklah,  saya balik dulu. Assalammualaikum. “

“Waalaikumsalam. “Jawab Syahirah dan Aiman serentak. 

**********************

 Aiman duduk di birai katil dengan mata memandang Syahirah yang tengah mengemas bajunya ke dalam bagasi. “lamanya abang pergi.."

Aiman tersedar. "Hmm, seminggu je." 

Ya, dia kata dengan Syahirah ada urusan kerja sebenarnya dia mahu ke pondok agama untuk belajar agama dengan ustaz yang dia jumpa sewaktu di surau kelmarin. 

Rasanya dia perlu berubah. Sampai bila dia nak mengelak untuk menjadi imam dalam keluarganya?  Sampai bila dia nak terus jahil?  Sampai bila dia nak membiarkan isterinya keseorangan tanpa bimbingan seorang suami?  Sampai bila dia nak terus hipoktrik mengikut Syahirah ke surau tetapi tak tahu apa-apa. Sudah tiba waktunya dia berubah. ! 

“Seminggu tu lama tauu.. “lirih Syahirah. 

“Pejam celik- pejam celik sekejap je tu.. “

“Kalau pejam tak celik- celik?" Tersentak Aiman apabila mendengar ucapan isterinya itu. Sudah,  rasa berat pula dia nak tinggalkan si Syahirah ni. Aiman memandang Syahirah. 

“Apa awak cakap ni.." lembut dan ada nada risau di situ. Syahirah ketawa halus. 

 “Gurau je lah. Abang ni cepat betul sentap." Aiman diam. 

“Tak yah lah kemas beriya-iya. Nanti yang lain saya kemas."

Isterinya tarik muncung. “Tak mau lah, nanti kurang pahala."

**********************

Sudah dua hari Aiman di pondok agama itu. Memang air matanya di situ asyik mengalir sahaja. Teringat dosa lampau yang pernah di buat. Ya Allah… banyaknya dosa hamba. 

Selesai solat berjemaah dengan rakan-rakan di pondok,  dia menelefon isterinya. Salam berbalas. “Awak sihat?” Aiman duduk di tangga surau papan itu. Syahirah bersuara riang. 

“Alhamdulillah sihat. Abang tak rindu saya ke? Dah masuk hari kedua baru nak call? Abang tahu tak saya bosan duduk rumah sorang-sorang? Saya dah dua hari tak sembahyang jemaah tau?"

Aiman hanya senyum mendengar coleteh si isteri. "Haa, lagi satu abah kata abang mana ada kerja luar,  baik abang cakap abang pergi mana?” Tiba-tiba suara Syahirah bertukar sebak.

"Saya tahu, saya bukan sapa-sapa dekat abang,  tapi tak patut abang tipu saya.. “air mata Syahirah mengalir. 

Aiman terdiam. Syahirah juga diam. Terkejut Aiman tiba-tiba terdengar esakkan. “Awak nangis ke?” Diam lagi. 

“Awak,  saya…” Syahirah memintas. 

“Tak apa. Saya faham." Air matanya di seka. "Abang sihat tak?” 

“Alhamdulillah sihat." Diam. 

“Abang jangan lupa sebelum tidur baca surah Al-Mulk” pesan Syahirah. 

“Baik sayang." Terdiam Syahirah. 

Aiman senyum je. “Lagi?” 

“Err.. abang jangan lupa baca doa tidur sebelum tidur." Aiman ketawa. 

“Next?” 

“Kalau terjaga pukul dua tiga pagi, solat tahajut.." Aiman hanya mengangguk. 

“Lagi?” 

“Selalu beristigfar” 

“Okay. Lagi?” 

“Ingat Allah dalam setiap perbuatan."

“Alright,  next?” 

“Sentiasa berselawat."

“Okay."

“Abang ni last."

“Apa dia tu?” soal Aiman lembut. 

“Doakan rumah tangga kita sampai syurga." Aiman senyap sekejap. 

“Sure."

*****************

Dari jauh Aiman telah nampak senyuman isterinya di hadapan pintu. Selesai membayar tambang teksi Aiman mengheret bagasi berodanya. Syahirah telah pun keluar menyambutnya siap bertudung. Mereka bersalaman. 

“Assalammualaikum, awak. “Sapa Aiman. 

“Waalaikumsalam, abang." Nada ceria. Syahirah bersalaman dengan Aiman. Terpegun juga dia melihat Aiman yang hanya bert-shirt kolar dan berseluar slack serta berkopiah (mungkin Aiman tak perasan)

Wajah Aiman seolah ada sinar keimanan. Sangat tenang! Aiman perasan isterinya memerhatikannya. “Err, awak pandang apa?”

Syahirah tersentak. “Eh,  tak. Abang nampak lain. “

“Apa yang lain?” Aiman memandang dirinya dan baru perasan akan kopiah di kepalanya. “Oh.." jawab Aiman dan menarik kopiahnya. 

“Jom masuk." Mereka beriringan ke ruang tamu. Aiman telah pun duduk di sofa sementara Syahirah pergi membuat air di dapur. Mata Aiman menebar ke seluruh ruang tamu. Kemas dan bersih. 

Walaupun rumah itu kecil tetapi sangat selesa. Entah. Dulu tinggal dekat villa abah tak pernah rasa selesa dan tenang. 

“Abang nah.." lembut Syahirah menghulurkan gelas itu pada suaminya. Aiman menyambut. “Thanks."

“Abang,  nak tahu tak?” Dia duduk bawah melutut depan Aiman yang duduk di sofa itu. 

“Hmm?” Aiman merenung Syahirah. Dia sudah faham dengan sikap Syahirah yang peramah dan banyak cakap ini. Kadang-kadang macam budak-budak. 

“Ada sinetron baru tau. “Berkerut dahi Aiman. 

 “Oh,  apa benda tu?” 

“Apalah abang ni. Itu cerita drama bersiri Indonesia. Tajuknya Cinta Fitri."

“Oh.." gelas di letak di atas meja. 

“Kenapa dengan cerita tu?” 

“Best." Syahirah senyum hingga nampak lesung pipitnya. Comel! 

Walaupun penat Aiman masih lagi melayan. “Apa yang best?” 

"Lagu." Ek..  

“Oh..  jalan cerita tak best?" Sungguh,  ini baru pertama kali dalam hidup Aiman berbual mengenai drama Indonesia. 

“Best jugak tapi sedih."

“Kenapa?” 

“Entah. Abang nak dengar lagu tema cerita tu. ?” 

“lagu apa?” 

“Tajuknya Cinta Kita nyanyian Teuku Wisnu dan Shireen Sungkar” Syahirah mengambil mp3nya di almari yang terletak di ruang tamu itu juga. 

Aiman hanya memerhati. "Haa, nah..” dia menghulurkan earphone pada Aiman. 

“Hm,  awak ambil satu.." kata Aiman dan menghulurkan sebelah lagi pada isterinya. 

"Err.. kita dengar sesama." teragap-gagap Aiman. 

“Ok. “Ceria Syahirah menyambut earphone itu. Aiman menarik tangan Syahirah agar duduk di sebelahnya. Mudah untuk dengar mp3 itu. 

Inilah aku apa adanya Yang ingin membuatmu bahagia Maafkan bila ku tak sempurna Sesempurna cintaku padamu ...

“Saya baru download tadi.." Syahirah senyum. Aiman turut senyum. 

Sungguh dia tak pernah buat benda luar alam untuk melayan lagu dari seberang. 

“Abang kita jadikan lagu kita nak?” Aiman diam seketika. Huh,  lagu ni rasa macam nak nangis je Aiman dengar. Tak tahu kenapa. 

“Hmmm. “Kedua-dua mereka melayan perasaan dengan lagu itu. Tanpa di sedari Aiman telah melatakkan tangannya di bahu sofa dan spontan menarik isterinya ke dalam pelukkannya. Khusyuk melayan lagu. 

Aiman tersentak apabila terdengar azan. Pantas dia menarik earphone itu. Dia menoleh ke kiri. Syahirah dah tidur. 

“Eeerr..  awak…” Aiman cuba mengejutkan isterinya lagi. “awak…bangun. Dah azan Asar ni.. “

Syahirah bangun dengan mengosok matanya. “Abang saya ABC la. Abang solat lah.. “

Aiman pelik. Apa benda pula dia nak ABC ni. “Awak,  dah Asar. Kalau nak makan ABC jap lagi kita keluar. “Syahirah memandang Aiman.

“Allah Bagi Cuti. Sakit perempuan. “Aiman teragak-agak. 

“Oh.. haa. Okay. Saya solat dulu. “Aiman telah pun bangun untuk menuju ke bilik. 

“Abang. “Langkah Aiman mati. Dia menoleh. 

“Doakan rumah tangga kita sampai syurga. “Syahirah senyum dan gaya menadah tangan.

“Sure. “

*****************

“Abang, saya nak cari buku masak.. “Aiman hanya mengangguk dengan tangannya yang ada dua beg kertas barang yang dia beli dan Syahirah beli tadi. 

“Nanti jumpa abang dekat kaunter lah. “Kata Syahirah lagi dan terus berlalu. 

Aiman hanya senyum dan menghantar dengan pandangan mata. Aiman berjalan ke buku-buku Islamik. Terdetik hatinya tafsir Al-Quran. Aiman pergi ke kaunter pertanyaan dalam kedai buku itu. 

“Ada boleh saya bantu encik?” “Hmm, ada tafsir tak? Hmm. tafsir Al-Quran?” 

“Maaf encik tiada stok. “Aiman senyum paksa. 

“Okay. Thanks. “Kenapa tiba-tiba rasa sebak ni. 

Tiba-tiba,  Syahirah datang. “Abang tak beli apa-apa?” 

“tak. Awak dah jumpa buku?” 

Syahirah senyum dan menunjukkan buku itu pada Aiman. “Tadaaa… nanti kita try dekat rumah ok?” 

“Okay. “Aiman membayar buku itu. 

Sewaktu mereka telah keluar dari kedai buku itu. Pekerja kedai buku itu berbisik. “Wah, romantiknya mereka!” 

“Tahu tak apa. Untungkan wanita itu dapat suami yang punya lah handsome dan baik!” 

“mana kau tahu baik?” 

“tadi dia nak beli tafsir Al-Quran. “

“oh,  memang padanlah. Perempuan itu pun alim je. “

“Sweet kan. Suami dia just pakai t-shirt berkolar dan seluar slack,  isterinya just pakai baju kurung dengan tudung labuh. Baju dorang warna match. Jalan pegang tangan” 

“superb! Romantic!” 

kan Allah S. W. T telah berfirman,  “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat,  perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. “(an-Nur’:26) 

“betul-betul. “

************************

Aiman sibuk membuat kerjanya di ruang tamu. Lama dia bercuti selepas pergi ke pondok hari itu. Justeru,  banyak kerja yang perlu di lakukan. 

“Abang.. “sapa Syahirah manja. 

Aiman senyum. “kenapa?” 

“Nah.. “Syahirah menunjukkan sesuatu pada Aiman. Aiman mengambil dan berfikir. “birthday saya rasanya belum lagi.. “

“Abang buka lah dulu. Saya dah ngantok. Jangan tidur lewat-lewat tau. Nanti dah masuk bilik tolong perlahankan air-cond. Nite abang. Assalammualaikum. “

Syahirah nampak penat. Mana tidaknya sehari suntuk berjalan. Setelah Syahirah masuk ke bilik. Perlahan-lahan Aiman membuka balutan itu. 

“SubhanaALLAH,  tafsir Al-Quran..”  terasa macam nak mengalir air mata Aiman. 

 ‘Al-Quran,  the love letter from Allah’ – isterimu. 

Aiman turn off laptopnya. Kertas-kertas yang bertaburan di perkemaskan. Setelah selesai berkemas bahan-bahan kerjanya Aiman mengambil tafsir itu dan masuk ke bilik. Samar-samar. Hanya lampu di sisi katil sahaja yang menyala. Dia lihat Syahirah sudah lena tidur. Mungkin penat sangat. Aiman senyum. Dia meletakkan tafsir itu di atas meja make-up. 

Seluar di lipat. Aiman menuju ke tandas. Dia perlu melakukan sujud syukur kerana dia memang beriya-iya hendakkan tafsir Al-Quran itu. Sewaktu pekerja kedai itu mengatakan sudah habis stok dia seakan kecewa teramat,  entah. Tidak tahu kenapa perasaan itu timbul. Sungguhlah kemanisan iman itu sungguh manis. 

************************

“Aiman!! Kamu nak jadi apa ni ha!” tengking Dato Rahimi merangkap abahnya. Aiman hanya tunduk. Sejak menjadi suami Syahirah dia banyak sangat mendiamkan diri. Dia tak banyak cakap. 

Selepas pulang dari pondok agama hari dia tak cepat marah atau melenting. “Kamu dengar tak ni?! Hari tu kamu pergi mana? Kamu buat hal lagi ya? Ni akaun syarikat kenapa jatuh teruk ni!” Dato Rahimi mencampak fail itu di meja pejabat Aiman. 

“Abah,  ekonomi dekat sini buat masa ini tak stabil.." Dato Rahimi memandang sinis anaknya.

“Bukan kamu joli kan semua duit tu?” 

“Abah.. “

“Dah! Abah tak tahu kamu buat macam mana,  abah nak kamu settle kan semua bil-bil ni! “

Tercengang Aiman mana dia ada duit banyak tu. “abah,  saya tak da duit banyak tu. “

“Abah tak peduli. Kamu buat apa yang patut!” Dato Rahimi terus keluar dari pejabat itu. 

Terduduk Aiman. Ya Allah…  tiba-tiba telefon Aiman berbunyi. Shahir. Ada apa abang iparnya ini telefon. 

“Assalammualaikum. “Lemah Aiman menjawab. 

“Waalaikumsalam,  weh Aiman. Kau balik rumah kau sekarang!” 

“er,  kenapa along?” 

“kau balik je!” Tersentap Aiman tatkala talian di matikan. Tak tahu pula dia yang abang iparnya ini datang Kepala Batas. Ada apa ya?

Aiman mengambil briefcasenya. Satu,  satu masalah dia dapat. Laju Aiman memandu kereta isterinya itu. Hari ini Syahirah tak kerja cuti sekolah jadi dia pun cuti lah. Syahirah seorang ustazah yang mengajar subjek Sirah. Justeru,  Syahirah menyuruhnya membawa kereta dia.

“Along..  tolonglah jangan buat kecoh dekat sini.. “rayu Syahirah. 

“Eh,  kau diam lah dik"

“Aiman melangkah masuk ke rumah. “Assalammualaikum. “

“hah,  sampai pun kau.. “Aiman menghulurkan tangan untuk bersalam dengan abang iparnya tetapi lelaki itu tidak melayannya. Aiman menarik kembali tangannya. 

“kenapa along?” 

“aku nak bawak Syahirah balik.. “Sentap Aiman mendengar. 

Matanya memandang Syahirah yang telah pun berair mata. “.. ta.. tapi kenapa?” 

“kenapa kau tanya? Kau tahu tak? Aku pergi dapur,  tak ada makanan langsung! Macam mana kau sara adik aku ha? Lepas tu,  aku dengar syarikat kau dah muflis kan?!” herdik Syahir. 

Sebak Aiman dengar. “along tak boleh buat macam ni.. ““apa tak bolehnya! Tak akan kau nak adik aku sara kau pulak! Aku ingatkan abi kahwinkan kau dengan dia kau dah berubah rupanya hampeh je. “

“along, kenapa along cakap macam tu?” Syahirah yang tadi berair mata membela Aiman. 

“kau diam. Dah sekarang aku nak bawa dia balik dekat rumah keluarga kami!” Syahir menarik tangan Syahirah. 

Syahirah sedaya upaya menarik kembali tangannya. “saya tak akan pergi! Tempat seorang isteri di sisi suami!” 

“hoi,  Aiman. Baik kau izinkan. Tak akan kau nak biar isteri kau ni mati kebulur. !” Marah Syahir lagi. 

Ya Allah,  tabahkan hati hamba. Habis satu masalah di pejabat sekarang masalah isterinya pula. Betul juga apa yang abang iparnya cakap. Dia nak bagi makan apa dekat isterinya ini. Memang kali ini dia muflis tersangat! 

“abang.. tolong…” sayu Syahirah meminta pertolongan Aiman. 

“saya izin.. “sebak. 

“saya izinkan awak balik. “Terus Syahir menarik adiknya keluar. Air mata Aiman jatuh juga. Mata di pejam. 

“Abang…. “Teriak Syahirah sayu sempat menoleh Aiman yang membelakanginya. Aiman terduduk. Ya Allah beratnya dugaanMu.

*******************

Aiman baru selesai solat Maghrib. Sayu hatinya melihat rumahnya itu sunyi. Memang dia tidak ke surau. Rasa nak demam je. Puas dia memikirkan macam mana nak dapat duit nak selesaikan bil-bil nya. Sedang dia termenung di atas sejadah itu telefonnya berbunyi. Terus button hijau di tekan tanpa melihat nama pemanggil. Aiman terkejut mendengar esakkan di talian itu. 

“Awak.."  Esakkan itu masih lagi berbunyi. 

“Ira.. awak.. “

“Sampai..  sampai hati abang.. “Aiman senyap. 

“Saya buat macam ni agar awak senang…” 

“Tak ada istilah senang kalau saya kena tinggalkan abang sorang- sorang lalui kepayahan. “

“Awak tak faham.. “sayu Aiman jawab. 

Suara serak Syahirah berbicara lagi. “Abang.. biarlah susah senang kita bersama." Aiman senyap. 

“Abang, tolonglah abang. Saya nak jadi isteri yang solehah. “Aiman masih lagi senyap. Air matanya mengalir. Terharu dengan kata-kata isterinya. Di saat semua orang menyalahkannya tapi Syahirah tidak. 

“Abang… tolong jangan senyap macam ni.. saya bersalah sangat ni.. “

“sayang tak perlu rasa bersalah. “Terdiam Syahirah. Ya Allah…. 

“Abang,  cuba tengok kertas yang saya tampal dekat meja study saya itu.. “

Aiman bangun dan menuju ke meja tempat isterinya melakukan kerja- kerja. "Cuba abang baca.."

Rasulullah SAW bersabda: “Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada Mukmin yang lemah. Segala sesuatunya lebih baik. Tampakanlah terhadap hal-hal yang bermanfaat bagimu dan minta tolonglah kepada Allah dan janganlah engkau menjadi tak berdaya." (Muslim) 

Aiman beristigfar. Mata di pejamkan seketika. “Sayang.. abang betul-betul tak kuat." Buat pertama kalinya kalimah abang itu terluah juga. 

“Abang,  tolonglah. Saya nak berada di samping abang saat susah dan senang. ““tapi abang tak kuat nak berhadapan dengan along dan semua orang. “

“Abang, along hanya insan biasa. Abang ada kuasa untuk membawa saya kembali.."  Aiman hanya diam. 

“Istikharahlah abang,  minta petunjukNya. Assalammualaikum." Syahirah dah tak sanggup nak berbicara lagi. Talian di matikan. Aiman menarik nafasnya. YA ALLAH…… 

“Assalammualaikum.. “

Aiman menoleh. “Waalaikumsalam,  eh ustaz!" Mereka bersalaman. 

Ustaz itu senyum. “Baca artikel apa itu?” 

“Nasihat Rasulullah pada Ali."

“Oh,  Alhamdulillah. Dari tadi ustaz nampak kamu duduk sini. Tak balik?” 

Aiman senyum. “Tenang duduk dekat masjid ni. “

“Dari Subuh tadi. Dah nak masuk Maghrib ni, isteri kamu tak ikut?” 

Aiman sentap. “Hmm, dia balik kampung. “

“Oh.. eh,  ustaz nak pergi toilet sekejap. Kamu bacalah buku ini dulu." Aiman menyambut lembut buku nota kecil itu. 

Tangannya menyelak muka surat pertama. Yakin pada Allah bukanlah mengharap terkabulnya segala harapan,  Yakin pada Allah adalah meletakkan keredhaan pada ketentuan-Nya,  Rasa bahagia dengan ujian walaupun perit,  Air mata yg menitis terasa bernilai buat menyiram api neraka,  Indahnya tarbiah Allah, tersiram rahmat dan hikmah,  Diuji kita sebagai tanda sayang-Nya.

Terkedu Aiman. Ya Allah… Telah dua hari dia tidak berjumpa dengan isterinya. Tipu kalau dia kata dia tak rindu pada wanita yang banyak mengubah hidupnya itu. Memang perit sangat dia rasa. Urusan syarikat pula berkerja keras dia agar dapat projek untuk membayar semua bil-bil syarikatnya. Abah memang dah tak nak tolongnya. Yelah,  dulu banyak kali abah tolong,  tapi dia yang mensia-siakan. Tapi itu dulu. Sekarang lain..

Assalammualaikum,  abang dah makan? – Syahirah. 

Aiman membaca message itu dan senyum. Dia tahu Syahirah tidak mahu bercakap voice to voice dengannya. Merajuk tapi still tanya khabar melalui pesanan ringkas (sms). Comel je isterinya itu merajuk. 

Waalaikumussalam,  Alhamdulillah sudah. – Aiman

Lepas beberapa minit. 

Syarikat abang dah okay? – Syahirah. 

Doakanlah ada projek yang masuk. – Aiman

Solat Dhuha lah abang. Solat itu membuka rezeki. insyaAllah,  kalau kita sabar berdoa dan berusaha Allah akan tolong. – Syahirah. 

Aiman senyum membaca message itu. insyaAllah. – Aiman. 

“Assalammualaikum,  abi. “Aiman menelefon ayah mertuanya,  Haji Amran. 

“Waalaikumsalam. Aiman,  kenapa ni?” Nada risau. 

“Abi, saya.. saya.." Tak terluah oleh kata-kata. 

“Aiman,  abi faham. Sekarang kamu buka email kamu. Abi ada hantar satu video. Kamu hayati dan kamu fikirlah baik-baik. Bersabar ya Aiman."

“Terima kasih abi." Selepas salam berbalas. Talian di matikan. Syukur, abinya seorang yang memahami. Aiman membuka emailnya. Abinya agak moden kerana seorang dekan di sebuah university terkemuka di tanah air. Wajarlah,  alongnya tak mahu adiknya Syahirah itu hidup melarat. 

Matanya tertala pada email versi video itu. kamu hayati dan kamu renung2kan lah. Kesian,  abi tengok Syahirah. Dia sangat memerlukan kamu. Air matanya jatuh lagi saat melihat video itu. Sungguh,  dia hampir melepaskan tanggungjawabnya sebagai seorang suami. 

*********************

Astarfiruallahalazim. Erat Syahirah memeluk suaminya saat Aiman masuk ke dalam rumah abinya tadi. Haji Amran hanya senyum melihat mereka. “Abang please..  jangan tinggalkan saya lagi.." Esak Syahirah. Aiman yang terkedu itu mengesat air mata Syahirah. 

 “Shhtt,  abang dah datang ni. jangan nangis lagi ya." Mata mereka bertentangan. Syahirah mengangguk dan memandang abi dan uminya. 

“Jaga dia baik-baik Aiman. “Pesan Hj. Amran. 

“Terima kasih abi,  umi.." Sayu sahaja Aiman bercakap. Teringat nasihat abinya itu. Mujur alongnya ada conference dekat Seoul, Korea. Tak perlu dia berdebat dengan alongnya itu. Terima kasih Ya Allah,  KAU permudahkan urusan ini. 

“Kami balik dulu abi,  umi. “Aiman bersalaman dengan kedua mertuanya itu di turuti Syahirah. “Assalammualaikum. “

“waalaikumsalam."

*********************

“saya sayang abang. “Luah Syahirah sewaktu mereka dalam kereta perjalanan untuk pulang ke rumah. Aiman yang tengah memandu itu senyum. “saya pun sayang awak juga. “Syahirah senyum senang. “Ira…” panggil Aiman. “ya?” 

Syahirah memandang suaminya yang tengah memandu itu. Aiman diam sekejap. “thanks. “

“Thanks untuk apa?” 

“sebab awak saya dah banyak berubah. “

Syahirah ketawa kecil. “Bukan saya lah tapi Allah. Allah yang ketuk pintu hati abang."

“Tapi kalau abang tak jumpa inspirasi hati abang ni,  abang tak berubah.. “kata Aiman. 

Syahirah senyum. “Saya hanya pengantara je. Semua itu telah tertulis di Luh Mahfuz."

Aiman mengangguk dengan mata yang masih lagi focus memandu. “Thanks lagi sekali."

Dahi Syahirah berkerut. “Untuk apa pula?” 

“settlekan bil-bil syarikat tu.. “

“Kita suami isteri kena saling membantu."

"Mana Ira dapat wang banyak macam itu?” Syahirah senyap. 

Sebenarnya itu wang yang di kumpul sebelum kahwin lagi untuk dia menunaikan haji dan untuk kos perubatan barah hatinya yang dia rahsiakan daripada abi, umi dan along . Dia bersyukur Allah beri penyakit itu,  dia rasa beruntung kerana dia akan sentiasa mengingati mati dan bertaubat atas setiap kesalahannya. Biarlah, hanya dia dan Allah yang tahu derita bahagia ini. Aiman memandang Syahirah sekilas. 

“Sayang.. mana awak dapat wang banyak macam itu?” Syahirah terkelu. 

“Hmm, rezeki Allah."

“Dari mana? Tak akan turun dari langit kot?” soal Aiman lembut. 

“Abang,  jom kita makan dekat restoran tu,  lapar pula rasanya." Syahirah menunjuk ke arah sebuah retoran di sebelah kiri itu. Aiman terus lupa apa yang dia soal tadi. Kereta di belokkan. Sewaktu makan di restoran itu mereka bertukar cerita dan ketawa. 

Tiba-tiba ,  Syahirah terbatuk. Aiman terkejut. Syahirah terkejut tangannya berdarah selepas dia menutup mulut tadi. Aiman terus menerpa ke arahnya. 

“Awak. “Terkelu lidah Aiman sewaktu melihat darah itu. 

Syahirah senyum. "Biasalah ni,  panas tu yang berdarah tekak tu."

"Kita pergi klinik." Syahirah dah pening. 

“Tak apa. Ni panas ni. Dah biasa."

“No… nampak serious ni. “ujar Aiman yang melutut di sisi Syahirah yang duduk di kerusi itu. 

Syahirah ketawa perlahan yang di buat-buat. "Abang ni,  panas je lah ni. Saya nak pergi toilet jap."

 Sedaya upaya Syahirah cuba melangkah. Kepalanya tiba-tiba berdenyut. Sakitnya Ya Allah!Aiman tak tahu nak buat apa. Hanya dengan pandangan dia menghantar isterinya itu. Sebak tiba-tiba hatinya. Ya Allah,  semoga semuanya baik-baik sahaja. 

**********************

“Abang,  bangun.. “Syahirah menggerakkan Aiman di sebelahnya. 

"Encik Aiman,  bangun.." kejut Syahirah lagi. Kenapa tak bergerak ni. Kuat Syahira menggerakkan Aiman lagi. 

“Abang.. abang..  bangun…” Aiman membuka matanya perlahan-lahan. 

 “Hmm,  kenapa sayang?” 

“Abang, jom buat qiamullai berjemaah. Kita tak pernah qiamullai berjemaah."

Aiman duduk menghadap Syahirah. “Dah pukul berapa?” 

“Hmm,  4.30 pagi."

“Jom. “Ajak Aiman. 

Kini,  dia telah yakin untuk menjadi imam tidak sia-sia dia ke pondok agama hari itu. 

"Sayang ambil wudhuk dulu."

“Okay."

Sebelum turun dari katil sempat Syahirah mencium pipi Aiman. Terkejut juga Aiman. "Mimpi ke reliti ni?" seloroh Aiman dan memegang pipinya yang dicium tadi. Syahirah hanya ketawa halus dan masuk ke bilik air. 

Selesai berqiamullai dan membaca doa Aiman bersalaman dengan Syahirah. “abang, saya nak minta maaf kalau saya ada terkasar bahasa dan menyakitkan hati abang. “Seperti biasa Syahirah akan sentiasa memohon kemaafan pada suaminya selepas solat. "Halalkan semua makan minum."

Aiman menarik Syahirah dalam pelukkannya. "Abang pun nak minta maaf tersalah kata dan menyakitkan hati awak. Abang,  minta halal juga semuanya ya." Dahi isterinya di cium. 

 “Allah makbulkan doa saya untuk dapat suami yang soleh. “Kata Syahirah dan senyum. Aiman hanya senyum. 

“Hmm, nak ikut abang Subuh dekat surau tak?” 

Syahirah geleng. "Boleh ea abang. Saya nak sembahyang dekat rumah je. Letihlah. “

Aiman mengangguk. “Oklah. Nanti abang belikan sarapan. “

"Okay,  saaaaayang abang !” lirih Syahirah dan senyum. 

“Sayang awak juga." Aiman memasukkan keretanya ke dalam porch rumah selepas pulang dari surau. Sebelum keluar dia mengambil plastik yang mengandungi dua bungkus nasi lemak. Aiman keluar dari kereta. 

********************

PRRRANGGGG!!!!! Terkejut Aiman mendengar pinggan pecah. Terus dia berlari masuk ke rumah. Aiman ternampak kelibat dua orang berbaju hitam dan bertopeng. Pantas dia cuba mengejar dua makhluk yang pecah masuk rumahnya itu. Dia berlari ke dapur. Terkejut Aiman sewaktu dia ke dapur. Darah berlimpahan. Isterinya. 

“Sayang !!!!” jerit Aiman melihat Syahirah yang menahan sakit akibat di tikam dengan pisau. Aiman cuba mencari dua orang kelibat tadi,  tapi malangnya ada orang telah menerkup mulutnya dengan kain yang mengandungi bahan kimia yang membuatkan Aiman tidak bernafas dan pengsan. 

**********

Aiman terpisat-pisat bangun. Kepalanya seakan sakit. Sewaktu mata terbuka dia terdengar suara orang yang hendak masuk ke rumah. Matanya beralih ke kiri. Ya Allah. 

“sayang.. “Aiman memangku Syahirah yang lemah itu. Entah macam mana dia boleh memegang pisau. Aiman mencampakkan pisau itu. 

“Haaa, ini tuan yang membunuhnya!” terkejut Aiman tatkala anggota polis masuk ke dalam rumahnya. 

“Bukan saya. “

“Dah bawak dia. Cuba periksa nadi mangsa." 

Tangan Aiman bergari. "Bukan saya!"

Aiman terkejut melihat abahnya juga turut di disitu. “Abah! Bukan Aiman!!! Abah!!” 

Anggota polis itu membawa Aiman keluar rumah. Abahnya hanya menggeleng dengan air mata berlinangan. “Kalau kamu tak suka dia pun janganlah sampai macam ni…” sayu abahnya berbicara. 

 “Bukan Aiman bah!!” Sewaktu keluar. Memang dah ramai orang di luar rumahnya. Aiman memandang abi, umi dan alongnya. “abi,  bukan saya,  umi!!” meronta-ronta Aiman.

"Sedangkan orang gila tak mengaku dia gila,  inikan kau yang waras nak mengaku kau bunuh adik aku!” herdik abang iparnya yang mata merah mungkin sebab menangis. Aiman cuba meronta. 

“Bukan saya! Abi!! Umi!! Percaya saya.. “

“Cepat bawa dia!” arah alongnya. Ya Allah dugaan apa yang KAU berikan ini. Ya Allah izinkan hamba dapat berjumpa dengan isteri hamba. Ya Allah…………. Semoga dia selamat. 

Air mata Aiman jatuh tika pandangan rumahnya makin hilang. Sayang.. Bantu hamba Ya Allah.. 

**********************

Haji Amran melawat menantunya di penjara. “Abi.. percayalah saya.. “

Haji Amran senyum. “Sabar Aiman,  kebenaran akan terungkap,  bersabarlah.. “

"Abi,  macam mana keadaan Syahirah?” Haji Amran senyap. Air matanya bergenang. 

Sebak dadanya. “Abi kenapa dengan isteri saya?” 

Haji Amran hanya senyap dan senyum terpaksa. “Bersabarlah Aiman,  berdoa banyak-banyak. Doa itu senjata muslim gunakan sebaik- baiknya."Haji Amran bangun dari kerusi itu. 

"Abi, jawab saya abi. Syahirah macam mana?” Mengalir air mata Aiman tatkala ayah mertuanya tidak menjawab soalan. 

“Abi, kenq pergi dah ni. banyak-banyakkan bersabar. Ingat Allah sentiasa. Assalammualaikum." Haji Amran terus keluar dari bilik itu. 

Lemah lutut Aiman mendengar kata-kata abinya itu. Ya Allah,  hamba tak kuat..  

Rasulullah saw. bersabda: “Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada Mukmin yang lemah. Segala sesuatunya lebih baik. Tampakanlah terhadap hal-hal yang bermanfaat bagimu dan minta tolonglah kepada Allah dan janganlah engkau menjadi tak berdaya. “(Muslim) 

“Encik, saya nak sejadah dan tafsir Al-Quran.." kata Aiman pada warden yang menjaganya itu. 

Alhamdulillah, sepanjang dia di penjara itu warden-warden di ditu berlembut dengannya. Terima kasih Ya Allah,  Kqu melindungi aku. Aiman membuat solat sunnat. Selepas itu dia membaca Al-Quran. 

‘Al-Quran,  the love letter from Allah’ – isterimu. Air matanya terus mengalir sewaktu membaca ayat-ayat suci itu. Basah tafsir itu dengan air matanya. Allah…

**********************

“Alhamdulillah. “Berulang-ulang ayat itu keluar dari mulutnya. Haji Amran hanya senyum melihat wajah menantunya itu. 

"Bebas juga saya abi.. “kata Aiman. 

“Alhamdulillah,  Allah tunjuk kekuasaanNYA dengan anggota polis yang menemui kain yang menerkup kamu itu dan dompet perompak yang tercicir itu. “Aiman senyum. Terima kasih Ya Allah. 

"Abi, jom jumpa Syahirah." Bicara Aiman ceria. Haji Amran tersentak. Dia hanya mengangguk. Aiman duduk di bahagian sebelah memandu. Abahnya telah berangkat ke umrah,  sebagai tanda bersyukur Aiman tak bersalah. Aiman hanya senyum sepanjang jalan. Tak sabar hendak bertemu isterinya. Rindu. Hampir sebulan dia tak bertemu. Haji Amran berhenti di hospital. 

Aiman terkejut. “Abi,  kenapa di sini?” 

“Turun dulu Aiman. Jom." Ajak Haji Amran. Aiman hanya menuruti. 

Sewaktu tiba di depan wad Aiman terkejut melihat ramai orang. Dia merenung dari luar sebuah bilik itu. Dia nampak abang iparnya dah duduk menangis. Dia nampak uminya tengah menangis. Dia nampak doktor. Perlahan Aiman melangkah ke arah bilik itu. 

"Maaf,  dia tak dapat diselamatkan." 

Lemah lutut Aiman dengar. Bukan. Salah ni. Aiman menghampiri katil itu. "Barah hatinya dah kriktikal,  effect. Dia tak dapat nak survive. Bersabarlah."

Kaki Aiman hampir di tepi katil itu. Ya Allah.. Air matanya cuba di tahan. Sakit! Dia lihat Syahirah baring tenang di atas katil itu. Aiman mengangkat sedikit kepala isterinya itu dan di kucup dahi isterinya lembut. Selepas itu,  kakinya sangat lemah. Ya Allah beratnya ujian ni..  

“TAK!!!!!” jerit Aiman dan terduduk. Dia menangis. 

Haji Amran menenangkan menantunya itu. “Sabar Aiman.. Bawa mengucap."

“Bukan Ira abi.. bukan dia…” tangis Aiman. 

Haji Amran mengusap bahu Aiman. “Dah di tentukan ajalnya.." sebak Haji Amran.

"Tak! tak.. bukan dia.." Sayu Aiman mengungkap. Sekali lagi dia memandang wajah jenazah isterinya itu. Sakit. 

Ya Allah sakitnya rasa ini. Sakit sangat! Kenapa Ya Allah. Syahirah..

Air mata lelakinya deras mengalir. 

*****************************

Aiman menutup buku agama yang di bacanya itu. Buku itu di letak di sisi katil. Pelipisnya di gosok. Ya Allah. Sedar tak sedar hampir masuk setahun setengah Syahirah pergi menemui Ilahi. Sungguh,  hampir 5 bulan dia cuba kembali ke realiti. Abah dan abinya puas meredhakan hatinya. Puas mereka menghantarnya berubat. 

Waktu itu,  hanya tuhan sahaja yang tahu bertapa sedihnya dia kehilangan orang yang di sayangi dalam sekelip mata. Benarlah,  ajal maut ketentuan tuhan. Akhirnya,  dia akur. Setiap hari tak pernah dia lupa untuk membacakan Yassin untuk isterinya. Isterinya yang solehah. Inspirasi Hatinya. 

 Aiman turun dari katil dan keluar dari biliknya. Kini,  dia kembali tinggal bersama abah dan mamanya di villa mereka. 

“Aiman,  nak pergi mana?” 

Dia senyum. "Ma.." Aiman menghampiri mamanya dan di cium tangan wanita itu. "Nak keluar."

“Pergi mana malam-malam ni?” soal abahnya pula. 

Aiman bersalaman dengan abahnya pula."Hmm,  pergi masjid. Aiman pergi dulu. Assalammualaikum. "

“Waalaikumsalam. “

Aiman meletakkan kereta sportnya di hadapan masjid itu. Senyumnya terukir. Dia keluar dari kereta. Kaki melangkah masuk di pintu utama masjid. Setelah berwudhuk. Aiman melakukan solat sunnat masuk masjid. Setelah itu dia melakukan solat sunnat taubat dan solat sunnat yang lain. Selesai melakukan solat dia membaca Al-Quran pula. 

“Assalammualaikum. “Sapa seorang lelaki separuh umur. Aiman memberhentikan bacaannya.

“Waalaikumsalam. “

“Anak musafir ke? Dah lewat malam ni. “Aiman senyum. Dia tahu dah hampir 12 tengah malam. 

“Saya ingat nak tidur sinilah pak cik."

“Oh,  kalau begitu pak cik balik dulu lah ya. “Aiman mengangguk. Setelah hampir satu juzuk Aiman baca matanya sudah mahu terlelap. Aiman menyimpan semula Al-Quran itu ke rak. Sejadah di ambil untuk di jadikan bantal. Aiman membaringkan badannya. 

“Abang jangan lupa sebelum tidur baca surah Al-Mulk” pesan Syahirah. “baik sayang. “Terdiam Syahirah. Aiman senyum je. 

“lagi?” 

“Err.. abang jangan lupa baca doa tidur sebelum tidur.." Aiman menadah tangannya untuk membaca doa tidur. 

Ya Allah,  rindunya hamba pada dia. Air mata Aiman mengalir. Dia baring mengiring ke kanan. Mata cuba di lelapkan. 

Tiba-tiba,  mata Aiman terpandang seseorang. Sayang. 

Aiman bangun. Dia menghampiri Syahirah yang senyum memandangnya dengan siap bertelekung. 

“Sayang.." Aiman menggenggam tangan Syahirah. "Jangan tinggal abang lagi."

Tangan itu di kucup. Syahirah hanya senyum dan menarik tangan Aiman agar mengikutinya. 

*****************

Lemah lutut Dato Rahimi dan isterinya sewaktu mendapat berita itu. Cepat mereka bergegas ke masjid yang di katakan pemanggil itu. 

“Tu lah Dato. Malam tadi saya jumpa dia sebelum arwah meninggal. Dia kata nak tidur masjid. Saya ya kan je lah. Tak tahu pula saya yang ajalnya dah makin tiba." Sebak Dato Rahimi mendengar. 

“Terkejut saya pagi tadi melihat dia tidur. Saya kejutkan dia untuk bangun Subuh tapi tak bergerak-gerak,  tu saya suruh orang check nadi dia. Dia menemui Ilahi."

Mengalir air mata isteri Dato Rahimi. Ya Allah,  semoga roh anak kandung dan menantunya di bawah rahmatMu. 

Al-Fatihah...

*********************

 Kadang-kadang dalam hidup ini tak semua benda kita boleh dapat. Apa yang kita rancang terkadang tak sama dengan apa yang kita akan dapat. Untuk kisah ini,  bagi Aiman satu pengakhiran yang baik sebab dia sempat mendekati dirinya dengan Allah,  dia juga dalam keadaan yang bersih. Bagi kita? Wallahualam,  

Hidup mati ini tak tentu bila tapi ingatlah. Ianya pasti. Permulaan hidup kita sangat indah di azan atau di iqamatkan. Ayat pertama yang kita dengar. Alangkah indahnya jikalau akhir hayat kita juga di akhiri dengan kalimah yang indah. Mari kita berusaha menjadi hamba yang baik. Ingat mati itu pasti syurga atau neraka yang menanti. 

Wallahua'lam...