Cara Kreatif Bersedekah


1. Belilah beberapa buah kerusi atau bangku dan letakkan di dalam masjid supaya dapat digunakan oleh orang yang ingin memakainya di saat solat (amalan biasa di masjid arab Mekah  dan Madinah)

2. Letakkanlah sedikit makanan kucing dan semangkuk air di luar rumah untuk kucing-kucing yang datang.

3. Sedekahkanlah sedikit dari hasil gaji dan upah jerih payahmu, untuk disumbangkan kepada anak yatim dan orang miskin.



4. Sentiasa sediakan wang kecil di dalam dompet untuk diberikan kepada yang memerlukan.

5.  Letakkanlah di bilik sebuah kotak. Setiap kali kamu berasa melakukan dosa, masukkan wang kecil ke dalamnya. Genap satu bulan, buka kotak itu dan sedekahkan wang tersebut.

6. Jika kamu hadir dalam acara keramaian, beli beberapa kotak air mineral, niatkan untuk sedekah kepada orang-orang yang memerlukannya (orang tua, orang sakit, kanak-kanak dsb).

7. Jika kamu membeli barang dari peniaga kemudian peniaga ingin mengembalikan wang baki, biarkan baki wang itu untuknya (sedekah atau hadiah)

8. Belilah mushaf al-Quran dan letakkan di salah satu masjid. Bayangkan berapa pahala yang akan kamu dapat daripada setiap huruf bagi mereka yang membacanya.

9. Berikanlah perasaan gembira kepada setiap orang, khususnya kepada mereka yang sedang ditimpa kesedihan, dengan senyuman dan ucapan doamu yang tulus.

10. Lemparkanlah senyuman kepada orang yang kamu temui, berilah salam kepada orang yang duduk dan bertuturlah dengan ucapan yang baik kerana semuanya adalah sedekah.

11. Jangan biarkan kamu tertidur, melainkan telah kamu ampuni setiap orang yang telah berbuat jahat kepadamu dari mengghibahi, mengadu domba dan menzalimimu.

12. Sedekahkan Al Fatihah kepada kedua ibu bapa kita, sahabat-sahabat dan kenalan yang telah meninggal.

13. Gunakan kelebihan ilmumu dengan membantu orang yang tidak pandai walaupun sekadar mengajar ABC dan Alif Ba Ta.



Selamat bersedekah!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan