Fitnah Wanita

*gambar sekadar hiasan
Boleh saja berpakaian warna putih atau hijau, lambang cintakan sunnah Nabi SAW. Tapi sebaiknya, jika ingin menjadi bidadari, digalakkan memakai pakaian hitam seperti gagak.
Zaman dahulu wanita sangat takutkan fitnah. Mereka sanggup ambil sarang labah-labah untuk dilumur pada pakaian supaya pakaian nampak kusam. Pemahaman aurat wanita zaman dahulu dan wanita zaman sekarang sangat berbeza.
Mereka tak beritahu nama kepada umum kerana tak mahu lelaki asing menyebut-nyebut namanya. Berbeza dengan para isteri nabi. Kita wajib tahu nama mereka kerana mereka ialah Ummul Mukminin, iaitu ibu-ibu kita dan para isteri Nabi.
Wanita Tarim mengikuti contoh mereka. Kerana itu, jika ada orang luar mahu mengambil gambar, mereka tak redha kerana diri ibarat aurat padanya.


Jika ada seseorang call, mereka takkan bersuara melainkan orang disana bersuara dahulu untuk memastikan jantina pemiliknya.
Ustaz cerita ramai wanita berniqab upload gambar di FB dan sebagainya. Isterinya menangis, beliau kata mereka sudah tertipu dengan fitnah dajjal. Percayalah, fitnah takkan datang jika wanita tidak cuba-cuba membukanya.
Lupakah tentang Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, dugaan lelaki pada akhir zaman yang terbesar ialah fitnah wanita?
Sayyidina Umar Al-Khattab yang dikenali dengan sifat bengis, berani dan garang pada musuh, takut dengan fitnah wanita. Beliau lebih sanggup berjalan dibelakang seekor singa daripada berjalan dibelakang seorang wanita.
Itu dikatakan, wanita ini mahal tetapi mereka tidak percaya. Masih juga mahu tonjolan kepada umum.
Janganlah jadi watak akhir zaman seperti wanita berpakaian tapi sebenarnya bertelanjang. Hukum tarik perhatian lelaki bukanlah halal, malahan ia haram.
Na'uzubillah minzalik.
Muhasabah diri. Wallahu'alam.

Aku Gadis Hijrah


"Eee dahlah tudung labuh tapi gelak terbahak bahak!"

"Budak usrah tapi minum pon berdiri!"

"Tegur orang tapi ikhtilat dia bukan main lagi!"

"Sibuk ceramah orang sana sini diri sendiri pon goyang!"

"Konon join liqa' join usrah tapi K-pop tak tinggal!"

Pernah dengar mcam kat atas tu?
Pernah kena?
Kena depan-depan atau di laman sosial?

Peritkan?
Penghijrahan terima kritikan?

Dear gadis bertudung labuh,
Kau aku kita kena kuat! Kita ni bukan maksum. Biarlah orang cakap apa pon pasal kita. Depa bukan tau proses hijrah kita.

Ingat senang kaa nak ubah minum duduk sebab zaman dolu-dolu memang kita suka betul minum berdiri sambil jalan jalan tawaf sekolah dengan milo aih cik kantin. 

Ingat senang ke nak jaga ikhtilat (pergaulan lelaki perempuan) kalo dolu-dolu kita ni memang style ganas yang merepek dengan lelaki time sekolah sebelum hijrah ni.

Ingat senang kaa kita ni nak bertudung labuh teruih jadi orang yang jalan tunduk bawah pastu terlanggar tiang.

Gadis-gadis yang sudah melalui proses perubahan mesti paham apa yang cuba aku sampaikan. Kita ni biasa biase je awak-awak yang suke komen kita itu ini.

Kita di zaman jahiliah dulu ketua jahiliah tau tak?
Tapi kita dapat turning point.

Apa ingat senang nak berubah mendadak jadi ustazah pilihan ke?
Susah tau tak?

Perubahan ni aku cakap kat kau memang,
Penuh air mata!
Penuh drama!
Penuh noda!


Tapi aku suke jalan ni.
Jalan ni buat aku sedar.
Manusia memang hopeless. Hopeless nak tolong aku hopeless nak buat aku happy.
Sebab tu aku berubah.

Mula mula aku pakai handsock pastu stokin.
Sekarang tudung aku dah labuh tutup dada dan perut (pasal kalo kau tutup dada kau ngam ngam, nanti kau angkat tangan satgi ternampak juga dada kau tu.)
Pelapik dagu (pencetus kontrovesi haha)

Aku suke aku sekarang.

Mampuih pi la apa orang nak cakap ngan style aku ni apa yang Allah nak my beloved one.
Aku pakai lelawa pastu yang tengok ialah outsider.

Tu namanya bongok sebab berhias lelebih belanja orang. Aku mulut memang jahat
tapi jahat jahat mulut aku, aku tak pernah mengata orang.

Mulut aku jahat bila ngan geng aku je.
Jahat bersembang ngan buat kelakar hambar.



Kalau ko tengok kami-kami yang bertudung labuh ni tunduk pandangan, jaga ikhtilat, minum duduk, baik 24 jam tu..

Sorry lah..
Kami ni manusia biasa.
Maseh dalam proses tarbiah.

Nak tegur mai meh cakap depan depan.
Kami hargai.
Nanti kami bole kiss pipi tanda ukhuwah sebab tegur kami.

Kalau kami salah,
Kami nakal,
Kami gedik,

Tegur kami.
Tapi jangan depan orang ramai.
Jaga aib kami naaa..
Heheehe.

Last sekali nak cakap,
Korang yang bertudung labuh tu jangan pulak buat pasai tak improve diri dengan alasan kita ni manusia biasa.
Aku babap nanti.

Dan kepada yang belum ber 'turning point' atau berhijrah,
Aku nak cakap satu je.

Bile kau tau manisnye bertudung labuh,
Bestnye lelaki tak pandang kau.
Seronoknya bile dunia ni kau tak kecoh nak kejar.
Tenangnya bile kau tak kejar followers.

Kau akan sedar yang gadis-gadis yang dah lalui penghijrahan bukan "biase biase"
Jangan judge kami gadis-gadis bertudung labuh tau hehe..

Kami dah anda bila lagi?