Fitnah Wanita

*gambar sekadar hiasan
Boleh saja berpakaian warna putih atau hijau, lambang cintakan sunnah Nabi SAW. Tapi sebaiknya, jika ingin menjadi bidadari, digalakkan memakai pakaian hitam seperti gagak.
Zaman dahulu wanita sangat takutkan fitnah. Mereka sanggup ambil sarang labah-labah untuk dilumur pada pakaian supaya pakaian nampak kusam. Pemahaman aurat wanita zaman dahulu dan wanita zaman sekarang sangat berbeza.
Mereka tak beritahu nama kepada umum kerana tak mahu lelaki asing menyebut-nyebut namanya. Berbeza dengan para isteri nabi. Kita wajib tahu nama mereka kerana mereka ialah Ummul Mukminin, iaitu ibu-ibu kita dan para isteri Nabi.
Wanita Tarim mengikuti contoh mereka. Kerana itu, jika ada orang luar mahu mengambil gambar, mereka tak redha kerana diri ibarat aurat padanya.


Jika ada seseorang call, mereka takkan bersuara melainkan orang disana bersuara dahulu untuk memastikan jantina pemiliknya.
Ustaz cerita ramai wanita berniqab upload gambar di FB dan sebagainya. Isterinya menangis, beliau kata mereka sudah tertipu dengan fitnah dajjal. Percayalah, fitnah takkan datang jika wanita tidak cuba-cuba membukanya.
Lupakah tentang Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, dugaan lelaki pada akhir zaman yang terbesar ialah fitnah wanita?
Sayyidina Umar Al-Khattab yang dikenali dengan sifat bengis, berani dan garang pada musuh, takut dengan fitnah wanita. Beliau lebih sanggup berjalan dibelakang seekor singa daripada berjalan dibelakang seorang wanita.
Itu dikatakan, wanita ini mahal tetapi mereka tidak percaya. Masih juga mahu tonjolan kepada umum.
Janganlah jadi watak akhir zaman seperti wanita berpakaian tapi sebenarnya bertelanjang. Hukum tarik perhatian lelaki bukanlah halal, malahan ia haram.
Na'uzubillah minzalik.
Muhasabah diri. Wallahu'alam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan