Quotes

MUSLIMAH
Sayidatina Aisyah pernah berpesan,
๑۩๑"Sebaik-baik wanita adalah yang tidak memandang dan dipandang"๑۩๑

Biar bidadari syurga mencemburui dirimu.

Mujahadah itu pahit kerana Syurga itu Manis.
"Mujahadahku menuju Mardhatillah"
Berubah, Mujahadah.
Istiqamah gapai Mardhatillah.

Life as Mujahidah, die as Syahidah.
Di dunia mereka menjadi hiasan paling Indah.
Di Syurga mereka menjadi Ketua Bidadari Syurga.
Itulah dia Muslimah Solehah.
I never go out of fashion because I wear the sunnah brand.
Aku hanyalah hamba Allah dan Bakal Jenazah. Ingin mencari mardhatillah, semoga pengakhirannya husnul khotimah.

Indahnya berpurdah..
Bukan cantik di mata manusia tapi cantik di mata Allah.

Cantik belum tentu solehah.
Tapi andai SOLEHAH sudah pasti CANTIK + COMEL

Solehah itu hanya layak digelarkan kepada perempuan yang 'gila-gila' cintakan Tuhannyaaa!
Ma fi qalbuna ghoirullah.

Dia menutup aurat bukan diminta untuk dipuji.
Dia menutup aurat kerana itu kewajibannya terhadap llahi.
Dialah Muslimah Sejati!

Menutup aurat itu memang panas, tapi itulah jihad bagi para muslimah. Sabar ya, jangan risau, inshaaAllah di akhirat nanti pasti sejuk.

Biarlah aku berpanas seketika, dari aku menanggung panas api neraka.

Dulu dia leka.
Dulu dia lalai.
Kini, dia berubah.
Bertudung labuh.
Berhandsock.
Berstokin.
Menutup aurat.
Alhamdulillah.

Tudung labuh bukanlah lambang ketinggalan zaman. Ia pilihan yang sentiasa relevan.

Aku hanya wanita sederhana.
Yang sedang berusaha memperbaiki diri menjadi sempurna.

Nak jadi ketua bidadari Syurga ada satu syarat!
Apa syaratnya?
Solehah.
Bergembiralah labuhnya tudungmu menghiasi rupamu berbanding singkatnya tudung itu mempamerkan mahkotamu.
Berbanggalah menjadi wanita muslimah disaat wanita lain bangga menjadi wanita moden. Tak usah malu menyarung stokin semasa wanita lain sibuk menyingkatkan kain.
Subhanallah.. Istiqamahnya engkau dalam menurut perintah Allah.
Seronok jadi bintang, takde siapa boleh pegang.
Tapi lagi seronok jadi matahari, takde siapa mampu pandang.
Tutup auratlah sayang,
Moga Allah sayang-sayang.
Cantik dalaman kerana ilmu di dada.
Jelita luaran kerana aurat yang dipelihara dengan sempurna.
A Muslimah in a hijab, is a Queen with her crown.
Saya bakal isteri, bakal ummi, bakal nenek, bakal jenazah dan saya sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadi bakal ahli syurga.

Cantiknya seorang perempuan apabila dia tersenyum disaat tertekan. Tabah saat dirinya dihina. Tetap tertawa disaat hatinya sedang merana.

Aku sedang berusaha memperbaiki diri menjadi sempurna.
Menjadi wanita solehah kepunyaan Allah.
Kerana aku ingin ke Jannah.

Biar saya di gelar SOMBONG daripada saya di panggil MURAH.

Wahai gadis solehah,
Kau pertahankan hijabmu, walaupun dunia memandang hina.
Yakinlah kerana Allah tetap melihatmu dengan penuh bangga.
Women of the world sell their bodies to achieve success in the world.
The women of Jannah cover their bodies to achieve success in Akhirat.
Kagum dengan perempuan yang berpakaian biasa dan menutup aurat dengan sempurna.
Tidak bermake up tebal untuk menambah kecantikannya di khayalak ramai.
Bila ditanya kenapa?
Dia jawab "Kecantikan saya ni ekslusif untuk zauj saya sahaja."
Allah. Begitu hebat mereka.

Aku cemburu pada dia.
Siapa dia?
Wanita solehah. Solehah yang tidak menonjolkan diri sesuka hati untuk dipandang ajnabi. Sungguh, aku cemburu.

Aku rela stokin kaki ku basah terkena air yang melimpah daripada terkena percikan api neraka.
Aku rela rambut ku disimpan rapi terpelihara juga tudungku labuh ke bawah dada daripada digantung rambutku sehingga mendidih otak derita.

Andai terbias kesalahanku jangan kau salahkan tudung dan niqabku yang tak berdosa.
Salahkan diriku yang sering kali leka dan alpa.

Bagusnya. Dah pakai niqab pun rasa malu lagi. Tak expose gambar merata pun. Dia faham fungsi niqab yang sebenar. Tersenyum Sayyidatina Fatimah.
Ya Tuhan, bantu aku istiqomah di jalanMu,
Ku ingin menjadi bidadari di SyurgaMu.
Bertudung labuh,
Pakai handsocks,
Kaki tersarung stokin.
Bukan hak budak sekolah agama sahaja,
Tapi kewajipan setiap Muslimah kan?

"Haura Al Maqsurah"
Apa tu?
"Bidadari yang terpelihara."
Allahu.. Maksud secantik nama.

Dia digelar sebagai penyeri dunia.
Hadirnya melengkap hubungan manusia.
Dialah Hawa.

Sekali wanita ternoda, gugurlah sekuntum wardah di syurga.
Sekali wanita ternoda, berdekah2 syaitan mengajak ke neraka.
Yang kotor itu dosa, bukan diri kita.
Cepat, suci kan dengan taubat!
Jangan smpai terlambat.
Dirimu tetap mawar syurga.

Pakai tudung labuh, bukan ustazah.
Pakai serban, bukan ustaz.
Tapi itu pakaian mereka yang mahu masuk Syurga.
Kau tak nak?
Muslimah zaman Rasulullah SAW terlalu menutup tubuh badannya sehinggakan tak tahu mana bahagian depan mana bahagian belakang.
"Nak tengok muka aku?"
"Nikah dulu."
I just.. Love the niqab, I love to wear it..

Bidadari tak layan ajnabi. Dia cuma setia pada suami.
Tudung labuh.
Baju longgar.
Handsock. Stokin.
You know what, you look so beautiful. Like a princess.

Apa gunanya menjadi idaman dan diminati ramai lelaki, sedangkan kita hanya akan menjadi milik seorang suami.
"Kau pakai tudung labuh-labuh macam ni tak panas ke?"
"Tak la. Sejuk je rasa. Allah jaga."

Pakai tudung labuh, baju longgar. Siap berstokin lagi. Eee.. Ketinggalan zamanlah!
Eh tak. Tu pakaian orang yang excited nak masuk Syurga!

Wanita yang memakai tudung labuh itu, bukan bermaksud dia ustazah. Tetapi memang itu pakaian seorang muslimah dalam Islam.

Muslimah cantik, menjadikan malu sebagai mahkota kemuliaannya.

Bila sempurna tutup aurat, lelaki akan pandang dengan penuh hormat. Bahkan mereka akan rasa malu nak dekat.
   
Nak jadi muslimah sejati itu susah.
Istiqamah lagilah payah.
Namun, susah payah itu tak ku endah!
Kerana aku ingin mencapai redha Allah.
Insyaalh, akhirnya pasti indah.
Forever in Jannah.

Aku hanyalah wanita biasa di dunia ini.. tetapi aku berazam untuk menjadi luar biasa pada pandangan agamaku dan penciptaku, Allah yang maha Esa.

Dear muslimah, apabila kamu berusaha menjadi yang solehah untuk ayahmu, secara automatiknya kamu juga akan menjadi yang solehah buat suamimu.

Bidadari = Awesome. Wanita Solehah = Awesome 70x ganda.

Tak kiralah macam mana muka awak, bila dah pakai tudung labuh, berbaju longgar, Subhanallah.
Believe me, you're very beautiful.

Kalaulah semua wanita di Malaysia ini berniqab kan best? Semuanya menutup aurat dengan sempurna dan rapi. Subhanallah.

Hebatnya gadis itu.
Gadis yang Allah berikan cuti satu atau dua kali setiap bulan, tapi masih bangun sepertiga malam, melihat sejadah dan telekungnya. Dia rindu untuk bertahajjud kepada Allah.
Sungguh dia hebat.

Saya bukan seorang ustazah, bukan seorang hafizah, bukan juga seorang alimah.
Saya hanya seorang dai'eah yang berpijak pada jalan dakwah.

A true muslimah is very beautiful, even barbie gets jealous.

"Lindungilah wanita solehah yang sudah kamu miliki, kerana mereka sukar untuk didapati."
- Ustaz Azhar Idrus -

Mawar agama,
Kau cantik tercipta.
Kecantikkanmu hanya untuk yang berhak memiliki.
Bukan untuk sebarang lelaki ajnabi.
Tapi untuk dia sang suami.

Menjadi wanita itu adalah takdir Tuhan.
Menjadi solehah itu adalah satu pilihan.

Little Niqabis. Little Mujahidah. Little serbanis. Comelnya!

Kalau kau tak suka tudung labuh, Kau jangan hina ia.
Walaupun ia besar gedabak, Ia mahkota kesayangan aku.
Kau diam.

Tudung labuh itu bukan milik USTAZAH. Tudung labuh itu milik semua yang bergelar MUSLIMAH.

Kata seseorang.
"Bertudung labuh doesn't means I'm ustazah. But i'm try to get redha Allah."

Wanita yang hebat ialah wanita yang menyembunyikan perhiasannya dari mata-mata yang tidak halal buatnya.

Bidadari cemburu pada wanita solehah yang taat pada Allah, Habibullah, ibu bapa, suami, yang menutup auratnya dan yang menjaga kesucian dirinya.

Wanita Tarim merahsiakan nama mereka kerana tidak mahu lelaki yang bukan mahram menyebut nama mereka. Bagi mereka, nama mereka adalah 'aurat' juga. Allahurobbi..

Wanita solehah tak pernah tergiur dengan gemerlapnya perhiasan di dunia.
Mengapa?
Kerana diri mereka sendiri adalah sebaik-baik perhiasan.

Yang namanya solehah itu,
Di saat menyebut nama Allah dan Rasul,
Dia menangis kerana rindu.
Indahnyaaa!

Martabat wanita solehah itu lebih tinggi berbanding bidadari.
Allah Allah..
Tidakkah kita mahu kemuliaan setinggi itu dari Dia?

Al Kisah wanita solehah
Solat dan ibadah tak henti henti
Sangat cintakan Allah dan Nabi
Zikir dan selawat tak lekang di hati
Buatmu Syurga menanti

Kami bukan ninja, tapi kami adalah pejuang agama.
- Mrs. Niqabis

Jika lelaki kagum dengan wanita yang menutup aurat,
Wanita pula kagum dengan lelaki yang menundukkan pandangannya.

Jadillah muslimah yang memiliki dua kecantikan.
Cantik di luar kerana aurat dilindungi,
Cantik dalaman kerana dihiasi akhlak terpuji.
Subhanallah.

Wanita solehah tidak jiwang dan gedik. Muslimah solehah tidak akan bergedik depan kamera atau jiwang dalam muka buku. Dia hanya manja dan ceria dalam keluarga tetapi menjaga maruah dan memiliki haibah dihadapan manusia. Kalau dia berjalan mata-mata lelaki malu memandangnya, gadis-gadis hormat padanya dan kaum ibu berbangga jika ada anak sepertinya. .Wanita solehah amat berahsia, kisah peribadinya bukan untuk tatapan semua manusia. - Ustaz Emran Ahmad -

Perempuan bertudung itu cantik bagi lelaki dan cantik bagi Allah.
Perempuan free hair hanya menarik bagi lelaki bukan bagi Allah.

"Kak, kenapa pakai simple je? Kenapa tak pakai make up?"
Jawabnya "Biarlah bersederhana saja. Kecantikan itu semua hanya untuk zauj saja. Biar buruk buruk. Ia boleh mengingati saudara kita di Gaza."

Manja seorang perempuan itu hanya akan dimiliki oleh insan bernama ayah dan suami.

Sesungguhnya yang tertutup itu sangat mahal nilainya bagaikan hadiah yang dibalut kemas khas untuk mereka yang istimewa sahaja.

Orang yang bertudung labuh..
Berpurdah dan berniqab..
Mereka bukannya Malaikat.
Masih ada perkara yang perlu dibetulkan.
Bertutup litup bukan bermakna kami malaikat yang tiada dosa.

Rasulullah SAW bersabda : Wanita solehah di akhir zaman ini ibarat seekor burung gagak putih dicelah-celah 200 ekor burung gagak hitam.

Seorang wanita yang solehah itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.
Subhanallah. Bestnya jadi wanita.

Nak rasa manisnya syurga?
Mesti kena tahan peritnya dunia.

Peritnya rindu,
Pahitnya ujian,
Kerana manisnya Syurga.

Letih di dunia. Rehat di syurga.

Jom sama-sama pimpin tangan, kita berusaha jadi MUSLIMAH HIGH CLASS!!
Bismillah..

HIJRAH
Dulu aku nak berubah, Allah bagi aku hidayah.
Sekarang aku dah berubah, Allah bagi aku Istiqamah.
Solehah itu tidak semudah bicara.

Aku pernah menjadi Gadis.
Aku pernah menjadi Perempuan.
Aku juga pernah menjadi Wanita.
Tapi kini biarlah aku menjadi Muslimah.

Berhijrah, pastu tergelincir. Bangun balik. Tergelincir lagi. Namun ku gagahkan diri. Untuk mencari kekuatan dari illahi.

Dulu aku seorang fashionista.
Kemudian, berubah pula menjadi hijabista.
Alhamdulillah, sekarang aku telah bergelar seorang niqabista.

"Labuhnya tudung! Nak terbang ke mana?"
"Terbang ke syurga. In shaa Allah.."

Dari tudung pendek, Ke tudung labuh.
Tapi bila dah selesa dari tudung pendek ke tudung labuh.
Allahuakbar. Tak terkata.
Percayalah!

Awak sudah bertudung, menutup aurat, berhijrah dan awak dengar suara-suara sumbang yang mengata?
Pekakkan saja telinga.  Hati mereka masih buta.

Dulu awak freehair.
Awak dipadang penuh kenafsuan.
Sekarang awak dah tutup aurat.
Awak dipandang penuh kehormatan.
Itulah penghijrahan.

Pimpin tanganku.
Aku masih merangkak dalam agama.
Sungguh, aku juga impikan Syurga-Nya.

Aku berhijab bukan kerana aku pintar agama. Bukan kerana aku wanita sempurna. Tetapi kerana aku ingin mentaati perintah Allah Taala.

Jangan pernah rasa takut untuk berubah. Harusnya lebih takut apa nak jawab nanti depan Allah. Pedulikan mulut-mulut manusia. Allah kan ada?

Lagi kejam bila diaorang tanya ''Weh pakai tudung lelabuh nak pergi mana?''
Sinis sekali.
Maka kalian jawab ''Nak ke Syurga''
Ya Rabbi.
"Awak ni perempuan tapi kasar kemain dengan saya." "Awak jangan cakap banyak. Nak rasa manja dan lembut saya, masuk meminanglah!"
Hijrah itu ibarat mengupas bawang. Untuk mendapatkan isinya, agak mustahil kita tidak mengalirkan airmata. Bertahanlah. Allah kan ada?

Bila dah berubah, pekakkan telinga dengan cacian sebab tak mudah untuk ke Syurga kan?
Betapa payahnya nak berubah, betapa manisnya perubahan. Akan kau rasa. Bila kau benar-benar ikhlas kerana Allah. Hanya Dia.

Menghijrahkan diri memang payah. Ada masa kita kalah. Ada masa kita lelah. Itulah namanya Mujahadah. Kerana akhirnya pasti indah.

Lihatlah dia yang dipandang serong kerana freehair dulu.
Kini dia dah berhijrah.
Sedang kita masih tak berubah. Istiqomah mengumpat dan cepat menghukum. Allahurobbi.
Bila kita berubah kerana Allah, Allah akan hantar orang yang soleh/solehah kepada kita untuk bimbing kita.

Saat kau berhijrah..
Kau dilanda pelbagai fitnah.
Ucaplah "Alhamdulillah" kerana itu tanda kasih sayang dari Allah.
Teruskan berhijrah.

Kau tak tahu kemanisan berhijrah.
Kau kutuk lah kami.
Cakap kami tak reti berfesyen.
Nak tengok nanti, apa fesyen kau pakai kat alam sana.

Masa lalu adalah masa lalu.
Jangan judge aku bila aku telah sujud taubat pada Tuhanku.

Biar kita dicaci dihina dek manusia yang tidak mengenal erti penghijrahan.
Remember, Allah is always with the patience. Sabar itu indah.

Jubah ni mahal.
Tudung labuh ni mahal.
Handsocks pun.
Stokin lagi.
Allah..
Maka pujuklah pada Qalbi (hati) : "Sebab Syurga Allah itu mahal."

Jangan takut saat kalian kehilangan kawan-kawan setelah tekad untuk berhijrah,
Allah akan hantar sahabat yang baru untuk kalian kelak..

Meskipun aku berpakaian Muslimah. Bertudung labuh. Tapi aku jua sepertimu. Pernah ke jurang Jahiliyah. Mungkin lebih teruk barangkali.

Makin kita berlari mendapatkan Allah, makin kuat ribut dan taufan menghempas jiwa.
Sebab syurga hanya untuk mereka yang berusaha.

"Poyonya! Dah nampak macam ustazah dah aku tengok!"
"So, what do you want? Aku nak kejar redha Allah bukan manusia."

Kau tak tahu kemanisan berhijrah.
Kau kutuk lah kami.
Cakap kami tak reti berfesyen.
Nak tengok nanti, apa fesyen kau pakai kat alam sana.

"Aku dah penat. Tak larat lagi tempuh jalan mujahadah ini."
Biar penat sekarang. Agar disana nanti, kau tak rasa sakit.
Kuatlah demi Allah.

Aku bukan Malaikat yang tidak ada kesalahan.
Aku bukan Syaitan yang tidak ada kebaikan.
Aku manusia biasa yang ada kekurangan dan kelebihan.

Luar memang nampak solehah,
Luar memang nampak muslimah,
Tapi hakikatnya hanya Allah yang tahu,
Betapa kotornya diri ini.

Bukan senang nak berubah. Dari tittle Jahiliyah nak mencari Tarbiyah. Namun aku tetap berusaha kerana aku tahu bukan mudah nak ke JANNAH.

Pejam mata.
Buka mata.
Kat mana sekarang ni?
Dunia.
Maknanya?
Maknanya kita kena berjalan tanpa henti sampai dapat ke syurga.

Biarlah orang cakap kita yang bertudung ni kolot. Yang penting kita jaga hubungan kita dengan Allah. Dia sentiasa menjaga wanita yang menutup auratnya.

Orang yang ketawa melihat tudung labuh, baju besar, stokin dan sarung tangan kamu itu kelak, akan menangis di alam yang kekal abadi.

Dia tak hina..
Dia mungkin belum jumpa cahayaNya.
Berhenti menghina.
Dia pun hamba Allah juga.

Bila lihat seseorang itu pakai tudung labuh, mesti terfikir bagusnya dia. Solehahnya dia. Pasti terdidik dari kecil.
Padahal masa lalu dia tiada siapa yang tahu.

Jubah and purdah doenst make you pious, but it make you look pious.

Ukuran solehah, bukannya pada purdah. Juga soleh, bukan pada tingginya kopiah.
Tetapi taqwa.

Tidak mengapa kita tak jadi pelajar sekolah agama,
Asalkan kita ada usaha untuk jadi hamba Allah yang beragama.

People start with jahiliyah let's hijrah with dakwah and tarbiyah.

Siapa sangka dulunya dia berseluar dan berbaju ketat. kini dia berpakaian labuh menutup aurat.

Saya baru nak start jadi baik jadi janganlah over sangat kritik.
Contohnya awak tanam pokok ubi baru 5 minit pastu awak jerit kat dia "wei cepatlah jadi ubi aku lapar ni!"

Wanita cantik bukanlah wanita yang berkulit putih gebu, mempunyai bibir yang merah, memiliki bentuk badan yang menawan. Tapi wanita cantik adalah wanita yang jiwanya ada Allah.

Hadiah terbaik buat ayah?
Tutup aurat dengan sempurna.

Siapa pernah rasa ketika dengar tazkirah atau ceramah agama, kuliah maghrib ke, subuh ke. Tiba tiba rasa macam sebak sangat. Kadang kadang rasa macam nak mengalir airmata. Walaupun isi ceramah tidaklah sedih. Hidayah datang menyapa tika mula mencarinya. Hati menampakkan wajahnya yang sebenar bila kata kata agama. Sedih dengan dosa dan noda.

Ubah macam ni.
Awak cuba pakai tudung labuh. Tutup aurat. Dosa pun tak dapat. Nanti boleh masuk syurga dengan izin Allah.
Ubahlah.

Nak berubah jangan ada 'tapi'
Umpama
Nak masuk syurga, tapi tak ready lagi.

Tudung labuh.
Bukan untuk mereka yang terpilih. Tapi untuk mereka yang memilih.

Pakaian simple. Janji tutup aurat.
Biar orang kata apapun, usah dipedulikan.
Qowiy!

Seorang akhwat ada berkata,
"Hakikatnya, pakai tudung labuh itu amat selesa berbanding tudung biasa kerana dalam tudung labuh itu ada perlindungan Allah yang luar biasa."

Air mata menitis mengenangkan kisah silam.
Pesan pada diri,
"Allah tak tengok siapa kau yang 'dulu', tetapi Allah tengok siapa kau pada hari ini."
Teruskan melangkah walaupun terasa diri kian rebah.

Bertudung bukan bererti dah sempurna.
Ini cara kita taat padaNya.

Bertudung labuh bukanlah sesuatu kerja yang mudah, tetapi janji-janjiNya membuatkan sesuatu yang indah.

Tak perlu terkejut kalau orang berubah jadi baik tiba tiba.
Bila Allah nak tunjukkan jalan semua jadi mudah. Hebatnya hidayah dari Allah.

Dulu dia leka
Dulu dia lalai.
Kini, dia berubah.
Bertudung labuh .
Berhandsock .
Berstokin .
Menutup aurat .
Alhamdulillah .

Dulu dia hanyalah gadis yang tak tahu apa apa.
Pakai jeans ketat, t-shirt ketat. Tak kisah pun calling-calling dengan ajnabi.
Sekarang lengkap berjubah, bertudung labuh, siap pakai inner tudung, berstokin kaki dan berhandsock. Kasut tertutup lagi tahap malu pun lebih tinggi.
Bila hidayah menyapa. Bila tarbiyyah mengajar dia..
Allah. Moments moments begini memang mudah buat kita rasa nak nangis kan?

Betullah hijrah tu memang mula-2 pahit..Tapi kalau kita istiqamah... Masya Allah
Indahnya hanya Allah yang tahu..

Hidayah Allah tak kenal sejahil mana pun kita dulu.

Tudung labuh + baju longgar + pakai stokin + handsock + tahap malu tinggi + jaga pergaulan. Tak susah, buat perlahan-lahan ya. Jom la!

Dahulunya auratnya tak terjaga. Freehair, baju ketat. Siapa sangka apabila hidayah menyapa, dialah yang paling menjaga aurat dia. Subhanallah!

Orang pakai niqab, awak panggil dia ninja.
Kenapa orang pakai tak cukup kain awak tak panggil dia tarzan?
Senonoh lagi ninja dari tarzan. Koh koh!

"Dah macam ninja dah muslimah niqabis ni."
"Memang. Ninja ni la yang akan lompat dengan pnuh gaya masuk dalam syurga nanti."

Tak mustahil.
Dulu baju ketat.
Kini baju muslimah.
Dulu freehair.
Kini bertudung labuh.
Semua orang layak berubah.

"Tudung labuh labuh ni nak pi mana?"
"Nak pi lepak kat syurga."

Bila hidayah dah datang ketuk pintu hati kita kena laju-laju buka untuk menyambutnya. Takut nanti Allah tak sudi ketuk pintu hati kita lagi.

Dia gadis biasa.
Dia bukan gadis cantik.
Dia tidak sesolehah yang lain.
Dia bukan seorang alimah.
Seringkali lalai dalam agama
Dalam tangisannyan hatinya kuat berkata: ''Hidup bukan untuk membuatkan orang suka kerana hanya nak redha Allah sahaja.''
Dia mengesat airmatanya perlahan lahan dipipinya.

Al-Quran is our map and Syurga is our destination.

Jom berhijrah beramai-ramai.
Moga kita bertemu di Syurga Allah.

CINTA

Jika mahu bercinta hingga ke Syurga..
Nikahilah orang yang ingin ke sana.
Girl : Kita bercinta lepas nikah ye? Awak, sanggup kan?
Boy : Saya sanggup awak. Jaga diri, jaga iman, jaga solat.
Zauj : Bestkan solat jemaah tadi?
Zaujah : Best lagi kalau abang yang jadi imam.
Zaujnya membacakan ayat Al-quran. Zaujahnya pula membacakan terjemahan. Allah. Sweetnya.
Allahu Ya Allah... Indahnya bila dah Halal.

Pesan Abi..
Abi tidak mahu bakal imam untuk anak abi ni sibuk mencari duit agar dapat memberi hantaran yang ekslusif.
Tapi cukuplah dia sibuk mencari iman dalam cintanya agar dia mampu memimpin tangan anak abi ni untuk menuju ke syurga Ilahi.
In my dream, you are mine.. But.. In my life, you are dream..    

Cemburu dengan gadis yang dinikahi lelaki hanya bermas kahwinkan 30 juzu' Al-Quran. Bukan senang derrr nak hafal 30 juzu' Al-quran. MasyaAllah hebat. Beruntung gadis tersebut.

I don't want the relationship that Romeo & Juliet once had.
I only want the relationship that Khadijah & Prophet Muhammad SAW had.

I masak, U makan. I tidur, U teman. I sakit, U jaga. U Imam, I makmum. I lahirkan, U azankan. I ibu, U ayah. Best kalau semuanya dah halal.

Apabila dapat zauj Hafiz..
"Sayang baca salah tu. Meh, abang betulkan."
Sweetnyaaa..

Jangan pilih lelaki yang selalu memuji awak comel.
Tapi pilihlah lelaki yang sering menegur kesalahan awak.

Lelaki yang menangis keranamu, mungkin dia ikhlas mencintaimu tetapi lelaki yang menangis kerana dosanya, dia adalah imam yang baik untukmu.

Jatuh hati?
Luah pada Allah SWT.

Pasangan yang baik itu anugerah..
Tak PerIu berserban mahupun berpurdah.
CukupIah yang selaIu membimbing kita ke jalan AIIah.

Walaupun berjauhan tapi bila dah halal, tetap INDAH.

Kita tidak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, yang telah Allah tetapkan.

Tugas terakhir seorang abah/ayah untuk anak perempuannya adalah memastikan "buah hatinya" itu menikah dengan seseorang yang baik agamanya.

Do you love me?
Hold my hand and tell come lets pray.
Tell me this is halal and haram.
Give me a Quran and lets us read together.
Wake up me from my sleep and tell me do not miss prayer.
Advice me how to work for the after life.
And whats important say my name even if it's at the end off you dua.
If you love me take me with you to JANNAH.

Gadis yang menawarkan diri sendiri untuk berkahwin itu jauh LEBIH MULIA daripada gadis yang menerima ajakan lelaki  untuk berBERCOUPLE'..

Sentuh hati saya, bukan badan saya.
Curi ikhlas saya, bukan curi iman saya.
Buatlah saya masuk syurga, bukannya humban saya ke neraka.

Ya Rabb, cintakanlah aku pada orang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu.

Jadilah seseorang yang mahal dan seorang yang susah nak dapat. Confirm kita akan hargai. Biarlah orang yang benar-benar layak saja dapat kita.

Kalau suka seseorang, mulakan dengan doa yang baik seperti ;
"Ya Allah, jika betul dia jodoh aku, kau gerakkan hati dia untuk halalkan aku"

Jika kita mencintai Allah, Allah akan menitipkan dalam hati kita untuk mencintai manusia yang dicintai Allah.

"Mabruk alaik! Pilihan sendiri or pilihan keluarga?"
"Pilihan Allah."

Kalau sayang perempuan tu,
Tak perlu pegang tangan dia
Tak perlu peluk dia.
Pimpinlah dia rapat dengan Allah.
Baru betul sayang namanya.

"Macam mana nak tahu lelaki itu cinta kita kerana Allah?"
Easy, dear.
Dia akan jauhkan diri dari kita.
Dia takkan sentuh kita.
Dia takkan sentuh hatta hati kita sekalipun.
selagi mana tak sampai lagi waktu untuk kita 'dipetik' olehnya.
Dia hanya mengadu pada Rabb
dan mendoakan kita tanpa pengetahuan orang lain.
Itulah cinta kerana Allah.

Miskin manapun suamimu, walaupun ia hanya mampu berselipar jepun, namun syurgamu terletak di bawah tapak kaki suamimu.
-Ustaz Azhar Idrus-

Nak perempuan solehah, start pada diri sendiri. Sebab lelaki yang baik untuk perempuan yang baik, tu janji Allah dalam surah an-Nisa.

Marry someone who'll make you fall in love with Allah everyday.

Kalau awak sukakan seseorang tu, apa awak akan buat?
Mohon pada Allah agar 'jagakan dia' untuk saya.

Aku berusaha menjaga diriku.
Maka, aku juga mahukan seseorang yang berusaha menjaga dirinya.

Jika engkau inginkan cintaku, mintalah kepada Allah kerana Dia yang pegang hatiku.

Course tak sama.
Universiti tak sama.
Jangka masa belajar pun tak sama.
La ba'sa. Kalau ada jodoh, Allah pertemukan. Yang penting belajar dulu.

"Boyfriend" atau "girlfriend" akan tinggalkan kita di dunia, tapi suami atau isteri yang baik akan bersama kita hingga ke Syurga.

Couple is totally HALAL ba'da NIKAH.

Saya perati awak dari jarak jauh.
Senyum.

Dengar sini ustaz nak ajar.
Bila ن mati bertemu dengan ت hukumnya; ikhfa' hakiki.
Tapi bila saya bertemu awak?
Jadinya cinta hakiki.
Gittew ~

Walaupun saya tak pernah mention nama awak dalam Facebook, tapi saya tak pernah lupa nak mention nama awak dalam setiap doa saya..

Bila hati teringatkan awak, Saya baca al-Quran. Sebab saya takut hati jadi lebih ingat awak dari ingat Tuhan.

Usah terlalu sibuk mencari jodoh yang 'sempurna' andai yang 'sederhana' itu cukup membuatmu bahagia.

"Aku nikahimu bukan untuk kusakiti, tapi kuingin kau menjadi pendampingku di syurga."

Andai yang datang bukan putera raja, mungkin jodohmu dengan putera agama.

Sekarang ni,  saya dah berazam nak jadi better muslimah yang solehah dulu..
Senanglah untuk awak pimpin saya dan family kita ke Syurga kan?

Saya tak mahu lelaki yang dalam hati ada taman. Tetapi saya nak lelaki yang dalam hati ada Iman. Cewahh!

"Tidak mempunyai kekasih sebelum menikah itu bukanlah suatu perkara yang aib. Tetapi adalah suatu kemuliaan." {Habib Ali Zainal Abidin}

Ada jodoh, kahwin. Tak ada jodoh, tunggu jodoh dekat Syurga.  

SAHABAT
Ukhuwah fillah is the sweetest.
Ukhwah ini.. Allah atur indah. Dia rancang dengan mudah.
Alhamdulilah , moga sampai ke Syurga.

Kami punya cinta yang sama iaitu cinta kepada Allah. Kami punya kekasih yang sama iaitu Rasulullah SAW. Kami punya impian yang sama iaitu menuju Syurga Allah.
Sahabat, Kita berukhwah kerana Allah. Allah jua yang aturkan pertemuan kita. Dan aku harap kita sama-sama berpimpinan tangan ke syurga Allah.

"Sahabat.."
"Yup?"
"Aku mengharapkan something dari kau."
"Apa dia?"
"Aku nak kau ada dengan aku di Syurga kelak."
"Insyaallah..”
Dengan rasa cinta kepada Illahi, Duhai sahabat... Tatkala air mata turun laju membasahi pipiku. Kau hadir di sisiku meminjamkan bahu. Untukku lepas segala tangis yang terpendam di hati.
Real friends wants to be neighbours in Jannah.
Ada Sahabat yang tidak ada di sisi kita, tapi nama kita sentiasa dalam doa dia..
Ya Allah, sayangi dia..
Persahabatan ibarat tangan dan mata. Masa tangan sakit, air mata yang keluar. Bila air mata keluar, tangan pula yang mengesatnya.

Bila dia ketawa, kau yang bahagia.
Bila dia sedih, kau yang menangis.
Bila dia pergi, kau yang seakan mati.
Sahabat fillah .

Jalan menuju Allah itu pasti mudah,
Jika ada isteri di sisi seperti Siti Khadijah.
Jalan hijrah itu tidaklah sukar,
Jika bersamanya ada teman seperti Sayidina Abu Bakar.

Aku nasihatkan kau sebab aku sayang kau, bukan nak memburukkan kau.
Sahabat, aku cuma nak kau dengan aku langkah ke syurga bersama.

Aku bangga ada sahabat yang sudi tegur kesilapanku.
Serius, aku bangga!

Aku tak benci kau
Aku nak bantu kau.
Aku nak pimpin kau
ke syurga Allah.
Aku nak kau berubah.
sebab aku sayang kau
SAHABAT.

"Jika hari ini mata bertemu di dunia, moga esok tangan berjabat di Syurga."

Sahabat, jika aku leka dengan keindahan dunia, ingatkan aku bahawa Syurga itu jauh lebih indah jika dibandingkan dengan dunia yang tidak kekal lama ini.

Nak genggam tangan seorang sahabat mungkin senang.
Tapi nak menadah tangan berdoa untuk seorang sahabat tak semua mampu buat.

Dalam berjuta kawan,
Mungkin ada satu yang tak pernah jemu mendoakan,
Mungkin yang satu tu,
Yang paling jarang kita hiraukan.

Sahabat ialah orang yang sanggup terjun ke neraka demi menyelamatkan kamu yang terjatuh ke dalamnya.

"Ok tak tudung aku?"
"Ok cuma labuhkan sikit je."
"Opss lupa.Thanks beb"
"No prob la.Kan dah janji nak pegi Syurga sesama?"

Belum pernah jumpa tapi rasa sayang antara satu sama lain sangat mendalam. Itu lah ukhuwah lillahi ta'ala.

Nikmat paling indah selepas nikmat Iman dan Islam, adalah nikmat memiliki SAHABAT SOLEHAH.

Ya Allah.. Indahnya persahabatan kalau saling ingat mengingati soal agama.

Sahabat yang baik adalah sahabat yang berusaha membawamu ke pintu Syurga dan bersungguh-sungguh menjauhkanmu dari pintu Neraka.

Kita bestfriend forever kan? Sampai mati?
Eh? Taklah.
Hah?
Kita kan dah janji nak bersahabat sampai syurga? Ukhuwah fillah untill Jannah.

Mesra kami penawar duka.
Rindu kami menambat cinta.
Rajuk kami membuah ceria.
Moga ukhwah ni Allah jaga.

Dengan sahabat je kita berani jadi gila gila. Bila dengan orang lain, pendiam gila. Itulah istimewanya sahabat.

Sahabatku,
Aku tertawa kau tertawa.
Aku menangis kau pun menangis.
Kau jatuh ke tanah, aku tertawa.
Lalu kau jatuhkan aku pula.
Dan kita tertawa bersama.

Apabila sahabat menemani, syurga itu makin indah. Apabila bersahabat kerana Allah, syurga itu mengiringi langkah.

Kamu mungkin akan melupakan orang yang tertawa denganmu, Tetapi tidak mungkin melupakan orang yang menangis bersamamu. Sahabat..

Dia sakit kita pun sakit.
Dia happy kita pun happy.
Dia sedih kita pun sedih.
Ni barulah namanya sahabat sehati sejiwa.

Rasa macam sweet kan bila ada orang kata.
"Saya selalu doakan awak."
Walaupun baru kenal atau dah lama kenal. Your heart is so beautiful Moga seisi alam mendoakan kamu juga.

Kan Allah dah kata, sesiapa yang bersahabat atas landasan keimanan, kita boleh tarik sahabat kita masuk syurga sekali dengan kita?

Kalau satu hari aku kena fitnah, kau percaya aku ke orang lain?
To : Sahabat

Sahabat yang baik akan menegur kesalahan sahabatnya apabila sahabatnya melakukan kesilapan.
Baru best masuk syurga bersama!

Ana salah, ukhti tegur.
Itulah tandanya sahabat sejati.
Ukhwah fillah Abadan abada.
Silaturahim ini tak akan terpisah.
Kita jalinkan seperti Rasulullah dan sahabat.
In shaa AIIah, semoga ukhuwah kita seindah Jannah.
Dia tahu semua kelemahan saya. Dia selalu nasihatkan saya. Dia kata dia nak masuk syurga dengan saya. Dialah yang saya gelar SAHABAT.
Sabda Rasulullah: “Jika seseorang itu sayang kepada sahabatnya maka hendaklah dia beritahu bahawa dia menyayanginya.” (Riwayat Abu Daud)
Moga Allah redha. Moga Nabi cinta. Syurga. Jom kita masuk sana bersama!

Berpisah di dunia, berkumpul kembali di Syurga.
Sahabatku, Semoga redha Allah mengiringimu selalu.

DEEP

Kau tergilakan Exo yang hensem-hensem belaka orangnya?
Elleh. Tak tengok lelaki paling hensem dalam dunia..
Nabi Muhammad!
"Pasaipa hang tak mau couple?"
"Kalau lah couple tu sunnah, dah lama aku buat tau."

Pakai baju ketat-ketat,
Pakai tudung singkat-singkat,
Lupa ke ajal semakin mendekat?

Ramai lelaki yang suka membina badan dengan mengangkat berat.
Namun tidak ramai lelaki yang ingin membina rohani dengan mengangkat takbir.

Kalau nak tengok iman seseorang tu kuat atau tidak kuat senang je.
Tengok cara dia bangun subuh ,
Lebih cintakan sejadah atau selimut.

Kau cakap kau selalu baca quran,
Kau cakap kau tak pernah tinggal solat.
Hebat kau bertakabbur kan?
Kalau tak ikhlas,
Sia-sia.

Tudung singkat. Harga beratus ringgit.
Tudung labuh. Harga cuma berpuluh ringgit.
Singkat akal.
Labuh iman.

Kalau nak kira dosa kita, kalkulator pun rosak.

Dia tak cantik. Awak memerli.
Dia tak handsome. Awak menghina.
Andai kata hubungan dia dengan Allah hebat tak terkata.
Awak nak kata apa ye?

Bila mulut dah terbiasa nyanyi lagu yang lagha, nak berzikir pun jadi susah.
Haishh..

"Better aku mati je"
Eh nak mati dah ke?
Em amalan dah cukup?
Dah buat solat taubat?
Dah cover solat yang lepas?
Jamin ke "better" tu?

Wahai semut, gigitlah kaki kaki wanita yang tak bertutup itu. Supaya dia berfikir dan mencari akal untuk menutupnya.
Kerana kaki itu aurat.

Dalam Laman Sosial ,
Kemain Ingat Allah .
Dalam Solat,
Kemain ingat Laman Sosial .

"Orang yang tak solat ni 'hebat' tau?"
"Eh..kenapa pulak?"
"Ye lah, sebab mereka ni berani nak menghadapi api neraka kelak."

Sini, mengharap cinta lelaki.
Sana, berani menggamit syahid.

Kenapa takut mati? Bukan ke mati tu cara untuk ke Syurga?
Bukan takut mati, tapi selepas mati.
Cukup ke amalan kita nak ke Syurga?

Tak tahu malu!
Mintak macam-macam kat Dia tapi tak ikut apa yang Dia suruh.
Tak malu ke?!

Syarat wanita tak perlu tutup aurat:
- Bukan Islam
- Belum baligh
- Gila
Kalau jumpa orang tak tutup aurat, mereka mungkin golongan di atas. Ehem.

"Kenapa pakai stokin? Ada kudis ke kat kaki?"
"Kaki aurat. Takut nanti Allah bakar kaki ni sebab tak tutup."
*glupss*

Malulah pada haiwan yang tak berakal sebab mereka sentiasa berzikir mengingatiNya.
Kita?
Sibuk zikir nama ajnabi.  

Nak kurus tapi makan tak jaga.
Samalah macam nak masuk Syurga tapi berterusan buat dosa.

Ramai yang obses memutihkan kulit.
Sehinggakan mereka lupa.
Untuk memutihkan hati hati mereka yang makin lama semakin kehitaman.
Allah.

Wanita Malaysia mengangkat monopod untuk berselfie.
Tetapi,
Wanita palestin mengangkat senjata untuk mempertahankan diri.

Tak payah nak sedih ditinggalkan manusia kalau diri pun pernah lupakan Allah.
Uish! Mendalam.

Orang yang jenis suka cari pasal dan suka kacau keamanan orang lain bukanlah sunnah Rasulullah.
Itu perangai Abu Jahal dan Abu Lahab .

Hidayah Allah ni mahal. Kalau nak, kau kena berusaha. Takdenya dia nak datang bergolek golek kat kau.
Nak syurga? Kena berkorban!

"Tak malu ke pegang purdah waktu makan? Macam pelik je. Kejap selak, kejap makan."
"Tak, langsung tak. Yang patut malu kalau tak tutup aurat."

"Dunia kau berkuasa, di mahsyar Allah hisab sama rata."

Kakak usrah pernah berpesan, "Awak kena ingat, niqabis itu bukan bidadari, si tudung labuh itu bukan yang tak terlepas dari buat dosa."

Rasulullah SAW walau doanya tetap dimakbul Allah. Tapi Baginda tetap berdoa bersungguh sungguh sehingga menangis.
Kita? Allah.

Usah sebut tentang setia.
Jika dengan Allah pun tak setia.

Dedah aurat?
Hati-hati.
Neraka menanti.

Bila awak rasa awak jejaka gagah sebab masuk gym mampu angkat dumbbell,
Sebenarnya ada lagi  jejaka lebih gagah pergi masjid angkat takbir.

Setiap kali nak tidur, pernah terlintas tak?
Kalau aku mati waktu tidur ni, dah cukup ke amalan aku yang nak dipersembahkan dekat Allah nanti?
 Allahu..

Abu Darda akan sebutkan 70 orang nama sahabatnya sewaktu beliau berdoa.
Angkuhnya kita tiap kali berdoa, doa untuk diri sendiri je.

Andai aurat boleh berkata..
Dia akan berbisik : Aku tak nak dipertontonkan di khalayak ramai. Aku tak mahu kepanasan dek api neraka. Tolonglah!

"Pakai tudung labuh kau fikir alim ke."
Labuhkan tudung tu kan Allah suruh. Nanti minum susu Dugro, biar sel sel otak berhubung sikit.
Aurat tu Allah suruh, macam Allah suruh pakai baju, kita pakai. Allah suruh pakai tudung, kita tak pakai. Allah dah perintah pakai. Tak sia-sia sebab bawak ke syurga. In syaa Allah.

Sifat ahli syurga itu apabila tak buka al-Quran walau sehari, hati dia akan resah kerana rindukan al-Quran.
Allahurobbi.

"Rilek la dik, kau kenapa nangis iye-iye ni Ramadan nak pergi. Kalau sempat, tahun depan ada."
"Kalau ye bang, kalau."

"Aku tidak takut doaku ditolak tapi aku lebih takutkan aku tidak diberi hidayah untuk terus berdoa.."

Neraka!
Jangan kau panggil kami mendekatimu!
Jangan kau buka ruang buat kami di situ!
Wahai Neraka!
Kami tidak mahu tinggal di dalammu!

Solat pun tangguh,
Ada hati nak persoalkan kenapa Allah 'tangguh' doa kita.

Pejamkan mata dengan Bismillah, belum pasti dapat buka mata dengan Alhamdulillah, atau orang ucapkan Innalillah.

"Orang awam bergembira dengan kedatangan syawal, manakala ahli ibadah bersedih dengan perginya Ramadhan.."

Ukhti, kenapa tak berhibur?
"Bagaimana nak berhibur sedangkan mati itu dibelakang kami, kubur di hadapan kami, neraka memburu kami."

Di Palestin, ada orang sanggup mati kerana tak sanggup buka aurat.
Tapi di Malaysia sampai mati pun tak nak tutup aurat.

Menghina bentuk tubuh, rupa orang lain sama dengan menghina Allah Penciptanya.

Bertepuk tampar sesama ajnabi pun tak ada yang nak bagi teguran. Maka syaitan pun seronok tepuk tangan.  

Karokae bersama, Bercampur dengan bukan mahram, Di tempat yang gelap. Astaghfirullah.. Manusia tak nampak, Tapi, Allah nampak.  
Rasulullah bertaubat berkali-kali sehari sedangkan baginda maksum. Kita jangankan solat taubat, solat fardhu pun tak jaga.
Sombongnya kita.

Tak berjubah, tak bermakna dia tak pandai tentang agama. Belum tentu yang berkopiah itu tahu semua benda.  

Benar yang menutup aurat tidak semestinya ke syurga, tetapi yang tidak menutup aurat itu pastinya ke neraka.

"Kau pernah accident?!"
"Pernah wei. Serius terok. Aku tersasar dari jalan lurus pergi ke lembah jahiliyah."

Manusia suka judge orang lain berdasarkan kisah lalu. Mereka tak lihat orang itu yang 'sekarang'.
Syaitan pun 'dulu' taat perintah Allah.

Kadang-kadang kita tengok seseorang itu pendiam tapi bila dia mula bercakap tentang agama, lidahnya menjadi fasih.
Kerana apa? Orang-orang soleh tak bercakap perkara sia-sia.

Tak nama orang soleh kalau diri sendiri dianggap wali, diri orang lain dianggap keji.

Imam Makkah baca Al-Fatihah sampai boleh menangis. Kita baca Al-Fatihah macam ayat itu tiada makna saja.
Baca novel pula yang nak menangis.

Muhasabah diri.
1. Bila last menangis kerana dosa?
2. Bila last menangis kerana rindu Rasulullah dan Allah?
         
Manis ulas bibir tapi sayang, jika tak selalu melafaz zikir.
Mewah kereta tapi sayang, jika tak pernah bersinggah  di masjid.
Cantik solekan tapi sayang, Jika tak dapat dibasahi wuduk.
Tegap tubuh badan tapi sayang, jika tak pernah tunduk bersujud.

Malunya kita dengan Allah.
Kadangkala kita masih bercakap tentang dosa seseorang.
Sedangkan Allah dah lama ampunkan dia.

Bila hati mati, buat dosa pun tak rasa serba salah. Selamba je buat tanpa rasa malu padaNya.
Astaghfirullah.

Berniqab tapi hipster?
Sampainya hatimu mencampurkan pakaian sunnah dengan pakaian barat! Pakaian mulia Sayidatina Fatimah kau campurkan dengan pakaian musuhnya.

Wanita mampu memakai AKSESORI yang berat-berat.
Tetapi tak mampu memakai tudung yang ringan untuk MENUTUP AURAT.

Kalau Al-Quran ada last seen macam whatsapp mesti malu dengan diri sendiri.
Tanya hati.
Bila Ramadhan pergi.
Adakah Al-Quran masih dihati?

Kau rindu someone tapi dia tak rindu kau pun. Apa kau rasa? Sedih. Itu la Rasulullah SAW rasa kalau kita tak balas rindu baginda pada kita.

"Kau cintakan Allah?"
"Mesti. Pencipta aku tu."
"Dengan bermaksiat setiap waktu kau cakap kau cinta?"

Jahilnya diri.
Buat maksiat hari hari.
Time solat selang seli.
Tapi minta syurga firdausi.
Layakkah diri ini?

Kiamat semakin dekat namun manusia masih belum penat mengejar dunia yang sudah tenat.

"Kau tak rasa panas pakai tudung besar-besar ni?"
"Kau kisah sangat ke panas dunia ni berbanding neraka ?"
*gigit kuku*

Secantik-cantik perempuan ialah kurang cakapnya, banyak diamnya.
Sebodoh-bodoh perempuan adalah mencantikkan wajahnya namun buruk perbuatannya.

Dia suka pakai pakaian ketat. Mungkin dia nak latih diri. Sebab kain kafan memang diikat ketat.

Kalau lah aku boleh tengok hati aku, mesti dia hitam dan tenat sebab dosa kan? Hati hitam ni ke yang aku akan serah padaNya?

"Dia tu bukan nak baca al-Quran. Asyik keluar je tahu."
"Kau tahu dia keluar pergi mana?"
"Entah?"
"Dia pergi belajar mengaji."
"Erk??!"

Jangan bangga sangat dengan rupa yang cantik.
Kat batu nisan nanti tak ada pun tulis "Arwah ni dulu cantik orangnya"
Huhuhu.

Nak tahu apa yang paling penat dalam bulan Ramadhan?
'Puasa tapi tak solat'
Ianya sia sia. Allah.

Buat dosa berjuta-juta. Seolah-olah tidak sabar lagi mahu ke neraka.  

Antara tanda Allah tak nak kita buat amal kebajikan kepadaNya ialah Allah menjauhkan diri kita daripada bersahabat dengan sahabat yang beriman kepada Allah.
Bahkan Allah biarkan diri kita berkawan rapat dengan kawan yang lalai, kawan yang tidak beriman kepada Allah supaya kita sendiri pun lalai.
Nauzubillah min zalik.
Allahu..

Tak bosan ke takde couple?
Sebenarnya, hanya orang yang tiada iman jer akan rasa dirinya keseorangan dan kesunyian.

"Tau tak ada yang stalker kau hari-hari?"
"Eh betul ke? Ada juga orang minat aku. Hehe sukanya! Sape?"
"Malaikat maut."
Mengapa mengharap teman setampan Yusuf jika kasih tak setulus Zulaikha?
Mengapa didamba teman seteguh Ibrahim andai diri tak sekuat Hajar?
Mengapa perlu mencari teman sekaya Balqis andai diri tak sebijak Sulaiman?
Mengapa didamba teman sehebat Khadijah, andai diri tidak sesempurna Rasulullah?
Jangan didamba isteri secantik Ainul Mardhiah jika dirimu bukan di antara para Syuhada.
Lelaki yang beriman adalah lelaki yang bergetar hatinya apabila membaca ayat-ayat suci Al-quran. Bukan bergetar tulang rusuknya apabila meluahkan ayat-ayat cinta kepada perempuan.
Memang tugas syaitan hasut kita buat jahat.
Tapi bukan tugas kita untuk buat apa yang syaitan suruh.

Rasulullah solat sampai bengkak kaki.
Kita ni?
Bengkak kaki je tak mau solat.
Nabi menangis sebab risaukan kita.
Kita nangis sebab pakwe/makwe, sebab tengok drama korea/eng.
Tapi nanti nabi jugak yang kita cari.
Bila orang bercerita tentang azab kubur, semua takut.
Tapi, bila disuruh baca Al-Mulk..
"Jap ek!! Aku busy la."
"Ala lambat lagi.. rilekss la!"
Pandai baca al-Quran.
Tetapi tidak membaca al-Quran.
Rugi.

Ada lelaki yang tidak sabar untuk menjadi imam kepada insan istimewanya, sedangkan untuk menjadi imam kepada ibu dan ayah sendiri pun masih liat.

Aurat is your pride, and you easily simply give all of men see yours? Can you think of it?

Ramai yang berserban dan berpurdah. Namun, tak ramai yang akhlaknya indah.
Tanda hati dalam wad ICU:
Bila bicara soal neraka sikit pun tak rasa takut.
Bila bicara soal syurga sikit pun tidak mengharap.
Al-Fatihah..
"Makan tak kenyang, tidur tak lena, mandi tak basah."
"Angau bercinta ke kak?"
"Taklah dik. Teringat dosa yang bersepah."
Untuk kali ke 150 juta,
Aku tanyakan kau soalan yang sama,
Hey kenapa masih tak nak tutup aurat juga?
Apa kau tak takut dengan api neraka?
"Wajahku hanya untuk tatapan yang halal."
Tapi tayang juga di laman sosial.
Ramainya awak punya 'halal'.

Nabi yang maksum pun beristighfar dan taubatnya 70 ke 100 kali sehari.
Kita yang penuh dosa, istighfar pun kurang.
Patutnya kita malu.
Sibuk dok rindu, dok puja yang bukan halal. Depa ka yang bagi syafaat kat hang di Padang Mahsyar nanti?
Kita hari-hari buat dosa, tapi tak nak pula benci diri sendiri.
Orang lain baru buat salah sikit, dah benci dia separuh mati.

Kalau yang bertudung labuh, berserban ni orang cakap bajet alim.
Habis tu yang dedah-dedah aurat ni bajet apa?
Bajet jahil?

Malu dengan Zinnirah yang sebagai hamba pun mampu menjaga iman. Kita yang sudah merdeka pun iman pun tak tahu ke mana hala.

Tanya diri.
"Bila last menangis sebab dosa? Ke tak pernah?"

Rasulullah sampai menangis bila berdoa walaupun doanya sudah pasti dimakbulkan.
Kita? Berdoa macam takde feeling.

Haram jawab tak tutup aurat sebab tak sampai seru, sebab seruan dah ada dalam al-Quran yang turun 1400 tahun dahulu.

Jangan jadi orang yang selalu bercakap tentang Tuhan,
Tapi jarang bercakap dengan Tuhan.

Ramai orang cakap nak pakai tudung lepas kahwin. Sebab tak nak bagi suami dosa. Tapi relakah kamu bila bapa menanggung dosa sebelum bernikah?

"Aku nak kahwin 4, nak selamatkan perempuan."
"Kau pergi masjid berapa kali?"
"Sekali. Solat jumaat."
"Okay, selamatkan diri kau dulu."
Hijab untuk menutupi kecantikan wanita, sehingga tidak membuat lelaki tergoda.
Bukan untuk membuat wanita semakin cantik dan menggoda lelaki.
'Weh, gi mandi!'
"Awat? Bau busuk ke..?"
'Tak lah. Bau dosa'
Pergh.
Deep.
Deep.
Andai dosa tu berbau.
Malu!

Seandainya dosa itu muncul dalam bentuk kudis atau jerawat di wajah, memang tiadalah manusia yang kacak dan cantik di dunia ini.

Asal jalan menunduk? Malu ke?
Jaga pandangan.
Sebab?
Takut nanti selangkah lagi nak ke Syurga kena tahan hanya sebab dosa mata. Allah.

Andai al-Quran boleh berbicara.. "Waktu kau masih anak-anak, kau bagai teman sejatiku. Dengan wuduk kau sentuh aku, dalam keadaan suci kau pegang aku. Kau baca dengan lirik dan lembut. Sekarang kau telah dewasa. Nampaknya kau sudah tidak berminat lagi padaku. Apakah aku bacaan usang? Yang tinggal sejarah. Sekarang kau simpan aku dengan rapi, kau biarkan aku sendiri. Aku menjadi kusam dalam almari. Berlapis debu dimakan kutu. Aku mohon peganglah aku lagi, bacalah aku setiap hari, kerana aku akan menjadi penerang dalam kuburmu nanti."

Perempuan susah jaga mulut.
Lelaki susah jaga mata.
Kesimpulannya, kerana kita tak menjaga hati.

Nanti nak masuk Syurga, Allah takde cakap pon,
"Awak cukup comel dan handsome untuk masuk ke Syurga."
Allah nilai amalan, bukannya rupa.
Ayah Nabi Ibrahim tak beriman walau anaknya Nabi.
Anak Nabi Nuh tak beriman walau ayahnya Nabi.
Hidayah dan Iman bukan warisan.

Semoga hidup kita disukai dan mati kita dirindui.
Jangan pula hidup kita dibenci dan mati kita disyukuri.
"Tak panas ke pakai tudung? Dengan jubah, handsocklah, niqab lagi?"
"Panas kejap je beb, kat akhirat nanti, sejuklah!"
"Pakai purdah gedik sana sini."
Buang gedik tu jangan buang purdah.
Setiap kali pakai telekung, tengok muka kita kat cermin dan cakap "Macam ni la wajah aku nanti ketika nak dikafankan".
Bezanya sekarang ni boleh mantain senyum, masa dah arwah nanti, tak tau macam mana.
Sayidina Ali kalau dalam 7 hari tak dapat ujian dari Allah, beliau akan rasa amat gelisah.
Kenapa? Rasa macam Allah dah tak pandang beliau, tak sayang beliau.
Kita pulak?
Taknak ujian yang berat-berat. Kalau boleh tak nak ujian langsung.
Kalau macam tu, tanya pada diri : Layak ke aku ke Syurga, kalau macam ni?
Dengki dengan kawan, burukkan dia dekat orang lain.
Nanti di Akhirat merangkak bawah panas terik cari kawan tu balik.
Allah. Berat azab.
Perempuan yang tidak berhijab itu hot. Oleh itu neraka itu panas. Tetapi Perempuan yang BERHIJAB itu CANTIK. Oleh itu Syurga itu CANTIK!

Di akhirat kelak, wanita akan memakan badannya sendiri kerana mereka berhias untuk lelaki yang bukan mahramnya dan suka mengumpat orang lain.
Terlalu ramai yang membaiki diri agar dicintai manusia.
Tapi,
Terlalu sedikit dari mereka yang membaiki diri agar dicintai Allah.
Jodoh akan datang sendiri, walaupun kita tak cari.
Mati pun akan datang sendiri, walaupun kita lari.
Suatu hari nanti kita akan berhijrah.
Ke mana?
Ke Alam Barzakh.

Terlalu angau sangat cinta ajnabi, sampai lupa cinta Nabi.
Apa guna sentap yang bertingkat-tingkat tanpa diiringi taubat?

NOTA ILMU

يا مقلّب القلوب ثبت قلبي على دينك
Ya Allah yang maha mengubah-ubah hati, tetapkanlah hatiku di dalam agamaMu.

Doa menutup aib ;
اَللَّهُمَّ اسْتُرْ عَوْرَاتِيْ وَآمِنْ رَوْعَاتِيْ
"Ya Allah, tutupilah segala keaibanku, dan amankanlah ketakutanku."

3 syarat wajib untuk mendapat doa yang makbul :
1) Ada nama Allah.
2) Ada nama Rasulullah SAW.
3) Ada doa untuk ibu bapa.
In Shaa Allah.

Bacaan yang wajib dilafaz :
1. Takbiratul ihram
2. Al-Fatihah termasuk Bismillah
3. Tahiyyat Akhir termasuk selawat nabi
4. Salam yang pertama

Apa petua jadi cantik yang paling mujarab?
Sentiasa bersyukur.
Allah kata, "Bersyukurlah. Nanti aku tambah lagi."
Bacalah "Allahumma ajirna minan naar."
Sebanyak 7 kali selepas solat.
Maksudnya: Ya Allah, jauhkanlah aku dari azab Api Neraka.

Yang pertama kali mengucapkan :
- Alhamdulillah = Nabi Adam
- La illaha illallah = Nabi Nuh
- Allahu Akbar = Nabi Ibrahim

Antara anda orang mati dalam keadaan Husnul Khatimah :
1.Keluar peluh dari jasad.
2.Mati dalam keadaan tersenyum.
Semoga kita juga begitu.  

Waktu basuh muka (berwudhuk) baca ni :
"Ya Allah, putihkanlah wajahku dengan Nur kau pada hari (Padang Mahsyar) sebgaimana Engkau memutihkan wajah wali-wali Engkau."

Semasa sujud jangan lupa minta 3 perkara.
-Syurga
-Mati dalam husnul khatimah.
-Sempat bertaubat sebelum mati.

Pakaian yang menutup aurat wanita ialah pakaian yang boleh digunakan untuk menunaikan solat.

Rindukan seseorang?
Letak tangan di dada.
Baca Al-Fatihah.
Sebut nama penuh dia.
Katakan rindu padanya.
InShaaAllah dia pun akan merasai rindu kita.

“Mengapa orang-orang yang membiasakan diri mengerjakan solat tahajud di malam hari wajahnya tampak cerah dan berseri-seri?"
Kerana mereka selalu bercengkerama dengan Tuhan Yang Maha Penyayang di tengah kegelapan malam. Dia memberikan cahaya kepada mereka."

Sunnah apa yang boleh kamu bawa sehingga dalam kubur?
Jawabnya. Janggutmu.
Wahai kaum lelaki. Peliharalah janggutmu kerana itu sunnah.
Jika kita bersin, ucaplah : Alhamdulillah
Dengar bersin, ucap : Yarhamkallah
Orang bersin doa balik : Yahdikumullah wa Yushlihu Baalakum.

Nanti kalau nak nikah pilihlah hari Jumaat.
Sebab..
Hari Jumaat adalah hari pernikahan
Nabi Adam, Nabi Yusuf, Nabi Musa, Nabi Sulaiman dan Nabi Muhammad SAW.

Tiada pokok, tiada sungai, tempat berteduh dan tiada bertepian.
Ini terjadi bila malaikat israfil tiup sangka kala pada pertama kali.

Tahu tak?
Syurga itu mempunyai 8 pintu.
Dan salah satu darinya adalah khas untuk orang yang suka berzikir.


PERINGATAN
Muslimah,
Banyakkan menangis sebab teringatkan perjuangan Nabi.
Bukan sebab teringatkan ajnabi.
I know that you're Niqabis.
But please, be aware of your friend's aurah too.
You shouldn't upload it if there's uncovered aurah.
Hawa, Suaramu tak perlu kuat. Bukan di semua tempat. Apatah lagi di hadapan ajnabi. Kerana kita itu muslimat. Harus elok budi pekerti.
Bila duduk dengan orang orang soleh, orang orang berilmu,
Perhatikan akhlak dia.
Curi akhlak dia, masukkan dalam diri kamu.
To all niqabis wearing jubah or purdah, keep wearing them.
Dress for Allah.
Not for the public.
Kata seorang kakak usrah.
Sebab awak istimewa, Allah perintahkan tutup aurat. Supaya maruah terpelihara dan dihormati ajnabi.
Ye sayang?

Solat Dhuha laa sayang.
Moga Allah sayang sayang..

Ya akhi wa ukhti,
Dia tudung labuh sampai ke tanah sekalipun,
Berserban 24 jam sekalipun,
Dah nama manusia dia tak terlepas dari berbuat dosa.

Masa muda ni banyakanlah solat sebab sujud tu nikmat. Kalau dah kena solat atas kerusi nanti, dah tak dapat rasa nikmat sujud.

Perlukah tutup aurat walaupun di rumah sendiri jika ada abang ipar dan sepupu lelaki?
Ya. Mereka tetap dikira sebagai ajnabi.

Wahai muslimah solehah. Biar rupa kita tidak cantik. Jangan sampai akhlak kita hodoh. Biar kulit kita tidak putih. Jangan sampai hati kita hitam. Biar kita tiada gaya. Jangan sampai kita tiada agama. Biar manusia tidak pandang kita. Jangan sampai Allah dan Rasulullah tidak pandang kita.

Bagi mereka(wanita) yang tengah mengandung. Sambil baca Al-Quran pegang lah perut kalian. Semoga dari rahim itu lahirnya khalifah-khalifah Allah yang soleh/solehah, alim dan orang yang beriman.

Awak, Jomlah start baca al-Kahfi. Janganlah cakap nanti.
Takut Jumaat akan datang kita tak jumpa lagi.

Tolong. Tolong. Tolong.
Tutup aurat sempurna.
Bukan arahan aku
Arahan Tuan Punya Dunia.
Allah.
Moga kita² dapat jadi wanita solehah :')

Cuba tanya kat diri kita,
"Bila kali terakhir aku menghadiri majlis ilmu?"

Mana ada benda senang dalam dunia ni.
Nak buat jahat pun kena usaha, inikan pulak nak masuk syurga.

Kita berasal dari syurga dan hanya perantau di dunia.
Al-Quran ibarat peta dan kita kini mencari jalan pulang ke sana.

Qur'an and Sunnah, our way to Jannah.

Berdoalah! bukan hanya untuk hajat kita dipenuhi,tetapi kerana banyak yang perlu kita syukuri.
Fi Hifzillah.

Cium pipi sahabat sesama jantina tu bukan gay, bukan lesbian. Itu sunnah Nabi.
Tanda sayang..

Jika awak rimas nak memakai tudung yang labuhnya melepasi dada ketika bernyawa,
Ingatlah! Nanti awak akan memakai 'tudung' yang labuhnya membalut keseluruhan tubuh awak. Tapi, waktu itu awak sudah tidak bernyawa.
Sombong bukan sebab perasan cantik atau jual mahal, tapi sombong sebab jaga adab dan maruah. Itulah perempuan.  
Ishhhh stress ah. Itu ini. Serabut aku!
"Ar-Rad: 28"
Apo pulak nih?!
Ingatlah, hanya mengingat Allah hati menjadi tenang.
Tak pandai agama dan mengaji? Nak belajar tapi malu?
Imam Al-Qaffal mula belajar di usia 40 tahun.

Dekat dunia kita boleh nampak result ada banyak peringkat.
Ada A sampai F.
Tapi, jangan risau, dekat akhirat cuma 2 je.
Neraka dan syurga.

Jangan tunggu dah kahwin baru nak bertudung, atau melabuhkan tudung dan tutup aurat. Takkan sayang suami je. Ayah tak sayang? *

"Lembiklah kau ni."
"Laa, kenapa pulak?"
"Orang buat kau. Kau diam saja. Lawanlah balik."
"Menyakiti itu bukan sifat Rasulullah SAW."
Nak jadi jutawan di akhirat?
Bacalah Al-Quran.. Bayangkan 1 huruf bersamaan dengan 10 kebajikan.
MasyaAllah.
"Kau ni asyik cakap dakwah jer, takde benda lain ke?"
"Takpe nanti aku dah meninggal, aku akan diam." #DakwahTillEnd  
Sayang, Allah tak suruh pun pakai stokin. Tapi Allah suruh tutup kaki. Sebab kaki tu aurat. Fahimtum?
Setitik peluh tu kerana menutup aurat,
Itu pahala sayang..
Tak nak ke?

Jangan sesekali kau angkat kepalamu dari sujud, sedangkan masih ada masalah yang belum kau ceritakan pada Dia.
Banyakkan doa ketika Sujud.

Nak ke Jannah, ajak kawan. Jangan selamba jalan sorang sorang.

Dakwah itu membawa manusia kembali mendekati Tuhan.
Bukan semata-mata mengubah pakaian kepada purdah dan serban.

Biar kita diketawakan manusia kerana mengikut syariat Allah. Asalkan tidak diketawakan syaitan kerana menjadi peneman mereka di Neraka.

Tips nak kushuk masa solat .
Mulut sebut perlahan-lahan setiap ayat , telinga dengar apa yang kita sebut . Lupakan segala tentang hal dunia .

" Ingatkan budak tahfiz, budak sekolah agama ni baik sangat. Teruk jugak rupanya. "
Awak, kami pun manusia biasa sama macam kalian semua.
Kami tak lari dari melakukan dosa.
Awak nampak kami tersasar, pergi jauh dari landasan. Awak tariklah kami semula. Kami bukan malaikat yang tiada dosa. Kami juga punya noda.
Sama-sama kita pergi ke SyurgaNya.

Ada apa pada usrah?
Mereka nampak kita berhimpun, berkumpul dan berbincang. Tapi mereka tidak tahu kita sebenarnya sedang membina semula Islam dalam hati kita.

Tidak perlu pakaian seksi untuk tarik perhatian lelaki. Sebab pakaian yang menutup aurat itupun sudah mampu menarik perhatian Allah.

"Jika engkau inginkan hiburan, cukuplah Al Quran sebagai bacaan."

Percaya saja. Tuhan menggenggam semua doa. Lalu dilepaskannya satu persatu di saat yang paling tepat. Sabar.

Abah nak pesan, abah tak anak abah ni upload gambar nampak aurat :
- Lengan
- Leher
- Rambut
- Kaki
Buatlah kalau tak sayang abah.

 Lelaki memang lantang kalau cakap bab aurat perempuan sampai mereka lupa yang mereka juga punya aurat.

Muka tak comel tak hensem takpe, janji akhlak tu mulia. Semuanya akan nampak awesome.

Tutuplah auratmu. Biar dihina biar dicerca. Yang penting maruahmu terjaga.
Moga Allah redha.

Muliakan dirimu wahai wanita , agar dari rahimmu lahir insan yang soleh dan solehah. In shaa Allah.
Kalau ditimpa ujian, ingatlah ayat ni :
"Allah takkan turunkan sesuatu ujian kalau hambanya tak mampu lalui. Dia tahu kita mampu hadapi."
Sakit hati? Tak apa. Sebab nanti di dalam syurga, tidak akan ada hati yang terluka. Senyumlah. Memang hidup tidak akan selalu indah, Tapi kita punya Allah.
Saat diri terasa penat untuk beribadat pada Allah SWT..
Pesanlah pada hati.
"Dunia tempat berpenat, akhirat tempat berehat."
Wahai penyeri dunia, perindu syurga.
Kuatkan Iman, tingkatkan Amalan.
Walaupun kita pura pura kuat. Allah tahu kemampuan kita.
Allah tahu bila masa kita lemah dan Allah tahu bila masa kita rapuh.

Jangan putus asa,
Kerana Allah bersama kita.
Setiap masa, Sentiasa.

Allah tak pernah janji si berkopiah akan bertemu dengan si purdah.
Tapi,
Allah janji orang yang baik itu untuk orang yang baik.
Simple.

Di dunia untuk berjuang dan untuk penat, kita rehatlah nanti bila mati di syurga-Nya.

Bila nak nasihatkan orang ke arah kebaikan, janganlah bercakap seakan-akan diri kita ni "Malaikat".
Kita juga pendosa. Bersederhanalah.

Di dunia untuk berjuang dan untuk penat, kita rehatlah nanti bila mati di SyurgaNya.
Kadang kadang kita lihat seseorang itu pendiam. Tetapi bila bercakap tentang agama lidahnya menjadi fasih. Sebab apa?
Kerana orang yang soleh solehah tidak bercakap perkara yang sia sia.
"Taman-taman syurga lebih indah daripada taman bunga.''
'Macam mana nak pergi?''
''Hadiri majlis ilmu.''
Banyakkan memuji berbanding mengeji. Nabi sendiri sering memuji sahabat.
Kalau dosa boleh dilakukan berulang kali tanpa rasa penat lelah,
Kenapa taubat tak boleh buat berulang kali jugak biar sampai lelah?
Solatlah walau terpaksa. Mengajilah walau terpaksa. Sedekahlah walau terpaksa. Kerana lama-lama kita akan terbiasa.
In shaa Allah, jika niat kita betul-betul nak bangun qiamullail, Allah akan kejutkan kita dan dengan mudah kita akan bangun.
Kadang kadang, Allah hantarkan ujian untuk kejut kita dari lena yang panjang. Syukurlah!

Bila Allah dah tetapkan sesuatu untuk kita, Allah takkan bagi pada yang lain. Yakinlah.

Duduk di dunia ni tak lama mana pun. Duduk di akhirat lagi lama. Selama-lamanya.

Dear muslimah, don't be proud of every guy wants you. Cheap items have many buyers. As in a HALAL relationship that is NIKAH.

Percayalah. Seteruk mana pun seseorang. Selama mana dia Muslim, pasti terdetik dalam hatinya untuk berubah. Semua nak masuk Syurga kan ?

Nak capai Syurga Allah di 'sana' perlu pijak dan tempuh onak duri dulu di'sini'.

Allah suruh kaum Hawa tutup aurat sebab Dia tahu bahayanya pandangan lelaki, bergetarnya hati dan nafsu lelaki apabila melihat aurat wanita.

We are all sinners. But! The best of sinners are those who turn back to ALLAH .
Turn to ALLAH before we return to ALLAH.

Letak Rasulullah SAW dalam hati. Kita akan ingat selamanya.
Jangan ingat Baginda bermusim. Jangan juga berselawat bermusim.

Bila diri mula mengharapkan cinta manusia..
Lantas hati pun berbisik,
"Ingat, cinta Illahi masih belum kau capai lagi."

Andai yang datang itu cinta yang belum halal,
Tolaklah ia.
Jika benar cinta kamu itu mahal,
Simpanlah ia hanya untuk yang halal.

Bila lahir, kita diazankan. Bila mati, kita disolatkan. Sangat SINGKAT hidup kita. Jaraknya hanya azan dan solat. Allahu..

Kalau ramai yang mengharapkan pernikahan yang indah-indah belaka. Aku pula mengharapkan kematianku nanti biarlah indah-indah belaka.
Husnul khotimah.

Nasihat sebab sayang, bukan sebab rasa diri kita ni bagus.

Doakanlah untuk kebaikan orang lain, InsyaAllah Malaikat jua turut mendoakanmu.

Nak cantik?
Solat jangan tinggal.
Al-Quran selalu baca.
In shaa Allah cantik hati. Cantik luaran.

Hari ni dunia adalah nyata. Akhirat hanya cerita.
Tapi setelah mati,  dunia adalah cerita. Akhirat adalah nyata.

Beratus novel dah baca. Beribu lagu dah hafal.
Quran bila lagi? Ayuh!
Satu muka surat bagi setiap waktu solat.

Waktu muda waktu nak kumpul bekalan.
Nak buat apa?
Beli Syurga awal-awal.
Takut tak sempat.

Sedang bersedih?
Cuba dengar Surah Yusuf.
Kata Ulama :
Tiada orang yang bersedih, yang dengar Surah Yusuf, kecuali dia akan rasa tenang.

Segeralah solat dan jadikan ia solat yang terbaik. Boleh jadi tiada lagi solat selepas ini yang boleh kita laksanakan.  

Terlepas tahajjud malam tadi?
Berdhuha lah pagi ini. Andai tertinggal Dhuha pagi ini. Tahajjud malam nanti. Malas? Kalau malas cuba paksa diri tu. Peringatan untuk diri.

Awak-awak, jom tutup aurat? Lindung makhota mu sayang. Setitik peluh tu kerana menutup aurat, Itu pahala sayang.. Tak nak ke?

Labuhkan tudung kamu Hawa.  Ini arahan Allah.
Awak kalau awak tak belajar tinggi pun tak mengapa. Atleast awak bijak dalam menjaga aurat, bertudung labuh. Sekarang ni pun banyak je perempuan yang belajar tinggi, masuk universiti tapi aurat masih gagal tutup.
Soleh atau solehah tak terletak pada kecomelan dia berkopiah mahupun berpurdah. Tapi letaknya pada iman dan amalan. Hanya Allah yang tahu.  
Wahai Hawa, lihat muka abah, lihat muka adik-beradik lelaki.. lihat muka suami. Nak ke masukkan mereka ke neraka atas dosa awak yang masih tak tutup aurat?
Usah tunggu bersihnya hati untuk berzikir,
Tetapi berzikirlah untuk membersihkan hati.
Dikatakan anak panah tercucuk kat betis Sayidina Ali. Orang cuba cabut namun Sayidina Ali mengerang kesakitan.
Sayidina Ali kata cabut masa dia solat.
Masa dicabut, Sayidina Ali relax je. Sebab dia dalam keadaan khusyuk. Sehinggakan tidak merasai sakitnya anak panah itu dicabut.
So, itulah apa yang kita nak capai. Super khusyuk!
"Siapa yang bila ternampak wanita, lalu dia tundukkan pandangannya, Allah akan campakkan ke dalam hatinya, rasa lazat dan manis dalam beribadat."
Kalau dah perit sangat rasa tu cuba tutup mata and say "Ya Allah, i know this is Your plan, just help me through it."
Berkata lembut dengan kaum Hawa.
Itu cara kami.
Kalau dengan kaum Adam,
Asif ya, agak tegas sikit.
Bukan apa, tak mahu sentuh hati Kaum Adam.
Jika aku sudah tiada di dunia Allah ini, maafkanlah aku dari hujung tudung yang menutupiku hingga ke hujung stokin yang menjaga kakiku.
Bila berbicara, jadikan ia perbicaraan yang membuatkan Allah suka, Rasulullah SAW berbangga, malaikat tersenyum dan syaitan menyampah.
Pesan Rasulullah : Wahai kaum hawa, bersedekah dan perbanyaklah beristigfar kerana aku melihat kalian adalah yg paling banyak menghuni Neraka.
Andai seluruh wanita menutup aurat mengikut syariat dengan sempurna,
Maka kain telekung sudah tidak perlu digunakan lagi.

Susah di dunia.
Senang di kubur. Senang di padang mahsyar. Senang di titian as-sirat. Senang di akhirat.

Haid. Mengandung. Melahirkan anak
3 perkara mendatangkan kesakitan tetapi seorang perempuan boleh melakukannya.
Sungguh, perempuan itu kuat!
Tak pelik pun kawan sejantina panggil sayang-sayang. Sweet apa. Daripada kekasih yang belum halal panggil sayang sayang. Haram. Dosa tahu?

Bila dah bersama sahabat siang dan malam selama sebulan tetiba berpisah, dah tentu rasa sedih. Begitulah sepatutnya kesedihan bila berpisah dengan Ramadhan.

Setelah setahun terpisah, after days, after months, kini kau datang semula.
Rindu ini terasa kuat debarannya. Kau memberi ketenangan. Mengajar aku tapak kesabaran. Menyuntik aku supaya lebih dekat pada yang Esa. Indah serius indah.
Menunggumu Ya Ramadhan Al Mubarak .

Ramadhan datang mengetuk pintu.
Dengan suara pilu Ramadhan berkata "Dalam beberapa hari lagi aku akan berangkat pergi."
Allahurobbi..

Last Sahur.
Last berbuka.
Last terawih.
Moga ini bukan Last Ramadhan untuk kita.

Kata Nabi:
Setiap ummatku akan masuk syurga kecuali yang tak nak.
Siapa tak nak?
Nabi kata:
Siapa yang menentangku, dia tak nak ke syurga.
Kalau sayangkan Allah, banyakkan berzikir.
Kalau sayangkan Rasulullah, banyakkan berselawat.
Kiamat dah dekat.
Masjid pun dekat.
Jom kita taubat?
Jaga-jaga saudari, jangan cepat percaya ajnabi.

SUBHANALLAH
Ada lelaki,
Luaran nampak biasa je.
Pakai tshirt dan seluar Jeans.
Simple.
Tapi rupanya Hafiz Quran.
Tahajjud tak pernah tinggal.
Allah..
Respect.
Mati syahid mesti tersenyum. Terfikir apa yang mereka lihat hingga boleh tersenyum.
Sungguh aku cemburu.
MasyaAllah . Wahai syuhada,tolong ceritakan kepada kami... Apa yang kamu lihat dalam syahidmu,sehingga senyummu begitu indah...? Sungguh tak tampak kepedihan di wajahmu,, Sakitnya sakaratul maut tak membuat senyummu memudar,apa gerangan yg terlihat? Telah nampaklah dengan jelas janji dari Tuhanmu? . Ya Rabbi.. matikan kami seperti para syuhada,matikan kami seperti orang yg hidup matikan kami dalam keadaan Khusnul Khatimah..
Sayyidah Nafisah di zaman Imam Syafi'e wali wanita. Baca Al-Quran satu malam 15 juzu. Dua malam khatam . 1 tahun dekat 240 kali khatam. Subhanallah
"Kenapa bila kita teringat Syurga, hati kita rasa tenang?
Kerana di situlah sebenarnya tempat kembalinya kita. Tempat asal kita."
"Pergi masjid ni seronok tau.."
"Kenapa?"
"Dapat tengok wajah - wajar mereka yang sedang mengejar redha Allah. Tenang je..."
Bila kita duduk dalam majlis dengan orang soleh, kita yang tak soleh ni pun rasa tenang je..
itu kelebihan berdamping dengan orang soleh.

Nak sangat pergi Syurga dunia.
Kat mana?
Mekah.
"Mata yang menangis di dunia kerana Allah, mata itu tidak akan menangis di Akhirat."
Salute!
Memang tabik la bila jumpa lelaki or perempuan yang terpandang berlainan jantina terus alihkan pandangan then istighfar.

Imam Ali bin Husain ditanya kenapa wajahnya pucat bila nak solat.
Dia jawab:
"Tahukah kalian depan siapa aku akan menghadap?"

I am so jealous of the people who can recite the Al-Quran so beautifully.

Seburuk manapun wajah..
Percayalah.
Dengan indahnya agama, akhlak dan juga ilmu, kau akan jadi sasaran pilihan manusia.

''Kenapa hidup di dunia sementara?''
''Sebab kampung halaman kita di syurga.''


ALLAH
MencintaiMu aku tenang.. DicintaiMu aku menang.. Ya Rabbi.
Seronok sangat bila dapat rasa kemanisan iman . Hanya ada kita dan Allah.
 I told Allah a lots about my problems then I cried.

"Takkan rasa sunyi kalau Allah dihati."

Bila dah rasa tak mampu nak tahan sakit mujahadah, mengadulah kepada Allah.

Me : Ya Allah, Why always me?
Allah SWT : Because I love you.

Ujian bertalu talu. Rupanya Allah rindu.

Apabila Allah SWT dah mula rasa sayang, cinta dan rindu sesangat pada kita, pasti Allah akan selalu bangunkan kita pada waktu solat tahajjud. Dia ingin bermesra dengan kita pada waktu itu.

Saya ada kekasih.
Dia call saya 5 kali sehari.
Dia sentiasa mendengar luahan hati saya.
Dia memahami saya.
Dialah ALLAH SWT.

Apabila Allah rindu pada hambanya, Allah akan mengirim sebuah hadiah istimewa yang isinya adalah ujian dan dugaan. Alhamdulillah..

"Pergilah pada hambaKu dan timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya."
(HR Thabrani dari Abu Umamah)

Ujian menghempap diri?
Pegang dada.
Pejam mata.
Biarkan titisan di mata itu mengalir.
Ucapkan "Allah ada. Allah sayang aku."

"Saat manusia tidak peduli, Allah setia di sisi."

Berubah tu biar perlahan-lahan.
Supaya kau rasa betapa manisnya kasih Dia.
Dan..
Rasa sia-sia kalau tinggalkan.

Yang rajin bangun tahajjud.
'Dirimu persis kerlipan bintang. Meletari pekat malam'.
Indah bukan? Maka beruntunglah kalian kerana terpilih.

Masa ambik wuduk tu hayati setiap titisan air yang jatuh pada anggota wuduk. Makin lebat air mata. Sebab apa? Sebab nak pergi jumpa Allah ni.

"Penat aku nak jaga hati orang. Hati aku sakit siapa nak jaga?"
"Hati awak, Allah yang jaga."

"Janji Allah itu pasti."
"Apa dia?"
"Ganjaran Syurga bagi mereka yang mentaati perintahNya."

Kita jaga Allah,
Allah jaga kita.
Subhanallah, seronok!

Ujian datang kita tak tahu bila nak datang. Tapi yang pasti ujian itu tanda Allah sayang. Tanda Allah pandang kita.
Bersyukurlah Allah sedang memandang kita.

Ya Allah,
I'm so sorry 😔
I forget you when I laugh.
And,
You remember me when I cry. 😭

Allah made you, you're beautiful.
Allah takes care of you, you're safe.
Allah is with you, you are not alone.

Bila kau penat hidup di dunia, Jangan rebah begitu sahaja. Biarkan dahimu sujud menyembah Allah.. Mengadulah semahunya. Moga suatu masa, Kau dapat berehat di syurga.

Allah tahu hatimu perit. Allah mendengar doa dan tangismu meminta. Bukan tidak mempedulikan. Tetapi sedang merancang yang terbaik untukmu.

Orang yang menangis, tidak selamanya akan terus menangis.
Bila tepat waktunya, tangisan tersebut Allah akan gantikan dengan rasa bahagia.

Bila sakit,
Tanda Allah sayang.
Kena risau kenapa,
Allah Tak beri kita sakit.
Dengan sakit,
Kita ingat dekat Allah.

"Ya Allah, kurniakanlah kami mata yang mudah mengalir air mata kecintaan kepadaMu. Amin!"

No one understands you better than The One who created you.

Kenapa aku diuji?
Kerana Allah tahu kau kuat.
Allah tahu kemampuan kau untuk hadapi ujian tu.
Allah rindu tangisan kau.

Terkadang, Allah sengaja beri kita rasa sunyi dan keseorangan walaupun ada insan di sekeliling kita.
Kenapa?
Kerana Allah rindu nak dengar kita menangis, merintih, mengadu dan bersujud padaNya.

Ujian itu perlu bagiku. Agar aku sedar lemahnya diriku. Lalu aku akan selalu merasa mahu bersandar kepada Allah yang satu.

Saat dahi menyentuh sejadah, hati yang gundah terasa indah.

Andai kita lelah dengan cinta manusia.
Kita masih ada cinta yang Esa.
Cinta yang membawa kita ke syurga.
Cinta abadi kekal selamanya.

Di saat nama kita tercantum di media atau disebut oleh seseorang pemuka dunia maka pastinya kita bangga dan bahagia.
Bagaimana pula kalau yang mengingat dan menyebut nama kita adalah Pencipta sang Maha Pencipta?

Luka semalam belum sembuh,
Hari ni ditambah baru,
Esok siapa tahu Allah nak beri kesembuhan yang berpanjangan?
PerancanganNya indah.

Hamparkan sejadah.
Solat lah.
Doa lah.
Minta lah.
Allah dengar.
Allah rindu tu. Sebab tu Allah bagi rasa sedih tu.
Nah! Lepas siap mengadu, mesti rasa lega.

Crying in your sujud, feeling like nothing else exists between you and Allah. Allahu.

Mengejar manusia kita akan lelah. Mengejar Allah, In sha Allah kita tidak akan rebah.

Suatu saat, bila bersendirian, Kita sedar kita cuma ada Tuhan.

Saya tak cemburu kalau awak sanggup berjaga malam untuk berchatting dengan kekasih awak.
Tapi saya betul-betul cemburu kalau awak berjaga malam untuk berdating dengan Allah.

Saya tidak cemburu dengan orang yang dapat bertemu dengan kekasihnya,
Tapi saya cemburu dengan orang yang dapat bertemu dengan Rasulullah SAW walau hanya di dalam mimpi.

Saya tak cemburu kalau orang lain dapat pergi Paris atau Singapore.
Tapi saya cemburu sangat sangat kalau orang lain dapat pergi Mekah.

Sayangnya Allah pada kita. Derhaka macam mana pun, jantung kita tetap berfungsi dengan baik.  

Letak tanganmu di dada dan ucaplah : "Aku bersyukur kerana Allah tak pernah tinggalkan aku meskipun ramai yang meninggalkan aku."  

"Ehh, cinta hati kau capital apa?"
"A"
"Wuuu, sapa? Adam? Aiman?"
"Allah. Hanya Dialah sebenar-benar kekasih."

Kalau tiba-tiba terjaga tengah-tengah malam,
Tahajudlah, lepastu tidurlah balik kalau mengantuk.
"Mungkin Allah rindu rintihan kita, sebab tu Dia kejut kita."

Perasan tak?
Kalau kita sedih, kita mesti cari Allah. Solat jadi lebih khusyuk. Doa pun makin feel.
Tak rindu ke perasaan tu?

Bumi tak pernah lupa pada dahi para ahli sujud.
Pipi tak lupa pada air mata pentaubat.
Malam tak lupa zikir ahli ibadah.

Mengadu padaNya, in shaa Allah indah akhirnya.

Crying in your sujud, feeling like nothing else exists between you and Allah.
Allahu..

Bangunlah, berwuduk dan sembahyang.
Moga Allah bertambah-tambah sayang!

Dikala orang lain bergembira dengan dunia, jadilah orang yang setia mengingati Allah.

Kau jatuhkan aku.
Allah bangunkan aku.
Allah pelindung aku.

Ramai yang tak sedar.
Kalau kita terjaga tengah-tengah malam, bangun sebab tekak rasa haus nak minum air,
Sebenarnya Allah kirimkan Malaikat mengejutkanmu bangun untuk beribadah (Tahajud) kepada Allah.

Kenapa bersedih? Hmm, beratnya dugaan.
Dah, kesat air mata. Kenapa meratap pada yang tak peduli, sedangkan kita ada Allah Maha Menyayangi.

Kekadang Allah bagi kita tersadung batu, kita pun spontan sebut "Allah."
Sebenarnya Allah rindu nak dengar kita sebut namaNya dengan ikhlas.

Apabila diuji, jangan katakan "Ya Allah! Ujian-Mu sangat besar."
Tetapi katakan.. "Wahai ujian, aku ada Allah Yang Maha Besar."

I know You are there, Allah. I know You see my tears. I know You hear my prayers. I know You are testing me, and all I ask from You is to please strengthen my 'iman' so I can handle the struggles in life and have patience. InshaAllah. Ma'as salamah wa ilalliqa' Malizia.

Setiap kali kita solat, Allah merenung kita dengan pandangan kasih dan sayang. Lalu dengan bangga Allah mmberitahu para Malaikat, "Lihatlah hambaKu, sedang bersujud menyembahKu. Aku sayang kepadanya, Aku ampunkan dosanya."

Hamba biasa: "Ya Allah, aku ada masalah.."
Hamba luar biasa: "Woi masalah! Aku ada Allah!"

Bila kau tersentuh saat mendengar bicara agama.
Itu tandanya Hidayah Allah sedang menyentuh hati kau.
Seolah olah memujuk lembut.
Allahu..

Orang yang beriman, tak takut mati. Sebab dia tak sabar nak jumpa Allah.

Tercari-cari hadirnya cinta, Padahal kita tidak sedar cinta yang kita cari selama ini bersemadi di hati kita. Iaitu Cinta pada Ilahi.

"Kenapa ukhti solat sunat dhuha?"
"Sebab hamba sepatutnya rasa tak puas 'bertemu' Allah selepas solat Subuh tadi. Nak 'jumpa' lagi dan lagi. Rindu menggebu. Usai sunat dhuha, tak sabar nak bertemu lagi di fardhu Zuhur dan seterusnya."

Pada saat kita merasa terbeban dan tidak punya sesiapa di sisi, saat itulah Allah memerhatikan kita dengan penuh rasa cinta.

Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat." [Al-Baqarah, 2:186]

Ya Rabb,
Your plans are better than my dreams.

Apabila Allah rindu pada hambanya, Allah akan mengirim sebuah hadiah istimewa yang isinya adalah ujian dan dugaan.
Alhamdulillah!

Berbahagialah andai Allah tersenyum padamu melihat istiqamahnya kamu mentaati perintahNya.

Jangan jadikan Allah nombor terakhir ketika kamu dalam keadaan gembira dan tiba-tiba menombor satukan Allah ketika kamu dalam keadaan sedih.

"Inni Akhafullah" Sesungguhnya aku takutkan Allah!
 
Jadikan solat sebagai hubungan Cinta kita bersama Allah.  Rindu bila ditinggalkan.  Resah bila tak dilaksanakan.

Tangisan seorang pendosa lebih Allah cintai daripada tasbih para wali.

Orang yang dekatkan diri kepada Allah, Allah akan datang kepadanya.
- Al Habib Ali Zainal Abidin Al-Hamid -

Allah nak kamu lagi kuat. Sebab Allah sayang dekat kamu. Allah tak nak kamu lalai.
Itu semua disampaikan melalui teguran manusia.
Ya Allah.. Kuatkan aku.. *sesak dalam tangis*
Manusia merancang dengan cita-cita.
Tetapi Allah merancang dengan cintaNya.

Kerana mahu jaga hati mereka. Diri sendiri yang sakit. Dan Allah tempat ku mengadu. Sabarlah wahai hati.

Setiap hela nafas..
Setiap gerak tangan..
Setiap degup jantung..
Setiap derap kaki..
Takkan pernah bermakna,
Tanpa CintaMu, Ya Allah..

"Takde siapa pun yang faham aku"
"Ada lah, Dia lebih faham diri kita. Kadang-kadang kita je yang lupa Dia."
"Siapa?"
"Pencipta kita"

Ada masa kita rasa berdosa sangat,
Sampai malu nak meminta pada Allah;
Time tu baru sedar, tanpa Allah, hidup tak ada makna.
Hati ini tak pernah berbelah bahagi.
Meski telah dirobek seringkali.
Hati ini tetap utuh di sini.
Hati ini masih di sini.
BuatMu ya Rabbi..
Ku beri hatiku pada dunia.
Dunia menipu, mempersenda, melemparkan aku di lembah
kehinaan.
Ku beri hatiku pada manusia.
Manusia memperguna, menghancurkan dan menfitnahku.
Ku beri hatiku pada Allah.
Hatiku dibelai, disayangi, dilindungi.
Lembut, syahdu dan mengasyikkan.
Allah.. Ma Fi Qalbi Ghairullah!

Melihat langit dan bintang yang cantik sudah jatuh hati.
Apatah lagi bertemu dengan penciptaNya nanti.

Ya Allah. You give me more than I deserve you. Thank you Allah..

When you need, Allah knows.
When you ask, Allah listens.
When you believe, Allah works.
When you thank, Allah gives more.

Allah itu amat hampir. Tapi kenapa aku masih meminggir? Akalku alpa berfikir, hatiku lupa berzikir. Ampuni aku, Ya Rabbi!

Kalau kita mintak, Allah bagi.
Kalau Allah tak bagi, Allah ganti dengan yang lebih baik.
Cantikkan aturan Allah?

Couple with Allah.
Love with Quran.
Engaged with Iman.
Married with Hidayah
InshaaAllah forever in Jannah.

Masa ambik wuduk tu hayati setiap titisan air yang jatuh pada anggota wuduk. Makin lebat air mata. Sebab apa? Sebab nak pergi jumpa Allah ni.

Tiada air mata yang dapat menenangkan jiwa kecuali air mata taubat.
Bila hati kita terasa dengan suatu nasihat, Alhamdulillah. Itu bermakna hati kita masih berfungsi.

Allah tidak pernah merampas apa yang kita sayang.
Sebaliknya Dia menggantikan dengan yang lebih baik daripada itu.

Bila senang dia ada dengan kita. Bila susah pun dia ada dengan kita.
Nak tahu siapa ?
Allah.

Pernah satu masa Allah duga hingga kita menangis.
Kemudian Dia hantar seseorang buat kita tersenyum.
Allahu Rabbi.

Allah itu sangat dekat.
Dekat sekali.
Cuma dunia yang membutakan mata kita.
Dan dosa ini menutupi hati kita.

Kuatkan hati. Tabahkan diri. Allah sentiasa menemani.

Pernah tak?
Habis solat, kau zikir. Tiba-tiba kau sebak.
Masa tu Allah rindu sangat tangisan kau!
Semoga iman masih ada.

"Bila bersama Allah, seakan akan hanya kita dengan Allah saja ketika itu. Urusan dunia tidak difikir lagi."

I : I
S: Sincerely
L: Love
A: Allah
M : Muhammad

Iblis pernah berdoa "Ya Rabb, kekalkan aku hingga hari kebangkitan."
Lalu Allah qabulkan.
Doa iblis pun Allah kabulkan. Apatah lagi doa kita.

Setiap kali kita solat, Allah merenung kita dengan pandangan kasih dan sayang.

Diam. Aku baring. Aku bisik. "Ya Allah, aku sakit." Lalu Allah kata "Kau kuat. Aku ada." Aku gagah. Ambil wuduk. Solat.  

Akak, susah tak nak jaga diri bila sambung belajar jauh dari family?"
"Tak susah, sayang. Jika kita sentiasa ingat Allah dalam setiap perkara."

Selamanya cinta Ilahi bertakhta di hati..

Nothing is stronger than the Love of ALLAH.

Tanda orang yang hatinya hidup dengan iman, dirinya akan sentiasa ternanti2 bila nak tahajjud.
Dan kalau tak dapat bangun, akan rasa sedih.
Kalau dah bangun tapi tak buat tahajjud, dia akan rasa gelisah.

Ya Allah, semoga pergiku bertemu denganMu dalam keadaan sujud akhir Tahajudku padaMu.

SIRAH
Kulit Rasulullah putih berseri. Jika terkena matahari, kulit baginda akan jadi putih kemerah-merahan.

Tapak tangan Rasulullah SAW lebih lembut dari kain sutera, haruman peluh badan Rasulullah SAW lebih wangi dari segala wangian. Sollu'alan Nabi!
Bila kita cinta Allah, secara automatik kita cinta Rasulullah SAW. Nak tahu sebab apa? Sebab Rasulullah SAW adalah kekasih Allah.
Mendengar kisahnya kita sudah jatuh cinta.. Apatah lagi berjumpa dengannya.. Duhai Rasulullah..

Ya Allah, Kau pertemukanlah aku dengan kekasihMu, Rasulullah SAW. Sungguh, aku benar-benar rindu dan ingin bertemu dengannya.
Tak pernah berjumpa tapi bercinta. MashaAllah sweetnya Rasulullah SAW dengan kita. Dulu kini dan selamanya.
Sayyidatina Fatimah keluar rumah pakai hitam semua. Beliau menutup seluruh wajahnya. Hanya ada satu lubang di bahagian mata untuk melihat jalan. Semasa berjalan, kepalanya sentiasa menunduk ke bawah.
Tidur cara Rasulullah SAW ialah mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.
Comel.
"Dia tak pernah pukul wanita. Bila balik rumah, takda makanan, dia akan kata pada isterinya yang dia sedang berpuasa."
"Hebatnya. Siapa dia?"
"Itulah Nabi kita, Muhammad SAW."
Lafaz "Inni Uhibbuka ya Rasulullah" dengan seikhlas ikhlas hati.
InsyaAllah Baginda SAW dapat mendengarnya.

Jika engkau mengetahui bagaimana satu kali pandangan kasih sayang Rasulullah yang melirik ke arah mu, niscaya seumur hidupmu kau akan tenggelam dalam kerinduan kepadanya". -Habib Umar Bin Hafidz-

Rasulullah SAW memperuntukkan masanya untuk beribadah kepada Allah sehingga bengkak kedua kakinya sedangkan beliau telah dijanjikan syurga.
Hebat sungguh Nabi.

Bahagia andai dapat lihat Nabi senyum..
Berganda bahagia andai kita penyebab tersenyumnya Nabi.

Kerana kita darah Rasulullah SAW mengalir, dan kerana kita juga air mata Baginda mengalir.
SubhanAllah..
Ana uhibbuka ya Rasulullah!

Terasa hiba seketika bila terkenangkan penat lelah baginda.
Allahu rindu padanya makin terasa.
Moga berjumpa dengannya di Syurga.

Bila terasa rindu, kami berselawat kepadamu mengharapkan syafaat di akhirat kelak. Allahumma solli ala Sayidina Muhammad.

Bila kita cinta Allah, secara automatik kita cinta Rasulullah.
Nak tahu sebab apa?
Sebab Rasulullah adalah kekasih Allah.

"Tak couple tapi dalam hati ada someone special."
Siapa?
"Kekasih hati Nabi Muhammad SAW."

Hawa, dulu kau sebagai pemuas nafsu semata-mata. Kini, kau lebih berharga daripada permata.
Atas usaha siapa?
Hero kita.
Nabi Muhammad SAW
solluAlanabi

Di hari kelahiranmu Ya Rasulullah, ku ucapkan dari lubuk hatiku yang paling dalam. Wallahi, aku mencintaimu Ya Rasulullah.. 😭😭

12 Rabiul awwal.
Selamat hari ulangtahun kelahiran wahai penghulu kami Sayyiduna Muhammad Rasulullah SAW ❤

Air liur Nabi tidak pernah jejak ke bumi kerana para sahabat akan sambut . Begitu wanginya air liur Nabi kita.

Isteri Nabi SAW melintasi lumpur. Dia tanya Nabi, nak angkat kain? Nabi jawab. Lebih elok kain dikotori lumpur dari auratmu terdedah.

Di akhir solat, Rasulullah SAW membaca doa yang sangat panjang sehingga Sayidatina Aisyah tertidur di pangkuan riba Rasulullah. Namun, Rasulullah langsung tidak mengejutkan Sayidatina Aisyah, membiarkan Sayidatina Aisyah terus nyenyak tidur di pangkuannya.

Rasulullah selalu berlumba lari dan berpura-pura kalah bersama Sayidatina Aisyah yang ketika itu masih lagi kanak-kanak.
Sweet kan?

Kenapa kita kena sambut hari kelahiran baginda Muhammad SAW walaupun baginda telah wafat? Sebabnya baginda sentiasa hidup dalam hati umatnya.

Kalau Nabi seronok, Nabi akan tundukkan kepala lepastu Baginda senyum dan kebanyakkan gelak Nabi ialah senyum. Ma sha Allah. Indahnya akhak Nabi.

Rasulullah SAW meletakkan mulutnya ditempat Aisyah meletakkan mulutnya ketika minum air dan menggigit daging ditempat Aisyah gigit.
Sweet tak?

Saat Rasulullah marah kepada Aisyah, Baginda berkata, "Akfini 'ainak." (tutuplah matamu)
Kemudian Aisyah menutup matanya dengan penuh rasa cemas kerana dimarahi Rasulullah. Dan Baginda berkata lagi, "Taqarrabii.." (mendekatlah)
Lalu Aisyah mendekat. Dan Rasulullah memeluk Aisyah dengan penuh kasih sayang sambil berkata, "Wahai Humaira', telah pergi marahku sebelum aku memelukmu.."

Pakaian Sayyidatina Fatimah tetap di hati. In shaa Allah suatu hari nanti. 💕🌹 #UhibbukiFillah

Wajah berseri pipi kemerahan. Engkau digelar Aisyah Humaira.

Kadang-kadang Sayidatina Aisyah mengintip Rasulullah SAW ketika keluar dari rumahnya. Ini adalah satu bentuk kecemburuan terhadap suaminya yang tercinta.

Sayidatina Aisyah antara Isteri Baginda yang paling kuat cemburu. Tapi apa yang buat kita semua kagum, Rasulullah SAW selalu Berjaya memujuknya.

Sayidatina Aisyah Humaira.
Putih kemerah-merahan.
Sangat manja dengan Rasulullah.
Kuat cemburu pula tu.
Comei!

Comel betul cara Sayidatina Fatimah nak minta maaf dengan Sayidina Ali. Dia tawaf Sayidina Ali sebanyak 70 kali hingga buat Sayidina Ali tersenyum sendiri.

Semasa Sayidatina Aisyah memasak di dapur, Rasulullah SAW peluk dia dari belakang.
Sweet tak ?
Sweet tak ?
Mestilah sweet.

Sayidatina Aisyah pernah merajuk dengan Rasulullah kerana Rasulullah silap menyebut namanya dengan nama Sayidatina Khadijah.
Comelnya Sayidatina Aisyah!

Rasulullah panggil Sayidatina Aisyah dengan panggilan "Ya Humaira"
Maksudnya "Wahai si pipi kemerah-merahan"
Allahu, sweetnya.

Rasulullah tak pernah mengeluh dan jemu melayan sifat cemburu Sayidatina Aisyah. Malah disaat Sayidatina Aisyah cemburu, baginda akan mencuit hidungnya.

Bila Sayidatina Aisyah merajuk, cara mudah Nabi pujuk ialah Nabi memicit hidung Aisyah.
Alahai... Sweet deh!

Nabi SAW mahu muslimah itu cergas orangnya. Buktinya, dia sering mengajak Sayidatina Aisyah untuk sama-sama berlumba lari dengan baginda.

Perempuan yang kuat merajuk seperti "Sayidatina Aisyah".
Tetapi lelaki yang penyabar seperti "Rasulullah" yang selalu berjaya memujuknya.

Mengapa Rasulullah SAW Suka Warna Hijau??
Kerana Warna Hijau Adalah Pakaian Ahli Syurga
‪#Syeikh‬ Zainul Asri

Rasulullah SAW gemar main lari lari dengan Zaujahnya. Kemudian sengaja mengaku kalah, semata-mata nak melihat Zaujahnya tersenyum bahagia.

Rasulullah SAW bersabda "Ketahuilah bahawa aku selalu mencium kening anakku Fatimah Az Zahra kerana ketika aku mencium keningnya, aku mencium wangian syurga.

Jika mahu cari tentang cinta dan kesetiaan, kita akan menemui cinta Baginda SAW kepada Sayidatina Khadijah.

Cintailah seseorang itu secara diam-diam, seperti kisah cinta suci Sayidatina Fatimah dan Sayidina Ali, yang akhirnya Allah pertemukan jua.

Rindunya kat pujaan hati.
Siapa?
Dia. Kekasih Allah, ya Rasulullah.

Rasulullah SAW apabila teringat akan Siti Khadijah, Rasulullah SAW akan menarik nafas yang panjang lalu Rasulullah SAW akan menangis.

"Jika segala kenikmatan hidup diserahkan kepadaku, dunia dan kekuasaan para raja Iran (Parsi) dan Rumawi diberikan kepadaku, tetapi aku tidak hidup bersama Muhammad, maka semua itu bagiku tidak lebih berharga daripada sebelah sayap seekor nyamuk"
- Siti Khadijah -

Last-last, Sayidatina Khadijah pun cakap, "Wahai Abu Bakar, saya mengucapkan terima kasih kerana memperkenalkan saya dengan Nabi Muhammad.."

Sayidatina khadijah mendaki Jabal Nur dua kali sehari untuk menghantar makanan kepada Rasulullah.

Nabi Muhammad SAW kalau baca Al-Quran, burung yang sedang terbang pun boleh jatuh dan menangis. Masyaallah. Betapa merdunya suara baginda.

Siapa yang tidak jatuh cinta pada aura Sayidatina Khadijah? Sayidatina Aishah turut mencemburui kekasih hati Nabi ini.
Subhanallah!

Dibaling batu, dibalas pula dengan doa .
Itulah akhlak Rasulullah.
Hebat kan Nabi kita ?

Di hadapan lelaki buta pun Sayyidatina Fatimah Az Zahra tetap memelihara hijab dan melindungi maruahnya.
Hebat wanita syurga ni.

Sayidatina Fatimah..
Kulitnya lembut seumpama kapas ketika hendak meninggal dunia.

Sayidatina Aisyah berhias untuk Nabi, beliau pun berfesyen tapi tak tunjuk pada semua lelaki.

Tasbih Fatimah.
Zikir yang Rasulullah SAW ajarkan kepada puterinya, Sayidatina Fatimah.

Habib Umar berkata : Ramai wanita kita yang meniru wanita-wanita fasik di TV sehingga mereka tidak kenal lagi Sayidatina Fatimah Az Zahra.

Muhammad bin Hathib Al-Harits adalah orang pertama yang diberi nama "Muhammad" setelah Rasulullah SAW.

Kalau Mr.Bean boleh buat orang ketawa tanpa suara,,
Rasulullah SAW boleh buat orang jatuh cinta tanpa melihatnya ...

Ishak beerti tertawa. Nabi Ishak diberi nama itu kerana ibunya iaitu Siti Sarah tertawa saat menerima berita dirinya yang tua mengandung.

Sayidatina Aisyah merupakan seorang yang sangat setia. Buktinya, beliau sering menemani Rasulullah apabila berlakunya peperangan.

Berjanggutlah wahai lelaki, kerana ia sunnah Nabi. "Sesungguhnya perhiasan lelaki itu terletak pada janggutnya" - Sayidatina Aisyah -

Andai lahirnya seorang anak perempuan, biarlah dia menjadi seperti Sayidatina Aisyah, kerana dunia masih lagi kekurangan solehah sepertinya.

Rasulullah berdoa, "Ya Allah, beratkanlah sakaratul maut ini atasku tapi ringankanlah atas umatku."
See? Sayangnya Rasulullah dekat kita.

"Rasulullah pernah berdoa 6 Jam sambil menangis."
"Apa doa baginda itu?"
"Ya Allah, ampunkanlah dosa umatku.."

Bapanya Abdullah.
Ibunya Siti Aminah.
Siapa dia?
Dialah Muhammad Rasulullah
*tadah tangan dan tunduk,
Rasulullah, ini Alfatihah untukmu..

Dikatakan Sayidatina Fatimah solat Dhuha 80 rakaat setiap hari.

Setiap hari Sayidatina Fatimah membaca 5 juzuk hingga ke 15 juzuk al Quran.

Siapa sangka Sayidina Umar yang dulu begitu bencikan Nabi SAW merupakan ahli syurga dan makamnya sebelah Baginda kan?
So, don't judge.

Apabila kita berselawat dan memberi salam kepada Rasulullah, ketahuilah; baginda sendiri akan jawab...
"و عليك السلام"

Saat tiba kewafatan Baginda.
Malaikat Jibril berpaling muka.
Fatimah menutup muka.
Rakyat jelata menangis diluar.
Malaikat Izrail serba salah.

"Satu-satu lelaki yang tak pernah menyakiti kita malah lebih sayangkan kita, nak tahu siapa?"
"Siapa?"
"Nabi kita, Rasulullah SAW."

Sejadah Rabiatul Adawiyah tidak pernah kering kerana sentiasa basah dengan air mata beliau.

Saidatina Fatimah sebelum membaca Al-Quran, baru pegang saja dia dah menangis, kerana takutnya akan betapa besarnya pemberian Allah kepada makhluknya, Saidatina Fatimah kata apa "inni kalaamurabbi " sesungguhnya , ini kata-kata Tuhanku"

Para Sahabat mengatakan,
"Kami mendengar Nabi Muhammad SAW ketika melakukan solat, di dada baginda bergetar, seperti bergetarnya periuk air panas, akibat beliau menangis."
(Hadis Riwayat Ahmad)

Tanpa melihat wajah ,
Akhlaknya cukup mencairkan hati.
Sollu alan nabiy !

Lihat. Bagaimanan Nabi Muhammad, amat mencintai Allah, sehingga baginda menangis teresak-esak, kerana rindu dan cinta kepada kekasih agungnya, Allah.
Kita?
Apa bukti Cinta kita pada Allah ?

Umar Al-Khattab berkata "Sesiapa yang berani memuji aku, akan ku baling dia dengan batu."
"Sesungguhnya pujian merosakkan hati."

Sayidina Umar Al-Khattab depan manusia sangat tegas bak singa. Tapi ketika bertemu Allah dalam solat menangis teresak-esak tanda cinta. Allahurobbi..

Rasulullah SAW pernah berkata: "Cintailah bahasa arab itu kerana tiga perkara iaitu kerana aku orang arab, al-Quran dalam bahasa arab dan penduduk syurga berbicara dalam bahasa arab."
Lalat pun malu nak lalu depan Rasulullah. Kerana apa?
Kerana terlalu Mulia Nabi Muhammad SAW.
MasyaAllah.
Senyum dan ketawa Baginda saw hanya dengan menampakkan gigi-giginya. Ini dijelaskan oleh Jabir bin Samurah r.a dan Abdullah bin Haris r.a bahawa :
“Tawa Rasulullah SAW, hanyalah senyuman.” – Riwayat Tirmidzi.
Rasulullah SAW itu hero bagi setiap wanita. Dulu wanita ditindas, tetapi mereka diangkat kembali oleh Rasulullah.
Jangan buat Nabi sedih.

"Kenapa kau pakai jubah?"
"Pernah tak kau sayang seseorang sampai kau nak pakai sedondon dengan dia?"
"Pernah."
"So?"
"So, aku sayang Rasulullah."

Rindu itu seperti..
Kau menangis mendengar namanya.
Nama siapa ?
"Rasulullah"
صلوا على النبي

Bayangkan betapa kasihnya Nabi di akhirat nanti, bila kita tergelincir dititian, dia yang mencapai tangan kita. MashaaAllah.

Alangkah indahnya hidup ini, Andai dapat ku tatap wajahmu. Ya habibi, Ya Rasulullah.

Nabi kalau di medan laga tidak prnah kenal erti kemesraan. Tapi kalau dengan isterinya, begitu mesranya seperti tak pernah kenal perperangan.

Ketika kita mengadakan acara untuk baginda rasul, maka baginda rasul pulalah yang telah menyiapkan segalanya.
- Ustazah Aliyah Al Musawa.

Namanya Huzaifah. Beliau telah menghafal Al-Quran dan mempelajari sirah lengkap Nabi Sallahu alahi wassalam. Satu tabiat pelik beliau ialah dia sering mengigau ambil Quran, membacanya sampai tertidur. Subhanallah..

Imam Malik RA tidak suka apabila orang mengucap "Aku baru sahaja pulang dari ziarah MAQAM Rasulullah" Kerana dia lebih suka jika dia berkata "Aku baru pulang dari ziarah Rasulullah."

Ainul Mardhiah ialah Bidadari yang paling cantik di Syurga. Allah menciptakannya untuk Para pejuang islam yang Syahid. Subhanallah.

Seringkali terfikir betapa mulianya hati Nabi kita. Tetap tersenyum meskipun dicerca.
Subhanallah.
Uhibbuka Ya Rasulullah.

"Aku adalah anak-anak panah Islam, campaklah aku ke mana sahaja, aku pasti berjuang demi Islam!"
-Saad bin Abi Waqas-

Nabi kata "Saya rindu dengan ikhwan saya.."
Siapa ikhwan?
Nabi jawab "Orang yang tak pernah tengok saya, tapi dia cinta dekat saya."
#Wahai Rasulullah, kami merinduimu juga.

Dari pandangan belakang Para Habib dan para ulama, sudah terlalu indah aku lihat. Ini baru pewaris Nabi.
Apatah lagi kekasih kita Rasulullah SAW.

Kalaulah mimpi itu boleh di request kan?
"Nak je mintak supaya Allah temukan kita dengan Rasulullah SAW dalam mimpi."

Allahu..
Artis disanjung, dijulang nama mereka. Diletakkan dalam hati.
Tapi, satu nama yang banyak berkorban untuk umatnya, dibuang jauh-jauh, dilupakan. Padahal, satu nama inilah yang bakal memberikan syafaatnya untuk kita, umatnya.
Ya Muhammad, Ya Rasulullah..
Allahurabbi.. Maafkan kami Ya Rasulullah. Andai kami lalai untuk mengingatimu. Berikanlah kami syafaatmu, Ya Habiballah.. . اللهم صل على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وسلم

Selawat yang berpanjangan buat Rasulullah SAW tanda cinta yang tidak akan hilang.
_____________

Dalam hidup ini, usia akan berakhir tetapi biarlah pahala terus mengalir.

Alhamdulillah. Moga Allah tetapkan hati kita dalam agamaNya yang serba indah ini.

Jangan lupa, matlamat kita Syurga.

6 ulasan:

  1. Assamualaikum.. Minta izin copy atas tujuan dakwah.. Selamat meneruskan ibadah penghujung Ramadhan..

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum.. Saya juga minta izin utk copy ayat ini.. Cerita ini amat memberi kesan kpd saya.. Terima kasih. ��Semoga hidup awak diberkati oleh-Nya

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum , izinkan saya untuk copy dan jadikan cerita ini sebagai usrah , semoga dengan perbuatan ini dapat menyebarkan cerita ini dengan lebih luas ❤️

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum, each and every word cantik sangat.
    Minta izin share jugak ye

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum SubhanAllah seronok membacanya, syukran atas ilmu yang dikongsikan✨

    BalasPadam