Hindun Binti Utbah, Taubatmu Diterima Allah



Di zaman jahiliah engkau digelar Akilatul Kibdah yakni pemakan hati atau jantung. Taubatnya wanita pemakan jantung Sayidina Hamzah diterima Allah.  

Hindun binti Uthbah (wanita Quraisy) juga merupakan isteri kepada Abu Sufian bin Harb yang sangat memusuhi Islam dan Rasulullah SAW. Beliau sangat membenci Rasulullah SAW dan kaum muslimin.  

Hindun berparas cantik, cerdas, mahir menunggang kuda, penuh kewibawaan, petah berbicara, bijak dalam bahasa sastera dan juga pandai bersyair.  Bersemangat waja, kuat jiwa dan sangat berani menempuh apa sahaja ranjau dan duri dalam apa sahaja suasana dan keadaan. 
Ayahnya, Uthbah bin Rabiah bin Abdi Syam bin Abdul Manaf. Nasabnya bertemu dengan Rasulullah SAW melalui datuknya, Abdul Manaf. Manakala ibunya bernama Syafiyah binti Umayyah bin Haritsah. 

Abu Sufian meminangnya setelah dia bercerai dengan suami pertamanya Abdul Faqih. Saat Islam tersebar dakwahnya, Hindun menyokong suaminya, Abu Sufian menindas kaum muslimin dan menghalang dakwah Baginda Rasulullah SAW. Ucapannya yang pedas selalu ditujukan kepada Rasulullah. 

Kebenciannya terhadap Rasulullah dan agama Islam semakin memuncak setelah mengetahui saudara kandungnya, Abu Huzaifah memeluk agama Islam. Kebencian ini menjadi dendam yang membara setelah ayahnya dan bapa saudaranya, Syaibah bin Rabiah serta saudara kandungnya, Walid bin Uthbah terbunuh dalam peperangan Badar. 

Permusuhan semakin sengit setelah satu persatu kaum keluarganya masuk Islam termasuk anaknya Sayidina Muawiyah bin Abu Sufian. Dendamnya terhadap Nabi SAW dan Sayidina Hamzah terus menyala kerana Sayidina Hamzahlah yang menyebabkan kaum keluarganya terbunuh dalam peperangan Badar. 

"Wahai Hamzah! Aku akan memburumu wahai sang pemburu singa!" kata Hindun.
"Jika engkau mati akanku koyak-koyakkan dan robek-robekkan jasadmu. Hutang darah dibayar darah. Angkat dan hayunkan pedangmu wahai pelindung keluarga!" kata Hindun sewaktu peperangan Uhud. Khususnya ditujukan kepada Sayidina Hamzah. 

Dalam perang Uhud, Hindun sendiri ikut berperang, untuk memberi semangat kepada pasukan Musyrikin Mekah. Sayidina Hamzah berjaya dibunuh oleh budak suruhannya yang bernama Wahsyi. 

Setelah Sayidina Hamzah berjaya dibunuh, maka Hindun mengarahkan Wahsyi membelah dada Sayidina Hamzah kerana Hindun mahu mengunyah jantung Sayidina Hamzah, namun tidak mampu menelannya akhirnya dimuntahkan kembali. 

Berita sedih ini dikhabarkan kepada Rasulullah SAW. Maka Baginda bersabda "Kalau Hindun menelannya, tentu dia tidak akan tersentuh api neraka, kerana Allah mengharamkan neraka untuk menyentuh bahagian tubuh Sayidina Hamzah sedikit pun."

Masyaallah! Begitu hebatnya kurniaan dan anugerah Allah terhadap Sayidina Hamzah sehinggakan api neraka diharamkan menjilat tubuh badannya. 
-------------------------------
Pada 10 Ramadhan 8 Hijriah bertepatan 1 Januari 630 Masihi, Rasulullah membawa 10,000 sahabatnya dari Madinah menuju ke Mekah. Inilah peristiwa besar yang mencatat sejarah yang dinamakan Fathu Mekah atau penaklukan Kota Mekah, di bawah kepimpinan Baginda Rasulullah SAW sendiri. 

Peristiwa ini pula telah menjadi satu peristiwa yang ajaib terhadap Hindun binti Utbah. Abu Sufian (suami Hindun) merasakan tidak mampu lagi menandingi kaum Muslimin, sehingga akhirnya menghampiri Rasulullah SAW untuk memeluk agama Islam. 

Kata Abu Sufian kepada Rasulullah, "Aku katakan secara jujur dan tiada tekanan dan paksaan, aku bersaksi tiada Tuhan selain Allah dan engkau Muhammad adalah utusan Allah."

Setelah melihat suaminya masuk Islam, maka hati Hindun juga tidak mampu membendung hidayah Allah. Hindun bertanya kepada suaminya "Apakah selama ini kita tersesat?"

Maka suaminya menjawab. "Ya. Selama ini kita tersesat, selama ini kita mengukuhkan kehormatan dengan cara yang salah, ternyata tuhan kita lebih kerdil dari kita sendiri."

Akhirnya Hindun bertemu Rasulullah SAW dan memeluk Islam.

Hindun berkata "Wahai Rasulullah, segala puji bagi Allah yang telah menurunkan agama yang menjadi pilihanNya, agar dapat bermanfaat bagi diriku. Semoga Allah memberi rahmatNya kepadamu, wahai Muhammad. Sesungguhnya aku wanita yang telah beriman kepada Allah dan membenarkan apa yang disampaikan RasulNya." 

Hindun telah bertaubat dengan sebenar-benar taubat. Dia menjadi wanita solehah setelah Islamnya. Hindun menjadi wanita yang rajin beribadah bahkan sangat menghidupkan solat malam (qiamulail). Hindun banyak berpuasa bahkan ketulusan Islamnya dibuktikan dalam peperangan Yarmuk setelah Rasulullah SAW wafat. 
--------------------------
Setelah wafatnya Rasulullah SAW, Hindun berasa sedih yang teramat bahkan nyaris-nyaris hatinya hancur kerana rasa amat bersalah terhadap Rasulullah sebelum ia masuk Islam sangat membenci dan memusuhi Nabi.  Namun dirimu tetap teguh dan menjaga janji setia yang pernah diucapkan di hadapan Nabi SAW untuk bermati-matian membela agama Allah dan Rasulullah. 

Dalam peperangan Yarmuk, Hindun bersama suaminya bergabung dengan panglima Khalid Bin al Walid menumpaskan pasukan Romawi, inilah peperangan yang terbesar dalam sejarah Islam yang telah membuka gerbang Islam di kawasan Syam. Peranannya memberi semangat kepada kaum Muslimin dan merawat pasukan tentera muslimin yang terluka. 

Dirimu adalah srikandi yang terbilang dan gemilang dalam sejarah Islam. Hindun menjerit di tengah-tengah medan perang "Pilih kematian. Jangan pilih kehinaan."

Ternyata Hindun termasuk dalam golongan salah seorang sahabat Nabi SAW yang diterima taubatnya. Asalnya menjadi penentang terbesar Nabi akhirnya membela Nabi sehebat-hebatnya. 
---------------------------
Matinya sebagai seorang pejuang atau srikandi Islam dan syahidah di jalan Allah. Berbahagialah dirimu wahai kekasih Allah Hindun binti Uthbah di dalam syurga Allah. Semoga kami juga dianugerahkan keberkatan dengan memaparkan sejarahmu yang agung ini untuk dikenang dan dicontohi. Amin Ya Robbal alamin.

Mampukah Diriku Setanding Mereka?



Mampukah diriku menjadi mujahidah solehah?
Seagung jasad Siti Khadijah?
Setiap detik adalah igauan Rasulullah.

Mampukah diriku sesetia Fatimah?
Mengabdikan diri pada Ali Karramallah.
Suami impian setiap zaujah.

Mampukah diriku sepintar Aisyah?
Rujukan ulama tatkala gundah, 
Srikandi ilmuan disegani ummah.

Mampukah diriku setabah Sumayyah?
Setiap saatnya hanyalah dugaan dan jerit payah, 
Namun Rabbulkarim tetap disembah.

Mampukah diriku sekental Asiah?
Hidup berpasrahkan Tuhan yang Izzah, 
Walau Fir'aun sezalim penjajah.
Datang menggugat setiap hamba yang pasrah.

Izinkan Jannatul Firdaus milikku ya Allah.
Uhibbuki fillah :D

Kisah Benar Seorang Niqabis



"Solehah? Layakkah?"

Aku seorang Niqabis. Yea, memakai pakaian para isteri Rasulullah ini membuatkan diri aku rasa disanjungi. Twitter, facebook dan instagram merupakan tempat aku menjadi solehah. Setiap kali aku memakai pakaian ini, aku akan mengambil sekurang kurangnya satu gambar untuk dimuat naik ke laman-laman sosial yang aku sebutkan tadi. Yang paling 'lejen' sekali dekat instagram. Setiap hari, boleh dikatakan satu gambar aku upload. Ya, niat aku untuk meraih pujian.

"Subhanallah, moga istiqomah.."'

"Semoga menjadi wanita yang solehah yaa.."

"Cantiknya ciptaan Tuhan.."

Komen komen sebegini daripada umum membutkan aku ingin memuat naik lebih banyak gambar aku yang berniqab. Aku suka dipuji. Lumrah wanita inginkan perhatian. Semakin hari, semakin ramai followers aku. Daripada 10, jadi 100. Daripada 100, jadi seribu. Dan sekarang, lebih kurang 30,000 yang follow aku. Yeah. Dengan menggunakan title solehah, aku dapat pujian. Dengan title Solehah, aku dapat raih followers. Aku rasa bangga. Rasa diri mulia. Tapi sebenarnya, disebalik niqab yang aku pakai, hubungan aku dengan Tuhan sangat renggang. Solat 5 waktu tunggang langgang, Qiamullail lagilah jarang. Yang membuatkan diri aku mulia cumalah secebis kain hitam jarang, yang sentiasa menutup separuh wajahku supaya gelaran Solehah dapatku julang.

Benar. Aku tahu yang aku buat ini salah. Aku pernah nekad nak berubah, tapi payah. Aku rasa bahagia hidup sebegini. Di puji rakan sendiri, direbut ajnabi. Aku rasa seolah olah aku bidadari. Dengan gambar aku yang berniqab dengan caption ala ala Islamik, aku dah rasa aku solehah. Tapi sebenarnya, aku cuma menipu. Menipu diri sendiri, menipu semua orang. Yang lebih teruk, aku munafik kepada Tuhan!

Di Twitter, dengan username aku yang ala ala Islamik dan twitcon aku yang berniqab membuatkan ramai para soleh follow aku. Aku suka macamni. Aku rasa disayangi, disanjung. Rasa semua sayang aku. Tapi aku lupa, Aku hilang kasih sayang daripada Allah!

Satu hari, seorang si fulan ni (lelaki) yang lengkap berpakaian Sunnah, follow aku. Kacak! Aku suka. Aku DM dia. Lebih kurang begini perbualan kami;

"Assalamu'alaikum akhi. Salam ukhwah fillah. Ta'aruf?"

"Wa'alaikumussalam ukhti. Salam ukhwah fillah. Ta'aruf? enti dulu la. Ladies first kan?"

Bermula dengan conversation yang pendek itu, sekarang aku milik dia, dan dia milik aku. Nikah? confirmlah tidak. Kami couple Islamik. Katanya boleh, dengan tujuan nak bernikah. Tapi waktu ni, umur aku baru menjangkau 16 tahun. Aku tahu, banyak lagi yang perlu aku lalui, tapi entah. Aku sayang dia. Dengan gaya dia yang ala ala Soleh, berjubah berserban ber rida' bagai, aku jatuh cinta.

Dia minta number telefon aku. Sepantas kilat, aku bagi. Malam tu, lepas online twitter, dalam pukul 10.15, ada mesej masuk. Number yang aku tak kenal, tapi aku dapat agak siapa pengirimnya.

"Assalamu'alaikum Cinta."

Tersenyum sampai ketelinga selepas aku membuka isi mesej itu. Start malam itu, kami mula mesej. Pada mulanya, cuma mesej. Lama selepas itu, bermulalah sesi OTP (on the phone) pulak. Paling sekejap OTP pun boleh dikatakan 2 jam. Tak pernah yang sekejap. Waktu tu, memang dah lupa Allah. Lupa segala galanya. Yang ada, cuma dia.

Sampai satu malam.. aku tertidur. Mimpi yang aneh, aku dapat. Mungkin teguran daripada Allah, ataupun cuma mimpi biasa. Aku tak pasti. Aku lihat dalam mimpi tu, ada sebuah taman dan tasik yang Subhanallah, terlalu indah! Ada pepohon hijau yang rendang, tasik yang jernih, binatang yang jinak, rama rama dan sebagainya. Di satu sudut, aku terlihat seorang wanita. Berjubah putih dan bertudung labuh putih sedang berdiri di tepi sebatang pokok. Dia kelihatan ceria. Sangat ceria. Ada nur di wajahnya. Aku dekati dia, Dekat dan dekat. Dia perasan kehadiran aku. Manis senyumannya dilemparkan ke arah aku. Aku rasa bahagia, tenang melihat senyumannya.

Tiba tiba, senyumannya kian pudar. Mukanya nampak takut. Aku tak pasti, dia takut ataupun sedih. Tapi mukanya memang menunjukkan sesuatu yang membuatkannya kurang senang. Aku hairan. Dia terduduk. Tiba tiba, air matanya jatuh. Aku dekati dia, memegang bahunya. Ditepis kuat tangan aku. Aku jadi semakin tidak faham. Apa salah aku?

"Kenapa awak menangis?"

"Pergi! Jangan dekat dengan saya!"

"Tapi kenapa?"

"Busuk..... busuk!!"

Aku tak berapa faham dengan apa yang dia sampaikan. Yang aku tahu, wajahnya sedih bila lihat aku dekat dekat.

Terjaga dari tidur, tubuh aku berpeluh. Aku lihat ada mesej. Hm, dah agak. Daripada 'dia'.

"Sayang, bangun Tahajjud."

Aku biarkan mesej itu. Aku lihat jam, lebih kurang pukul 2.30 pagi. Aku cuba tidur semula, tapi tak boleh. Mimpi tu tak hilang daripada ingatan aku. Waktu itu, bermacam macam yang aku ingat. Kata kata gadis dalam mimpi aku tadi, sangat terkesan. Dia kata aku busuk. Tapi kenapa?

"Perangai aku busuk?"
"Badan aku busuk?"
"Sifat munafik itu busuk?"

Bermacam macam yang aku ingat. Sunggguh, waktu itu. Aku rasa, akulah yang paling hina. Akulah sehina hina manusia. Munafik!

Pantas. Aku menuju ke bilik air. Air wudhuk ku ambil. Menitis air mata aku waktu itu. Rasanya dah lebih sebulan aku tak berwudhuk. Allah.. Sejadah yang terlipat rapi dalam almari kucari, aku hampar. Sekali lagi, air mata deras jatuh. Allah, kiblat dekat rumah aku ni arah mana? Aku keluar daripada bilik, aku lihat hamparan sejadah di ruangan solat rumah aku, baru aku ingat arah kiblat.

Sejadah aku hampar. Solat taubat dan solat sunat tasbih yang pertama buat diri aku. Sungguh, kali ini baru sebenar benar solat. Juga buat pertama kalinya sebenar benar taubat. Sujud aku lama. Dalam hati, aku berdoa,

"Ya Allah, mudahkanlah penghijrahan aku. Ampunkan dosaku. Sesungguhnya aku hambaMu yang lalai dan hina."

Selesai solat, aku beristighfar sehingga Subuh. Masuk waktu subuh, terus aku tunaikan kewajipan aku. Seingat aku, inilah subuhku yang pertama buat sekian lamanya. Selalunya, aku akan jaga pukul 12 ke atas kalau hari cuti. Yalah, pada malamnya sibuk berdakwah. Paginya subuh gajah.

Laptop aku gapai. Dah teguhkan niat, semua account media sosial perlu aku delete.

Selesai deacctive kesemuanya, aku rasa bahagia. Rasa bebas. Rasa CintaNya mengalir dalam diri aku.

"Bip bip!"

Bunyi menandakan mesej masuk. Daripada dia.

"Sayang, kenapa tak reply mesej?"

"Sayang awak dah takda. Dia dah mati. Dah kembali kepada Allah. Awak bila lagi? Bertaubatlah. Ajal itu bila bila."

Start daripada itu, dia tak mesej aku dah. Atau lebih tepat, aku block number dia. Mungkin dia juga dah berhijrah. Atau mungkin dah dapat mangsa baru. Aku nak pesan, berjaga jagalah. Aku rasa sekarang dia masih ada lagi dekat twitter tu. Dengan mempamerkan akhlak semulia malaikat, dia mampu membuat solehah terpikat. Selepas dah terpikat, mulalah dia mengorat.

Aku? Alhamdulillah. Sedang mengejar redha Allah.

Pesanan aku yang hina ini kepada semua Muslimah solehah;

Apa tujuan kita tutup aurat? Pakai tudung labuh? Niqab, purdah tu semua? Ya. Sebab sifat malu kita. Malu ditatap ajnabi, malu dilihat ajnabi. Malu bila tubuh badan kita dijamah mata nakal sang buaya. Kalau dah selalu upload dekat media sosial, agak agak macamana? Mata lelaki ni boleh tembus. Tak kiralah purdah ka macamana, dah jenis mata miang, semua tembus. Kejarlah redha Pencipta. Nak kejar cinta yang sia sia? Boleh. Tapi rugi serugi ruginya. Allah dah tetapkan jodoh. Jadi muslimah, biar tak cantik, janji bermaruah.

- Kisah Benar,
Seorang Niqabis hina.