Kau Limited Edition



"Dia"

Dia tak cantik menggoda. Tanpa bulu mata palsu. Tanpa gincu bibir, lip balm nya pun tak berwarna. Tak menggoda.

Ada macam tak ada. Matanya tak galak. Tak redup. Hanya mata biasa-biasa. Kadang kala matanya terlihat bengkak dan sembab. Namun tak pernah dia sembunyikan itu dengan eyeliner, maskara dan eye shadow . Yang memang dia tak reti nak calit-calit tu.

Hidungnya pun tak mancung. Pipinya tak lah semulus bagai telur dikupas itu. Namun, tak pula mahu dia oles-oleskan pemerah pipi yang menambah seri. Hanya dia letakkan dengan bedak nipis yang gayanya ada macam tiada.

Dan dia. Ya. Dia selesa begitu. Walau dikelilingi rakan-rakan yang cantik dengan benda-benda tu. Dia tak peduli dengan pandangan orang, tak kisah dengan trend rakan-rakannya. Bukan dia kedekut. Cuma rasa tak perlu. Menempek segala macam benda hanya untuk terlihat cantik.

Dan dia, ya dia selasa begitu. Sederhana dengan caranya. Bersyukur dengan apa yang dia ada. Biarlah walau dia dipandang kolot dan tak bergaya. Dia tak peduli. Dia malas ambil tahu.

Yang penting dia tak menarik perhatian lelaki, Dan tak pula berlebih – lebihan dalam gayanya.
Sedang dalam dengan cara begitu pun. Dia masih tak sedap hati. Terasa lelaki-lelaki gatal masih memerhati. Susah menjadi dia? Tak ada yang memandang? Tak ada yang mengorat? Itu lagi senang. Senang dia nak jaga diri. Terhindar dari dosa dan lelaki yang berniat tak baik pada perempuan.

Susahnya menjadi dia? Terasa nak mencuba, nak jugak terlihat cantik dan menggoda. Dipujuk hatinya. "Jangan, itu semua godaan dunia!"

"Wanita itu memang sudah cantik, maka jangan berlebih-lebihan sehingga menarik perhatian yang kemudian mengundang dosa."

Dipujuk hatinya. Walau terasa ingin mencuba, dia lebih takut pada akibat dosa yang tiba, kalau dia turutkan kata hatinya.

Ya, biarlah. Biar dia jadi gadis biasa, yang sederhana. Yang kehadirannya tak disedari. Ya, dia selesa begitu. "Seribu Impian Sebelum Hayatku Tiba" Dunia hanyalah sementara.

Dia bukan PELIK. Dia LIMITED EDITION.

Selamat menjadi 'dia'..

Sayidatina Aisyah Yang Istimewa


Satu kisah Nabi Muhammad SAW dengan Sayidatina Aisyah 

Sayidatina Aisyah berkata :

"Aku, wahai Rasulullah, tidak seperti seorang pun dari isteri-isterimu yang lain. Tanpa kecuali, mereka telah pernah dipeluk lelaki, kecuali aku."

Baginda hanya tersenyum.

_____________________________________________________

Di waktu yang lain, Saidatina Aisyah berkata :

"Wahai Rasulullah, jika engkau turun ke sebuah lembah, di situ ada dua pohon, yang satu sudah dimakan haiwan ternak, yang satu lagi tidak. Lalu, di pohon yang manakah untamu akan engkau gembalakan?"

Jawab Nabi SAW "Di pohon yang tidak digembalai ternak."

Lalu Aisyah berkata, "Akulah itu!"

:)

Kenapa saya membawakan kisah ini?

Bukanlah untuk menonjolkan kisah Sayidatina Aisyah seolah-olah tinggi diri dan riak. Tidak sekali-kali. Tetapi, Sayidatina Aisyah sememangnya boleh berbangga dengan dirinya seorang perawan dan suci tidak disentuh mana-mana lelaki selain dari Rasulullah SAW selepas ijab qabul yang sah. Syukur dan bangga pada tempatnya adalah tidak salah. Bangga depan si suaminya. Bukan pada ajnabi.

Namun, tidaklah Nabi Muhammad SAW bersikap tidak adil pada isteri-isterinya yang lain walaupun mereka berstatus 'pernah menjadi isteri orang lain. Takutnya Nabi Muhammad SAW akan ketidak adilan dalam rumahtangga sehingga Nabi Muhammad SAW berdoa apabila hatinya tercondong berat menyayangi Aisyah Humaira :

"Ya Allah! Inilah pembahagian yang mampu ku lakukan, maka jangan Engkau seksa aku dalam hal yang tak mampu aku lakukan."

:D

Ringkasnya, adik-adik perempuan jagalah kesucian diri dan kehormatan diri sebelum berkahwin. Jangan pegang-pegang, jangan sentuh-sentuh. Jagalah hati tetap untuk satu cinta dunia yakni pada suami yang berhak. Teguhkan hati untuk satu cinta kekal selama lamanya yakni pada Allah dan Rasulullah. 

Kemudian, kamu mampu berbangga dan bersyukur jika berjaya mempertahankannya sehingga saatnya kamu diakadkan. Tidak salah mendabik dada (tidak berlebihan) depan suami. Kamu memang layak berbangga.

Namun, bagaimana pula dengan yang tidak berjaya mempertahankan kesucian, kehormatan dan imannya sebelum berkahwin?

Bertaubatlah, nescaya taubat nasuha mensucikan diri anda kembali hati dan iman. Simpanlah dan lupakanlah aib, kisah hitam anda sampai mati. Jika dengan aib itu, akan merosakkan hubungan dua insan dan rumahtangga maka rahsiakanlah. Tidak wajar mendedah aib sendiri walaupun berterus terang adalah lebih baik. Kadang-kadang ada yang perlu disembunyi dari didedahkan. Kerana manusia bukan Tuhan. Manusia menghakimi dengan kejam dan tidak adil berdasarkan kisah-kisah silam kita, tapi Allah tidak begitu. Allah Maha Pengampun sedang manusia bukan pemberi sebarang pengampunan. Manusia hanya memaafkan, tetapi tidak mengampunkan dosa hitam.


Sembuhkan, Lukamu Sayang..

✿.✿   بسم الله الرحمن الرحيم  ✿.✿


✿.✿   بسم الله الرحمن الرحيم  ✿.✿

Rasa macam banyak benda nak cerita, tapi.. 
Tapi lidah kelu tak terungkap bicara.
Moga sentiasa dalam jagaanNya ya.

Hati..
Bahagian paling sukar difahami.
Bila bibir mngukir senyum, belum tentu dia bahagia.
Bila air matanya mengalir tanpa dipaksa, belum tentu dia derita.
Hatinya. Hati itu sukar difahami bahasanya.
Kadang menghegeh mencari ruang.
Menebar rasa yang lama terpendam.
Mencari ruang untuk menyembuh.
Dek luka semalam.


Belum sembuh, barangkali.


Jiwa..
Luka semalam yang belum terbaiki kau jengah semula.
Perit lagi ya?
Jangan kau simpan diam-diam dalam dada.
Luahkan.
Luahkan satu-satu dalam sujudmu yang lama.
Moga jiwa-mu yang kekeringan membasah semula dalam redhaNya.


Sukar kan.
Memapar senyum.
Membalas tawa.
Saat diri terbenam dalam duka.
Kau sendiri pernah rasa kan?


Karena itu.
Kita, jangan sesekali cemuh hidup orang.
Kita, jangan sesekali hina hidup orang.
Jatuh bangun dia. Naik turun dia.
Cuma Allah tahu.
Dia struggle doplohpatjam sikit pun kita tak pernah tahu.
Kita main aci redah bising-bising komen pasal dia. Sikit pun tak menambah iman kita.
Berhentilah. 
Allah lebih tahu apa lebih baik untuk hidup dia. 
Doakan dia, moganya malaikat mendoakan kita semula.


Dulu, pernah ada yang bilang,

"Dalam hidup, ada masa engkau perlu berkorban. Korban jiwa, korban masa, korban tenaga. Air mata mungkin mengalir. Hati mungkin terguris. But, this will never be forever. You wish something better, but He knows something greater. Keep walk. Head up. Hidup tak lama. Korban sekejap. Senyum, lalui hidup sebaiknya."

Ketahui-lah.
Tiap perasaan yang kita ada, Allah yang ciptakan.
Maka, tika mana engkau lelah dengan apa jua perasaan yang ada, bicaralah sama Dia.
Puas. Kau akan puas.
Kerana atas atas izinNya perasaan ini ter-lahir dan hilang.
Sungguh, Dia pasti menitipkan kekuatan dari arah yang kau tak sangka-sangka.
Bisik sama hati,


"Tuhan, aku tahu semua ini tidak sia-sia".


Satu benda kau kena faham.
Satu benda.
Kita ini, bukan kuat mana.
Bukan tabah mana. 
Bukan cekal mana.
Tegar, tabah, cekal, kuat itu Allah yang bagi.
Kalau Tuhan tak bagi segala jenis kekuatan tu, nak bukak mata pun kau tak larat.
Ingat Tuhan. Cari Tuhan.


Lalu, saat kau pasrah dan putus-kan,


"Malas nak fikir. Let the time decide. Betul ke gitu kak? "
"Sayang, masa tak pernah menentukan apa-apa. Allah yang atur. Dengan izin-Nya. Tentang apa jua. Cuma masa itu memberi peluang utk kita usaha, doa, dan memperbaiki diri. Masa itulah yang Allah peruntukkan buat kita merawat hati."

Moga nanti kan kau fahami. 
Hikmah-hikmah yang ter-alir.
Moga jatuh bangun kita ini nanti kan men-senyumkan kita di ;
Syurga.

"Dan aku belum pernah kecewa dalam berdoa kepadaMu, ya Tuhanku" [Maryam:4]