Sayidatina Aisyah Yang Istimewa


Satu kisah Nabi Muhammad SAW dengan Sayidatina Aisyah 

Sayidatina Aisyah berkata :

"Aku, wahai Rasulullah, tidak seperti seorang pun dari isteri-isterimu yang lain. Tanpa kecuali, mereka telah pernah dipeluk lelaki, kecuali aku."

Baginda hanya tersenyum.

_____________________________________________________

Di waktu yang lain, Saidatina Aisyah berkata :

"Wahai Rasulullah, jika engkau turun ke sebuah lembah, di situ ada dua pohon, yang satu sudah dimakan haiwan ternak, yang satu lagi tidak. Lalu, di pohon yang manakah untamu akan engkau gembalakan?"

Jawab Nabi SAW "Di pohon yang tidak digembalai ternak."

Lalu Aisyah berkata, "Akulah itu!"

:)

Kenapa saya membawakan kisah ini?

Bukanlah untuk menonjolkan kisah Sayidatina Aisyah seolah-olah tinggi diri dan riak. Tidak sekali-kali. Tetapi, Sayidatina Aisyah sememangnya boleh berbangga dengan dirinya seorang perawan dan suci tidak disentuh mana-mana lelaki selain dari Rasulullah SAW selepas ijab qabul yang sah. Syukur dan bangga pada tempatnya adalah tidak salah. Bangga depan si suaminya. Bukan pada ajnabi.

Namun, tidaklah Nabi Muhammad SAW bersikap tidak adil pada isteri-isterinya yang lain walaupun mereka berstatus 'pernah menjadi isteri orang lain. Takutnya Nabi Muhammad SAW akan ketidak adilan dalam rumahtangga sehingga Nabi Muhammad SAW berdoa apabila hatinya tercondong berat menyayangi Aisyah Humaira :

"Ya Allah! Inilah pembahagian yang mampu ku lakukan, maka jangan Engkau seksa aku dalam hal yang tak mampu aku lakukan."

:D

Ringkasnya, adik-adik perempuan jagalah kesucian diri dan kehormatan diri sebelum berkahwin. Jangan pegang-pegang, jangan sentuh-sentuh. Jagalah hati tetap untuk satu cinta dunia yakni pada suami yang berhak. Teguhkan hati untuk satu cinta kekal selama lamanya yakni pada Allah dan Rasulullah. 

Kemudian, kamu mampu berbangga dan bersyukur jika berjaya mempertahankannya sehingga saatnya kamu diakadkan. Tidak salah mendabik dada (tidak berlebihan) depan suami. Kamu memang layak berbangga.

Namun, bagaimana pula dengan yang tidak berjaya mempertahankan kesucian, kehormatan dan imannya sebelum berkahwin?

Bertaubatlah, nescaya taubat nasuha mensucikan diri anda kembali hati dan iman. Simpanlah dan lupakanlah aib, kisah hitam anda sampai mati. Jika dengan aib itu, akan merosakkan hubungan dua insan dan rumahtangga maka rahsiakanlah. Tidak wajar mendedah aib sendiri walaupun berterus terang adalah lebih baik. Kadang-kadang ada yang perlu disembunyi dari didedahkan. Kerana manusia bukan Tuhan. Manusia menghakimi dengan kejam dan tidak adil berdasarkan kisah-kisah silam kita, tapi Allah tidak begitu. Allah Maha Pengampun sedang manusia bukan pemberi sebarang pengampunan. Manusia hanya memaafkan, tetapi tidak mengampunkan dosa hitam.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan