Tips Makan Ketika Berniqab

Untuk para niqabis di luar sana yang masih membuka niqab sekiranya
hendak makan di luar atau belum biasa makan tanpa membuka niqab,
berikut adalah tip-tip yang boleh
dikongsi bersama :


1st :
Bila hendak makan, guna tangan kiri untuk selak niqaab, manakala
tangan kanan untuk pegang makanan. Jangan selak niqaab terlalu tinggi untuk mengelakkan muka kelihatan.

2nd :
Sekiranya anda baru hendak mula belajar, mulakan makan dengan tangan, contohnya kuih, nasi atau minuman yang berstraw kerana tangan lebih mudah untuk mengagak kedudukan mulut.

3rd :
Sekiranya belum mahir, elakkan makan makanan berkuah seperti
laksa, soto, dan sebagainya.

4th :
Elakkan makan makanan yang berbau seperti kari dan sambal belacan
kerana baunya akan ‘melekat’ pada niqab. Elakkan juga bersin di dalam niqab kerana situasi yang sama boleh berlaku.

5th :
Sentiasa bawa niqab bersih di dalam tas tangan, supaya anda boleh menukar niqab yang dipakai sekiranya kotor atau berbau.

6th :
Cari tempat duduk yang agak tersorok atau di tepi dinding supaya
kita lebih terlindung.

7th :
Sekiranya hendak minum air panas yang berbuih seperti teh tarik
atau Nescafe tarik , minta suami/anak minumkan sedikit (jangan sampai habis..hehee), sehingga lebih kurang 3/4 gelas. Ini untuk mengelakkan buih tadi terkena pada niqab.

8th :
Pastikan bahagian bawah niqaab yang diangkat tidak terkena/terpalit pada makanan.
Selamat mencuba!


*copied by someone

Tiada ulasan:

Catat Ulasan